KEPADAMU KEKASIH

10:34 Unknown 0 Comments



Kepadamu kekasih
Aku berserah
Kerana kutahu
Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Bersama amali

Kepadamu kekasih
Aku bertanya
Apakah kau yang menerima kukembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku
Ke sisi tanpa harga diri

Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ketemukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

Kepadamu kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah kau akan menerima penyerahan ini
Apakah kau akan menerimaku dalam keadaan begini

0 comments:

Kata-Kata ku IV : Patah Hati

07:49 Unknown 0 Comments

Kadang-kadang apa yang diharapkan tidak sesempurna apa yang di mimpi... Adakalanya indah tapi tak bertahan lama. Macam tu jugak lah hidup sekuntum bunga dari benih segar yang hijau...bersiram baja dan hujan.. Ia tumbuh menjadi bunga yang mekar berani... dari pohon yang hijau menjadi bunga indah yang mewangi. Namun indahnya cuma seketika...bunga yang cantik menjadi layu dan akhirnya gugur.
Sebab itu bercinta jangan bersandar seperti sekuntum bunga sebab ia takkan kekal lama. Dalam erti kata lain PUTUS..  

Renungkan kata-kata ini :

Jika seseorang meninggalkan kita tanpa sebarang sebab dan alasan,
Jangan sesekali membiarkan untuk dia kembali dengan ALASAN.

P/s : cukup biar hanya sekali sakit yang diberi.. Usah membiarkan dia mengulangi lagi. Cari cinta yang baru itu lebih baik.


Satu Ketika dulu bila sebelum kita menjadi milik dia, Kata-kata indah
manis belaka.. Call dan SMS setiap hari tanpa nak jemu. 
Namun bila dah dapat.. segala nya makin kurang..semuanya berubah..
jika dulu call selalu tanpa alasan tertentu..Kini sekali seminggu pun hati tak lalu.

P/s : Lumrah cinta yang belum matang..Indah semantara.. Macam kuntum bunga juga..diawalnya mekar dihujungnya layu. Dalam erti kata lain bila cinta pada cantik, cinta itu akan tua.


Dalam bercinta biarlah bersederhana, Jangan cinta sangat,
jangan sayang sangat, Jangan rindu sangat..
Nanti Bila terluka sakit sangat-sangat.

p/s : Dalam hal ini.. usah memberikan sepenuh jiwa dan raga pada cinta yang baru kita miliki... Simpankan sedikit ruang untuk rasa sangsi dan ragu sebagai kekuatan. Sekurang-kurangnya bila dilanda dugaan.. kita tidak terus jatuh tak mampu. Bukan bermakna kita tak percaya cuma sekadar beraga-jaga.


0 comments:

Alhamdulillah Kata Syukur Yang Terindah

10:49 Unknown 0 Comments

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin nya DIA memberikan saya sedikit nikmat yang begitu besar ertinya. Penantian dan harapan berakhir dengan khabar gembira, Syukur Syukur dan Syukur.. Setelah sekian lama mencuba dan berulang kali berjudi nasib  di medan dunia kedewasaan diri ni dihadiahkan nikmat terindah.. Lagu Basikal Tua dan Aku Pengaggur kini telah bertukar kepada Aku Mendapat Kerja :)
Tidak disangka rupanya medley lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad benar-benar kisah realiti untuk empunya diri ini. #yey

Tapalah biarpun kecil ini dinamakan rezeki... InsyaAllah saya akan menafaatkan peluang yang ada. Segala harapan yang diharap oleh Ayah, Ma, Abg, Akak, Nenek tidak akan saya sia-sia. Ini semua berkat doa dorang juga.

Semakan Time ! : dup dup dup.. pada masa ni tak pikir apa pun.
Tapi memamng kecut perut.  :)

Terima Kasih ya Allah  xsangka :)
Pada awal nya saya langsung tak taruk segala harapan pun, sebab dah berkali-kali ber'interview keputusan tetap sama, Baik swasta mahupun kerajaan.. Masa pergi interview pun takda semanagat langsung.. siap lagi gaduh ngan abg.. uhuhu dah kena pujuk baru la pergi.

Tapi dugaan masa sebelum Interview memang banyak.. Di awal pagi dengan hujan nya.. dari rumah Serdang ke Putrajaya saya ngan abg berhujan naik motor. Sian abg bersusah payah nak hantar saya. Pagi tu abg ambil half day untuk teman g interview.

Sampai ditempat temuduga.. SIJIL SPM pula takda.. ! Pembantu semak temuduga bagitahu kalau tada sijil tak boleh masuk sebab tak lengkap document.. Huwaa hanya Allah je tahu huhu, tapi mujur abg ada dia tolong saya...

Pagi tu juga dalam hujan kami bergegas ke Unit Peperiksaan untuk minta keluar sijil.. ish ish..tapi lewat Akibatnya terlepas waktu temuduga..sesi saya sepatutnya pukul 9pagi.. tapi terpaksa masuk untuk sesi pukul 10...  ujian Allah..

Sebab tu saya tak harap untuk dapat.. Tapi ini semua sudah Rencana Yang Maha Esa :)
**pagi tu juga jam 11 lebih saya balik terus ke Melaka.

p/s : interview ni masa hari kedua bulan puasa... Tak sahur sangat :) makan roti je..

Maaf jika entry saya ini nampak seakan RIAK, namun percayalah.... saya hanya luahkan rasa gembira, Tiada apa yang membahagiakan selain satu langkah untuk membalasa jasa Mak Ayah kini Allah bukakan jalannya.. Kepada awak semua doakan saya ye.. saya doakan awak semua berjaya..AMIN...

0 comments: