Kawan makan Kaban

11:31 Unknown 0 Comments

Dulu sayang semua baik,
Dulu baik semua tak kisah,
Dulu tak kisah semua boleh,
Dulu Boleh semuanya Indah...



Dulu kawan sekarang gaduh..

Kawan tak semua yang baik itu kawan, tak semua yang disangka baik itu teman. Lagi lama kita kenal lagi banyak yang kita belajar... Hidup merantau mendidik kita untuk belajar mencari kawan. Teringat pesan nenek,mak ayah.. Kalau nak berkawan carilah yang baik-baik..Jangan berkawan dengan kawan yang bukan bukan...#MaTak Suka

Tapi dalam memilih juga...ada juga yang tersilap pilih. Sebab saya dan kita semua ni manusia... adakalanya terlalu kabur untuk menelaah hati baik buruk seorang manusia. Ini semua lumrah. Bekerja ditempat orang kita perlukan kawan dan tak boleh sombong. Cuma sukar untuk diramal pasang surut apa yang didalam setiap orang... senyum diluar mungkin tawar didalam.. Mana kita tahu kan?? TIPS YANG PALING BAGUS ialah sentiasa bersangka baik...tapi dalam pada masa yang sama simpan sedikit keraguan.. sebagai persediaan. Meletakkan 100% kepercayaan pada orang yang baru dikenali adalah satu kesilapan yang perlu dielakkan.

Setiap tempat kerja ada ragam nya yang tersendiri... biasa saja kalau ada yang suka dan ada yang tak suka, kita kena pandai bawa diri. Esok 2 OKTOBER 2014 genap satu tahun menumpang duduk mencari rezeki ditempat orang... Setakat ni macam-macam dah dilalui... Alhamdulillah masih bertahan.

p/s : Genap setahun..tak sangka semalam juga saya kenali siapa kawan siapa lawan. Tak apa, mungkin kita tak sempurna ada juga silap sendiri.. Terima kasih Ya Allah..sebab meminjamkan nikmat berkerja..


xoxoxouzeyfarhanxoxoxo

0 comments: