Kawan makan Kaban

11:31 Unknown 0 Comments

Dulu sayang semua baik,
Dulu baik semua tak kisah,
Dulu tak kisah semua boleh,
Dulu Boleh semuanya Indah...



Dulu kawan sekarang gaduh..

Kawan tak semua yang baik itu kawan, tak semua yang disangka baik itu teman. Lagi lama kita kenal lagi banyak yang kita belajar... Hidup merantau mendidik kita untuk belajar mencari kawan. Teringat pesan nenek,mak ayah.. Kalau nak berkawan carilah yang baik-baik..Jangan berkawan dengan kawan yang bukan bukan...#MaTak Suka

Tapi dalam memilih juga...ada juga yang tersilap pilih. Sebab saya dan kita semua ni manusia... adakalanya terlalu kabur untuk menelaah hati baik buruk seorang manusia. Ini semua lumrah. Bekerja ditempat orang kita perlukan kawan dan tak boleh sombong. Cuma sukar untuk diramal pasang surut apa yang didalam setiap orang... senyum diluar mungkin tawar didalam.. Mana kita tahu kan?? TIPS YANG PALING BAGUS ialah sentiasa bersangka baik...tapi dalam pada masa yang sama simpan sedikit keraguan.. sebagai persediaan. Meletakkan 100% kepercayaan pada orang yang baru dikenali adalah satu kesilapan yang perlu dielakkan.

Setiap tempat kerja ada ragam nya yang tersendiri... biasa saja kalau ada yang suka dan ada yang tak suka, kita kena pandai bawa diri. Esok 2 OKTOBER 2014 genap satu tahun menumpang duduk mencari rezeki ditempat orang... Setakat ni macam-macam dah dilalui... Alhamdulillah masih bertahan.

p/s : Genap setahun..tak sangka semalam juga saya kenali siapa kawan siapa lawan. Tak apa, mungkin kita tak sempurna ada juga silap sendiri.. Terima kasih Ya Allah..sebab meminjamkan nikmat berkerja..


xoxoxouzeyfarhanxoxoxo

0 comments:

Aku Yang GAGAL

21:51 Unknown 0 Comments

Jika kita tak pernah faham kenapa si dia membisu mana mungkin kita akan faham setiap butir katanya??
Mungkin keegoaan banyak mengajar kita akan erti perbalahan yang tak pernah habis.. Kerana keegooan itu mendidik kita untuk memperjuangkan kemerdekaan untuk menang sendiri.

Bila kita terbakar dengan amarah.. Setiap butir kata hanyalah sekadar melepas rasa tak puas. Kita lega seketika tapi di saat kemudian ia membuatkan kita terfikir semula... Arghhh kenapa perlu jadi begini???
Mungkin benarlah kata hati... Akuh ini telah gagal dalam membaca gerak hati dan juga nada emosi si dia.. Mungkin secara kebetulan.. Emosi tidak stabil menjadikan kita begitu sensitif dengan intonasi..hinggakan kebiasaan disangka kebinasaan....

Bersabarlah duhai hati...
Mungkin ini ada hikmah yang tersembunyi..
Sakit memang sakit..tapi harus bagaimana lagi???
Jika ini jalan yang harus kita lalui..
Tidak mengapa mungkin ini hanyalah sementara...sebelum kau benar benar kuat dan tabah..

0 comments:

Alasan Si Malasan

08:43 Unknown 0 Comments

Hulur tangan bersambut salam... sekian lama akuh berdiam..
Menerjah hari hari 2014 ini sangat mencabar bagi si empunya diri ini... Ketawa.. Menangis dan termenung... senyum sendiri..semuanya macam ABC.

Hidup kita ni kalau semua dugaan dan perasaaan kita himpunkan jadi satu.. Ia boleh menjadi satu resipi yang menarik untuk kita telan.. Ibaratnya Sedih + Gembira + Marah + Resah + Terdiam + Buntu kalau campur semua boleh jadi ABC.
Maksudnya disni kalau kita ikhlas terima semua ujian hidup ini InsyaAllah ia akan menjadi satu yang manis untuk kita rasai.. #nikmatREDHA

P/s : jangan tanya akuh kat mana akuh makan ABC ni... sebab pic ni akauh rompak dari GOOgLE je. kepada empunya gambar..maaf ye :)
Setelah berapa zaman tidak menjenguk Blog sendiri..Bersawang..berserabut dan berhabuk itu yang dapat dilihat... Busy sangat ke aku ni??? hummmm mungkin kemalasan tumpah melanda dek dugaan bertimpa-timpa kowt..uhuhu #ALASANsangat

Oklah untuk pertama sekali akuh minta maaf kalau blog aku ni dah lama tak di tulis apa-apa.. Pemalas macam akuh ni memang, menulis ikut mood... kalau rajin menulis..Kalau malas..campak isi dalam draft ! #takGuna

Kehidupan di KL ni memang pengalaman baru untuk akuh.. Duduk kat kampung tak sama macam di bandar... Kat kampung senang mak ayah ada.. nak makan minta saja... Tapi KL ni banyak menguji tabungan isi poket... Kalau tak berjimat alamatnya... korek lubang tutup lobang la.. hukhuk... Uwaaaaaa nak balik melaka !! *** akuh tahu akuh mengada tapi nak buat camana masih tak biasa ! -_-  Melalui hidup kat bandar nilah akuh jadi malas nak update blog sebenarnya... #AlasanLagi

ADA BEBERAPA FAKTOR KENAPA AKUH MALAS SANGAT NAK UPDATE :

-Tada masa, sejak kerja ni memang kurang waktu nak jengok blogger hari hari... masuk pagi balik senja.

-Hujung Minggu kenapa tak update?? hujung minggu banyak habiskan masa dengan orang tersayang... Sebab waktu tu je yang akuh ada untuk dorang.. tambah-tambah lagi bila "masa makin singkat"ni. 

-Mula Uruskan Bisnes Baru.. Ye akuh dah mula hidupkan bisnes baru kecil-kecilan dengan abang akuh...  **ehemm nak tambah duit poket nak harap duit gaji..maaf memang tak cukup.


humm bisnes apakah?? KaMI Running projek PRINTING saja :) jadi masa-masa yang ada tu akuh guna untuk buat kerja sampingan ni.. Akuh ngan abang tubuhkan syarikat Printing UK CREATIVE...nama syarikat tu nampak macam kreatif tapi tak berapa nak kreatif sbb masing-masing tada skill yang mendalam lagi.. hukhuk  #sedih

Tapi alhamdulillah walaupun baru sebulan setakat ni dah banyak order yang kami terima.. Satu pengalaman baru buat kiteorang..mudah-mudahan ia akan berkembang.. DOAKAN YE (:
 

*** okla malas dah nak tulis lagi... Haha Nanti sambung kat entry lain pulak ek ,kita citer pasal bisnes lak...sebab tak cerita lagi secara detail bisnes kiterorang ni kan...ngeeeee.

Adioss XOXO Salam.





0 comments:

Rindu dan Harapan : NOVEL : Mr Lara

11:12 Unknown 0 Comments


Harapan itu bermula dengan kata kata indah..
Memberi kenyataan yang seolah pasti..
Bahawa aku milik dia selama mana pun..
Tapi kini kau memilih untuk mendua..
Membahagi segala rasa kepada dia...
Adakah ini bayaran nya?? Setelah segala setia ku curah rasa..
Padaku ini adalah satu permainan !!
"ahhhh memang permainan.. setelah kau berikan dan kongsi segala perasaan pada diri ku.. hari ini kau pilih untuk meletakan dia dalam hidup kau" - seraya hati ku..
Sampai hati... kan..
Tapalah padanya ini adalah satu takdir untuk ku terima..

Harapan palsu kau hadiah kan rupanya !! Chisss rupanya seakan sia sia saja pengorbanan ku selama ni..
Apa yang aku buat  tak ada beri makna pada kau... Kau tetap bersungguh memilih dia !!

***sudah berpa kali aku nak bilang... bahawa setiap nadi nafasku ini tak pernah untuk ku halalkan perkongsian hidup dengan sesiapa pun !!! Sebab pada ku kalau benar dikatakan sayang takkan ada menerima orang kedua... SETIA itu SATU...

Aku rindukan kau yang dulu.. senyum setiap masa... memberi kasih yang tak pernah henti mencurah.. Setiap tingkah ku seolah hiburan buat mu... Namun kini 360 darjah tidak seperti dulu...
Apa yang tinggal untuk diriku hanya dipandang sebagai si jengkel, si kejam , si pemaksa...

*Andainya kau faham di setiap tingkah ku... :( kenapa mengapa ku begini... Kenapa perlu ku menerima hasratmu yang memilih untuk MENDUA ??
 Adil kah untuku?? andai saja kau berada ditempatku... mampukah kau bertahan?


0 comments:

Sakit nya T_T : NOvel : Mr Lara

15:48 Unknown 0 Comments


Tiapa bicara manis seakan menikam hati dan segala lubuk rasa ku ini..
Mengingatkan kali pertama janji kata untuk bersama seakan ku lupa semua apa yang bakal jadi..
Menerima HAK orang sebagai teman hati.. bukanlah satu langkah elok sebanarnya
Manakan tidak... hak orang...tetap hak orang nya jua...
Sampai satu masa mereka akan bersatu
meninggalkan sisa kenangan dia dan aku..
Tinggalah aku disini terkapai-kapai mencari jawapan...
Adakah mampu untuk aku bertahan menelan apa yang bakal ku terima..
Namun segala keputusan ditangan nya jua...
Menerima walau terpaksa.. hemmm...
Sungguhpun begitu... walau terpaksa rasa hati mungkin akan bahagia dan timbul suka diantara mereka..
dan disaat nya nanti tinggalah aku ternanti-nanti..
Kasih dan sayang tak mungkin lagi datang tiba...
Bukan kenapa tapi sudah menerima.. bermakna..
dia bersedia untuk menjaga teman baru sebahagia mungkin...
pada saat itu aku hanya kuman kecil yang mengangu..
Seraya hatiku berkata "ahhhhh mana mungkin dia mencintai kita kalau masih memilih untuk menerima orang lain..?? "
pedih memang pedih nak tanggung semua ini.. :(

p/s : semoga diberi kekuatan untuk terus bertahan menempuh hidup sorang.. berteman kan lilin harapan yang kian malap..

0 comments: