Dapur PAGI meletops Lagi !!

12:33 Unknown 0 Comments

Good Morning SunShine ! Hemmm pagi nie Tedd bangun tada siapa kejut..sebab Ma sama Ayah ada lagi di Perak hantar adik balik UiTM. Bagun-bagun pas solat terus ke dapur..Buka periuk, buka peti sejuk.. Tutup peti pergi depan tv tengok karton! hahahahahaha~ 

Dah setengah JAM...baru datang idea nak masak apa.. Rasa nak masak Nasi Goreng ! *satu resipi BUJANG SEMASA paling mudah..lol~ Ok ya..Mari kita mulakan !! Sebelum nak mula pastikan ada nasi yerr!! Nasi tuh ambil siap2 gaul-gaul dalam mangkuk. 

**Bahan2 : bawang besar,bawang putih,garam,serbuk perasa,kuib pati ayam,telur,belacan,minyak.

  1. First kupas bawang putih 3/4 ulas..pastu sebiji bawang besar potong separuh. Ambil beberapa ikan bilis..siang buang kepala. 
  2. PasTwo ambil bawang2 sama ikan bilis tadi campak dalam tempat menumbuk...Campur secubit belacan..*tumbuk la seganas hati
  3. Dalam masa yang sama panas kan kuali. Masukan sedikit minyak untuk menumis..Bila dah panas masuk kan pes bawang2 yg kita Tumbuk2 tadi.. Tumis sampai agak kuning2.
  4. Seterusnya masukan setengah senduk cili kisar...Sertakan garam,perasa..secukup rasa..Tumis sampai masak. *nak tahu masak tgok pada warna..cili tuh akan warna gelap bila dah masak.
  5. Semasa memasak lada,Kalau nak tambah sedap..masukan la udang/potongan ayam dan sayur campur sebagai rencah. 
  6. Bila semua dah cukup masak dan rasa..masukan nasi..Gaulkan sampai rata. Biar kan seminit tiga...Dan...Walllah! Nasi goreng DAH SIAP! 

HOT TIPS ouchhh!!!  : kalau nak jadikan nasi goreng itu peroi (tak berketul-ketul) semasa memasak.. Pada malam sebelum pagi..Ambil nasi masukan ke dalam petik sejuk.Pastu gunakan semasa nak masak. Nanti nasi goreng kita menjadi cantik dan tak berketul. (cubalah !! hehee Tips chef nie~) 

**semalam mama ada masak rendang ayam... Jadi tedd dah ubah suai jadi ayam berempah..Tedd gorengkan semula sampai garing ((: 

  • Tedd pun ada buat telur dadar sebagai tambahan. Senang jer ..ambil sebiji TELOR awak..*maksud tedd telur ayam ! haha
  • Pecahkan dalam mangkuk...sambil-sambil tu masukan hirisan bawang besar dan sesudu mayonis.  Pukul sampai kembang.
  • Lepas tu..goreng dengan sedikit minyak..tunggu sampai masak..KAn?? Mudah!!
Taraaaaaaaa....Siapa cakap anak TERUNA tak bole masak?? dalam 30 minit dah siap satu resipi ! hehe sebenarnya nak memasak ni mudah je cuma akan jadi suusah bila kita malas! betul tak?? =P 

 SELAMAT MELETOPS KAN DAPUR !! MUAH3~



0 comments: