Resipi Pemangang Ajaib : Murtabak Maggie Bersama Sos 3 Rasa

16:29 Unknown 0 Comments




 Lapar ! Lapar ! Lapar ! Haaaaa camtuhlah bila perut dah lapar... Pagi-pagi perot ni dah meragam nak makan. Setiap hari memang ma ada siap masak macam-macam lauk sama nasi sebelom pergi kerja*untungkan? Tapi sayangnya tedd tak lalu nak makan nasi pepagi... jadi tedd masak la maggie.  Maggie ni kalau ikutkan sebulan sekali ja makan... tapi bulan nie dah berkali-kali... Oh sungguh tak elok!

Jadi untuk hari ini tedd masak Murtabak Maggie !
Nama Resipi tedd ni Murtabak Maggie Sos Tiga Rasa *kerlassss kan? ala ala master chef uolsss

Bahan-Bahan :

1 peket Maggie Kari
1 biji bawang besar
2 Biji telor
Minyak Masak
Daging Cincang (Cap ramli)

Sos :

Mayonis
Sos Cili
Sos Lada Hitam




Cara-cara :

1. Rebus maggie sampai lembut. Setelah itu tos kan airnya. *jgn sampai kembang sangat nanti memek
2.Pastu Bilas maggie dengan air bersih. *perlu dibilas bersih bagi menyingkirkan lilin yang ada pada maggie
3.Kemudian tapiskan maggie sehingga air tersejat. *agak-agak hingga sedikit kering dan tak belendir
4.Gaul kan maggie yang sudah kering dengan perencah kari, hingga rata.
5. Pecahkan telur kemudian pukul hingga kembang...dicampurkan sekali dengan hirisan bawang besar dan daging cincang.
6. Setelah itu gaulkan maggie bersama telur tadi. *gaul sampai rata.
7. Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak. *minyak tak perlu banyak
8. Setelah panas, masukan maggie tadi... *gunakan api yang serdahana, Jangan guna api besar nanti masak tak rata

Xmelekat ! Best guna Kuali ni!

9. Terbalik-terbalikan murtabak supaya masak rata.
10. Masak sehingga kulitnya kegaringan.
11. Siap ! sedia dihidang.

#untuk sos...Tedd cadangan gunakan Sos Cili Tamin Dicampur Mayo (^_^) *kalau ada sos lada hitam lagi sedap.


 Haaaa macamana simple ja kan?? kalau yang bujang-bujang tu bole la cuba...sebab senang je..dan kos nyer pun ciput ! Yang penting sodap ! hehehe

Nak jadi lelaki kena la pandai masak, sebab nanti nak kawin senang...Tadalah nak harap pada Isteri yer dokkk? *tapi jangan la hari-hari awok tibai masak maggie ja...Mmg kurus la bini awok nanti..hahaha

Okla cukup la untuk arini...walaupun ENTRY nya sesendu ja..tak menarik mana...janji ada la gak modal nak penuhkan blog nie. uhuhuk zedehhh kan??  Akhir kata SElamat Mencuba !

xoxoxoxo Tedd 




0 comments:

Bidadari Sayap Berdarah

14:46 Unknown 0 Comments



Wahai jiwa jiwa yang pernah sepi
Sepi dan pernah di tinggalkan
bertahanlah bebaskanlah dari penjara
Perasaan

Wahai jiwa jiwa yang pernah rebah
Rebah dan tak mampu berdiri
Berjuanglah sekalipun nafasmu hampir
Habis

Wahai jiwa jiwa yang pernah lupa
Lupa dan telah dilupakan
Lupakanlah maafkanlah jiwa jiwa yang
Berantakkan

Wahai jiwa jiwa yang pernah Luka
Luka lama yang masih merah
Terimalah semahunya semahu yang kau mahu
Berubah

Semua yang pernah terjadi
Telah pun pergi
Hilang dan takkan kembali
Relakan semua yang tertulis
Takdir untumu hanya
yang  terbaik

Melangkahlah dengan jiwa mu
yang baru
Jiwa yang tak mungkin
terpadam hingga mati

Bertahanlah sekalipun kau tak mamupu
Sekalipun Engkau masih ada waktu
untuk berubah
Nasibmu selama-lamanya..

0 comments:

Hadiah Dari Hati II

14:49 Unknown 0 Comments


 Dialah yang terindah hadir memberi berkongsi segala suka dan duka ..

Dinner di KFC sempena Sambut bufday
(capital A..tahu saya suka KFC)
tEDDY bEAR cOMEL Sebagai hadiah Bufday
(sweet kan capital A?)

Terima kasih buat Capital A kerna sudah bersusah payah datang ke Melaka... 
Walaupun disambut secara serdahana Namun indahnya kerana ikhlas (=

p/s : xoxoxo tedd 

0 comments:

HADIAH BIRTHDAY TAHUN NI : UCAPAN KAWAN (:

09:29 Unknown 0 Comments


Lukisan dari Vo yg comel hehehe
Dari Vio ! Sweetest Besties ! Dia Lukiskan Teddy bear sebgai hadiah ^_^ *syg dia

Dari Kiki President kelab Comel ! Ezwan & Iddin ! Muahh3



Alhamdulillah ^_^
Ni dari my Twin Eddin 

Uced : hehe siap nyanyi !ツ


Iezz haha dia lupa! 

Capital  AY 

Ni dari Gang Kami ! -Mimiy- hehe
Ni dari Gang Kami ! -Ama- hehe

Ni si Zieyra!  Antara Ratu like kat FB tedd

Ni dia si comel garfield ! -Meoow-

Ni abg..Ishhh suruh call plak baru dapt hadiah! waakakaka 


Di antara kawan2 yang lain 

Dari Facebookers yang tedd Sayang ^_^





Kawan baik dari Sarawak ^_^



Dari Si budak melaka Daus ! dan dari My sweet adik Akz yg Comel ^_^



p/s : Terharu dengan ucapan sekali setahun.. Masih ada yang sudi ^_^  Tedd bersyukur sangat kerana dikurniakan dengan kawan kawan dan mereka mereka yg baik sangat...  Terima kasih kepada semua kawan-kawan FB yg wish..tedd tak dapat masukan semua..hehe sebab tak muat loo...apapun bukan gambar sebagai penghargaan..Janji tedd tahu yang korang mmg AWESOME ! Sayang korang semua sangat-sangat..  *pssss kalau buat parti nie mesti meriah dengan korang kan? hehehehe
Walaupun tada hadiah..tapi pada tedd Ingatan yang terpahat itu adalah satu yang terindah...Syukur ◕‿◕

okla sampai kat sini dulu... XOXOXO tedd.

0 comments:

Post-Mortem : Birthday 2012

20:08 Unknown 0 Comments


Ok Bufday dah lepas.. Hemmm tak seronok la...banyak yang sedih dari yang suka..
20 November hanyalah hari yang KOSONG buat Tedd..tiada apa pun istimewanya. xda Hadiah Tiada kad xda harapan dan juga mimpi hari yang indah. 

Terluka dengan orang tepenting dalam hidup.. Hari itu tiba bagaikan tiada makna buat mereka..Okla tedd faham mereka kerja dan TERLUPA..hemmm.

Mujurlah FB ini ada untuk tedd rasa sedikit gembira.
Terima Kasih bnyak2 pada semua kawan2 yg tak putus2
Beri ucapan...Alhamdulillah Ya Allah...
Walaupun di laman muka sosial..Nilai penghargaan itu tetap ada..
 dihargaii sgt..((:

Tapalah seandainya realiti tak mampu membangkitkan impian serta mimpi seorang putera hamba biarlah
alam maya menjadi pengubat..uhu
Ted sedih sgt..tp tedd bersyukur ada kawan2 yg masih ingat
walaupun sekadar mesej IM 

0 comments:

HOT SANGAT KE KAW?

08:08 Unknown 2 Comments


Hye suma lama dah tak update blog ni kan? uhu malas la.. nak nak dah cuti sekolah busy je setiap minggu..ada je kerja nya, (: Kadang-kadang bagus juga busy boleh la habis masa dapat duit..
Dari dok cangguk layan kawan yang macam tak nak layan kita kann..
Susa la org "Cantik" nie...mana nak layan kawan2 yang biasa*upsssss



Berangan diva ya? Oh dengan kawan-kawan tak perlu la nak KEKWAT sangat, Tak kemana pun dik nun.. Kalau nak fefeeling HIDUNG TINGGI pun..tengok-tengok la dulu hidung awk tu dah cukup mancung ke? Siti Nurhaliza yang hebat lagi popular tu pun tak sombong cam ampa..
Nak kata putih ? emm tada la pun..nak kata sasa uhh jauh sekali..jadi napa nak kekwat?? LOL
Kadang-kadang biar tada rupa asalkan hati kita jernih, orang sayang sebab
tak bermuka-muka sesama kawan. #kbai

p/s : Tetap update, walaupun penat handle catering masakan mempelai semalam ^_^ Jumpa la Incik 
Tenku  Nazmir..rupanya yang khawin tu Macik dia..uhuhu


2 comments:

5 TIPS DEKATI SAHABAT DAN JANGAN DEKAT

13:17 Unknown 3 Comments

Hidup takkan ada pengisian dan sunyi jika tanpa hardirnya "Sahabat"... Menemani dikala sunyi suka dan duka. Di dunia nie terdapat berbillion manusia yang bole dijadikan kawan namun belum tentu dalam berjuta itu menjadi teman karib.. Dalam mencari kawan terdapat beberapa norma dan perkara perlu dititik beratkan. Untuk entry hari ini tedd nak kongsikan 5 ciri penting untuk mencari kawan dan 5 ciri yang perlu dielakan dalam mencari kawan.

  1. Bijak dan Bodoh 
    Untuk berkawan kita haruslah cari orang yang berakal..Orang yang berakal akan menadi teman yang baik sebab mampu membimbing kita dan menerima segala permasalahan dengan bijak tanpa menghancurkan persahabatan.

    Jangan mencari orang bodoh untuk diadikan sahabat..Bodoh disini tidak merujuk kepada kekurangan pencapaian akademik tapi lebih merujuk kepada kemampuan penggunaan akal dalam meneraju akhlak. Orang yang bodoh dalam berakhlak akan mempunyai sifat buruk dan jahil. Kawan jenis ini akan menghancurkan persahabatan kerana mereka tidak tahu menghargai hubungan, lebih buruk lagi mereka akan jadi musuh dan menyakitkan kita.
  2.  Berakhlak dan Jahat
    Pilihlah kawan yang elok akhlak nya..kerana sahabat yang elok budi pekertinya ibarat wangian yang semerbak... Semakin lama kita dampingi semakin kekal bauan nya pada kita. Kita akan sentiasa selesa dengan kawan dari jenis ini.

    Jangan mencari kawan yang berakhlak buruk, kerana nafsu jahat nya akan meransang kta ke arah pekara yang tidak elok. Sehari dua mungkin kita boleh bertahan..tapi percayalah sedikit demi sedikit kita akan dipengaruhi. Perkara jahat mula-mula kuat ditolak namun kalau sudah sekali tergoda, kita kan hanyut terus dengan keseronokan.
  3.  Soleh dan Fasik
    Sahabat yang beriman akan menjadi pembimbing yang terang ke arah jalan yang betul.. Kita akan dipandu menjadi insan sejati dan kuat pada iman. Sahabat yang soleh ibarat cahaya terang memberi ketenangan dan kebahagiaan.

    Jangan dekati kawan yang Fasik...kawan jenis ini akan menghayutkan kita ke dunia yang keseronokan nya yang sementara. Keseronokan yang dicari tanpa henti tanpa ingat akan jalan agama. Semakin lama didekati sahabat yang fasik semakin sesat kita dengan dosa serta maksiat.
     
  4. Serdahana dan Tamak
    Bersahabatlah dengan kawan yang bersifat berserdahana..Sahabat jenis ini takkan pernah meninggi diri..duduk sama rendah berdiri sama tinggi..takkan pernah lupa diri dan sentiasa menghormati sahabat yang lain.

    Jauhi kawan yang ada sifat tamak kerana..mereka akan lupa siapa kita bila dihanyuti kesenangan. Sahabat jenis ini mudah lupa bila bermewah. Sesungguhnya sifat tamak adalah racun kepada nilai pemurah. Ditakuti sekiranya kita rapat dengan kawan dari jenis ini..tidak mustahil kita kan terikut dengan cara hidup nya yang tamak dan kedekut.
     
  5. Jujur dan Bohong
    Pilih kawan yang bercakap benar.. sahabat yang jujur akan sentiasa berterus terang dengan kita tanpa menyakitkan hati. Kawan jenis ini akan memelihara hubungan dengan baik tanpa melukakan hati kita dengan pembohongan.

    Jangan dekati kawan yang bersifat suka berbohong. sahabat jenis ini akan memusnahkan persahabatan. Ketidakjujuran dirinya itu kan mengheret kita ke arah hubungan yang tidak pernah telus. Tidak mustahil kita akan dipergunakan demi kepetingan hidupnya sendiri. bak kata pepatah siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama lama jadi pencuri.. 
Sahabat Terbaik Sayang dorang Housemate
Civil Engineering UiTM Pahang

Mencari kawan tidak semudah menjalin hubungan di Facebook..dimana dimulakan dengan button ADD dan dibalas dengan button APPROVE.
Mencari kawan yang terbaik ibarat mencari permata di dalam perut bumi, biarpun sukar namun bila dijumpai nikmatnya hanya yang punya teman sejati yang mengerti .
Jadilah sahabat yang terbaik yang layak dijadikan permata hidup yang menerangi Hati dan juga Budi. As Salam... 

3 comments:

Cucur Bilis Ranggup

14:33 Unknown 0 Comments


Hye dah mkan lom??  kalau belom meh sini tedd share resipi menu yang simple tapi sedap...Sedap ke? Cuba k ! Sangat sesuai buat sarapan dan minum petang..

Bahan-bahan :

Tepung Gandum (3 cawan)
Air (aggaran sehingga adunan likat dan cukup sebati)
Ikan Bilis (Ikut la anggaran Sendiri) *disiang dan di cuci bersih
Serbuk perasa
Telur (1 biji)
Garam
Kentang (1 biji) dipotong dadu kecil-kecil
Bawang Besar (satu biji) *dipotong nipis
Minyak masak (secukupnya)


Cara Memasak :

1. Sediakan mangkuk ikut saiz yang bersesuaian dengan kuantiti tepung yang digunakan....Kemudian masukan air sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan.. Untuk resipi tedd ni tedd buat acuan cair sedikit dan tak terlalu likat/kental. Adunan tersebut dikacau sehingga sebati.

2. Setelah sebati masukan ikan bilis,hirisan bawang,kentang..gaul semesra nya...Setelah itu masukan sebiji telur.. Sebagai perasa masukan serbuk lada sulah dan garam mengikut cita rasa anda dan gaul lagi sehingga rata kesemuanya.

3. Panas kan minyak secukupnya untuk menggoreng. Setelah minyak cukup panas...Masukan acuan cucur sebiji demi sebiji dengan menggunakan sudu.. Goreng sehingga kekuningan...Setelah itu toskan dan diangkat.. Sedia di hidang.

4. Sebagai pencicah...gunakan sos cili yang anda suka. Tapi tedd syorkan sos cili Cap TAMIN..pada tedd sos ni sangat sedap selepas sos Life (: hehehe




Hot Tips (Untuk mendapatkan kerangupan Tedd buat acuan sedikit cair dan saiz cucur tidak terlalu tebal sewaktu menggoreng..Jadi cucur kita lebih garing)

p/s : Amacam senang jerkan?? Buat Cucur je kowt?! Uhuhu 
SELAMAT MENCUBA !



0 comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1433 H

13:05 Unknown 0 Comments


haaaa Cantik ke tidak?? hehe
Selamat Hari Raya semua..Ikhlas dari tedd seteddy
semoga dari hari mulia ini kita memperoleh rahmat dari Allah..
InsyaAllah.

p/s : Mesti korang dapat banyak daging free kan?? Dah ada plan nak masak apa?? huhu Masak la sedap2 yer..pastu share la resipi korang ngan tedd :P Sesejak akhir-akhir nie minat plak nak belajar masak..uhuhuk..

0 comments:

Diri Ini Terkadang Bagaikan Batang Pisang

11:09 Unknown 0 Comments

Erkk??? motif guna batang pisang??  

"Mencari pabila perlu...melupa disaat bahagaia...Adakah ini dikatakan cinta mu? Sedikit luka hati tersiksa "..
Chewahhh bermito sastras lak tedd ni kan?? hehe Emm untuk entry pagi nie tedd nak jadikan korang semua sebagai laut untuk tedd jerit dan lepaskan segala benak yang terbuku..boleh tak?? Sebab pada tedd kawan-kawan adalah lubuk rindu dan juga rasa..Kawan itu adalah jiwa, sungguh ikhlas dan tak memerlukan keadaan..kerana kawan itu boleh hidup dimana-mana hati setiap jiwa yang dikasihi..

Bercinta bukan mudah, mencari cinta juga tidak semudah dikata... Mungkin CINTA itu dieja dengan 5 huruf tetapi untuk mendapatkan cinta memerlukan lebih dari 5 susunan kata... Riwayat hidup CINTA adakalanya tak seindah "I love you", nasibnya awal penuh kemanisan dihujung tersimpul ikatan pahit...

"Sweet Talker" memang pandai mengoda, ibarat vanila coklat mengiurkan setiap yang melihat... Tedd ni sudah banyak kali terkena panahan insan2 "mulut manis" nie... walaupun banyak pengalaman namun godaan nya sungguh dasyat... kata-kata mudah dihadam terus meresap ke jiwa...Semua ini membuatkan kita leka dilamun kata "CINTA"... bahaya betul ! sekali terpalu terus terpaku !

Di awal cinta semua nya indah belaka..Namun setelah habis segala rasa rindu..segalanya berubah...Tak seindah biasa lagi....Hilang segala kata mesra..bagaikan dinding konkrit...diludah dengan segala kata dan amarah..Kenapa ya??? Kenapa begitu cepat rasa yg dulu itu hilang?? hemmm pada tedd inilah dikatakan Cinta "Satu Malam"... indah sangat bagaikan mimpi namun hilang bila terbitnya hari esok..huahuahua nampak sangat cinta berkiblat kan nafsu semata!

"Jadikan pedoman...Jangan mudah terpedaya dengan kata manis...Belajar mengenali terlebih dulu..biarpun lama asalkan hati sma kenal jiwa sama serasi..Bukanya hari ini kenal esok sudah diberi segala jiwa dan raga... Oh itu bukan Namanya cinta tapi hasutan nafsu semata.." Ya! dan kata-kata ini lah yang sering bermain di fikiran tedd sejak akhir-akhir ini.. Cengituhlah....

p/s : Opssss....Segment cinta duka lara dah merosakan keindahan blog yg serba edit nih! ahahahahahaha Maaf Ya korang sebab entry tedd kali ini tidak mampu memberikan nikmat mebaca pada semua...Tedd ngaku tedd kecewa tapi pada tedd biar kita hilang cinta pada hari ini...sebab hari ini adalah satu pengajaran buat hari esok.... Tapa cinta itu kalau benar untuk kita biarkan seribu marhala jauhnya..lambat laung pasti akan jadi milik kita..

# Korang jangan jadi macam tedd tau Mudah terpedaya dengan kata2 Sweet talker! Muah muah sayang korang! see yah!

0 comments:

10++ Pekara Yang Saya TAK BOLEH !

11:11 Unknown 4 Comments

Antara perkara-perkara yang Tedd tak boleh dalam hidup nie. Bukan buat-buat tapi memang TAK BOLEH


  1. KOPI / NESCAFE : memang tak boleh telan kalau minum perut sakit kepala pening mual-mual..angin
  2. IKAN PARI : Tak makan kalau makan kepala miong-miong rasa macam mabuk
  3. GETAH KAKTUS : Emm mybe alergic..sebab kalau kena getah kaktus tangan naik merah2 dan bengkak.
  4. DURIAN : loya..ahaha TApi petai suka !
  5. LIPAS/ULAR : Geli memang tak boleh la.. LEBIH kepada takut sebenarnya.
  6. BADUT : sangat takut kalau tengok muka badut..boleh nanges *agak FOBIA
  7. BOLA : SEMUA jenis bola memang TAk suka langsung ! ahaha
  8. IKAN DARAT : Tedd tak makan ikan air tawar.. Dan paling penting tak bole tengok ikan helmet aka Ikan Sembilang ! *ada sejarah dengan ikan tu
  9. ASAP ROKOK : tak boleh dekat..ada asma..sakit kepala =.="
  10. GAME GRAFIC 3D : muntah-muntah..mabuk terus kalau tengok
    *Dota, Counter Strike
  11. VIDEO YANG GUNAKAN EFFECT DALAM RAKAMAN (video yang jalan macam cerita SERU) : effect nya sama macam tengok grafik 3D *memang mabuk dan sakit kepala sangat-sangat kalau tengok.



p/s : Tedd bukan mengada-ngada..tapi benda nie memang jadi pada tedd.. Tak boleh nak buat apa. Inilah hidup tedd..uhuhu banyak pantang.

4 comments:

Hazama feat Dato Siti & Bunkface - Anugerah Blockbuster 2012

16:05 Unknown 0 Comments

Haaaa Kalau bab tarik tarik suara nie...memang Dato Siti nie superb ! 
Sedap ja tada pecah-pecah ahaha
Tak minat lagu nie..tapi rasa macam sedap bila dah Dato Nyanyi..AWESOME !



Comel Kak Siti malam nie ! :D Tapi penonton dalam kalangan artis macam tepu jer.. Nabila Huda ja yang bangun dan enjoy persembahan... Artis lain muka seposen..bila kamera zoom baru la tergedik-gedik buat geleng kepala..ahahaha





Best gak lagu simetri..First time dengar..Lepas Kak Siti bawa terus rasa nak cari versi asal..huhuhu
Suka bab baju! walaupun ramai yang tak berkenan..tapi bagi tedd sgt COMEL Kak Siti ! *hellooo yg tak berkenan tu korang dah kenapa?? Takkan Dato Siti nak pakai Dress lip lap swarovski dengan Naik Basikal kannnn..? ahahaha

P/S : SITI NURHALIZA ADALAH SUARA, BOLEH MEMBAWA MANA-MANA GENRE LAGU, SENTIASA MERDU DAN MAMPU  HIDUP DI MANA-MANA ERA MUZIK ((:
LOVE YOU KAK SITI !

0 comments:

Oh Senandung Malam Setawar Air Bandung

23:29 Unknown 0 Comments


Malam ini gelap gelita.. terpenjara diri ini menderita bagaikan burung terkurung didalam sangkar... dikunci besi dan kerasnya dawai sunyi. Oh Tension jeritan hati!  hemm layan senandung malam jerla... Cenginih lah bila dah mood busan busan emm mula la kuar ayat segala kitab.. uhuhuk

Ohhhh wahai Malam
Dengarkanlah rintihanku
Oh Dingin malam sayu kedengaran
Sayu....aku mendendangkan lagu untukmu

Oh Senandung malam hari 
aku terfikirkan lagi harus
Senandung malam aku 
terkenangkan kamu kini

oh angin malam bawakan aku pulang
khabar berita yang tenang
rinduku padamu sayang
orang yang jauh ku kenang
oh angin malam

Bila malam ku mencari 
wajahmu kekasih ohh
Terbayang sayu wajahmu 
oh kekasih yang jauh dariku
yang ku tunggu-tunggu

oh angin malam bawakan aku pulang
khabar berita yang tenang
rinduku padamu sayang
orang yang jauh ku kenang
oh angin malam

P/s : terima kasih Kak Waheeda sebab melayan tedd malam nie....  (: Di belai bayang wajah yang disayang bulan terang sampaikan salam sayang rindu kalbu yang dikasih yang disayang selalu ku lagukan rinduku biar semua tahu.

0 comments:

Batu Belah Batu Karnivor!

08:03 Unknown 0 Comments

Ingatlah...
Semacamana betul pun kita rasa, Ibu Ayah tetap paling betul, 
Utamakan keredhaan Ibu dan Ayah
apa guna hidup berjaya kalau sepanjang masa jauh dari rahmat.
Redha Allah adalah terletak pada Redha Ibu....
Kalau kita derhaka pada Ibu Ayah bermakna kta mencari kemurkaan Allah.
Tiada berkat hidup orang yang derhaka pada Ibu Bapa
Doa pun terhijab dari diterima  Allah
Dosa derhaka nie takkan terampun oleh taubat, melainkan kita meminta ampun kepada Orang tua kita.

Kalau takda Ibu Ayah tadalah kita atas dunia nie
Setiap saat darah yang mengalir dalam tubuh kita adalah darah dari Mereka
Mata Muka Hidung dari hujung Rambut ke Kaki
semuanya kita warisi dari mereka
Jadi, adakah wajar untuk kita menidakkan hak mereka sebagai
Penaung Tempat Mulia dalam hidup kita?

Orang yang buat dosa pada Ibu Bapa
Hati takkan tenang
Sentiasa gelora tak tentu arah,
Gelisah tak kira waktu,
Setiap perkara yang dilakukan dirasakann tak kena..

Jangan bertanguh untuk meminta maaf kepada mereka
Kerana waktu tidak pernah berjanji akan hari esok untuk kita semua
Takut-takut tidak sempat meminta halal
dan ampun maaf Mak Ayah
Sesungguhnya Syurga itu letaknya di bawah kaki ibu...
Bahagia kan Mereka bermakna kita bahagia dunia dan akhirat



P/s : Hemmm tertibah ja terasa nak bagi nasihat.. Sehari sebelum Semalam tedd dah buat Ma marah.. aduh sampai ke seharian tak bercakap takut loooo. Setiap benda nak buat ada ja rasa tak kena, perasaan pun tak tenteram.Dengan kawan-kawan pun tada mood... Ni la orang kata kalau dah buat salah dengan Mak Ayah..takkan ada bahagia..fuhh dasyat wooo..emmm Mujurlah tedd masa tedd minta maaf awal pagi semalam Ma maafkan..Syukur Alhamdulillah..
Lagenda Batu Belah batu Bertangkup
(http://shadowness.com/zouqimanipulasi)

Nasib baiklah lagenda Batu Belah Batu Bertangkup tu sekadar mitos rakyat jer..kalau tak hilang mak dah kita..Tapi kan takkan kita nak tunggu batu belah tu telan Mak Ayah kita baru kita nak rasa menyesal dan nak minta maaf..??


#kalaulah Ma tak maafkan..habisla hidup tedd *uwaaaaaaa
Korang suma jangan buat camni tau..kalau ada tersalah kta ke cepat2 minta maaf..Hati Ibu ni sangat sensitif dan mudah terasa...sebagai anak kita WAJIB menjaga hati Ibu dan juga Ayah. uhuhu kalau tak minta maaf alamatnya...susa la hidup kita nanti kan kan?

"TERIMA KASIH YA ALLAH, KERANA MENNGURNIAKAN AKU KEDUA IBU BAPA YANG SANGAT MENYAYANGI AKAN DIRIKU..ALHAMDULILLAH.."



0 comments:

October KINI KEMBALI

09:07 Unknown 0 Comments

Bonjour! Good Morning uols !
Selamat Tinggal September ! SELAMAT PAGI OCTOBER !
cak sini cak sana cak situ dah habis 9 bulan dalam 2012.
dah makin tua dah korang kannn.. *ehh?? uhu

Orang kata kalau dah masuk fasa akhir tahun ni makna nya azam tahunan dah sepatutnya tercapai atau hampir tercapai.. Azam korang dah tercapai ke? huhu Kalau belom, takpalah masih belum terlewat lagi nak kejar bintang impian korang tuh..*gituh! Betul la kan...Ayah selalu cakap selagi kita masih bernyawa selagi itu juga masih belum terlambat nak capai apa yang kita hajatkan.. Janji jangan putus asa. (sila pegang kata-kata ni hoccay! weee )


Bila masuk october nie dah tak sabar nak countdown bufday sendiri,,walaupun lagi 50 hari.. =P
of My Bufday !! Dah 20 ++ dah !
(=3=)

p/s : emm jangan lupa tau bagi hadiah untuk tedd !! saja ja bagitau awl supaya korang boleh planning nak beli hadiah apa untuk ted !! agagagaga Tedd tanak hadiah mahal2 Teddy bear cukup la.
Ted tahu korang suma mesti syg tedd! kan kan kan? :D

Hemm tada motif kan post entry KOSONG cenginih?? ahaha bila tada idea ni la hasil nya!apapaun tedd Doakan semoga october kali ini memberikan
hari-hari terindah untuk korang semua ... All da best sayangs!
Muehhh3


0 comments:

Dapat Hadiah ! *ohhh yeyy

21:21 Unknown 0 Comments

Hadiah Dari Hati ((:

 Oh tak sangka perjalanan dia yang hampir 200 km yang menjarakkan masa selama 2 jam itu dikobankan demi menghantar "Hadiah Daripada Hati" yang penuh makna.

Dia beri Coklat : sebab dia dah tahu saya suka coklat (^_^)
Dalam kotak rona corak Teddy Bear tuh ada
benda warna pink! 
p/s : terima kasih awak..sebab sudi datang jauh..sebab nak jumpa saya.. Awak memang sweet tapi kadang-kadang awak punya garang menakutkan saya..hehehehe

❥ u damn much !!  ❥ Double S !

0 comments:

Satu Senyum Untuk Dia

08:32 Unknown 0 Comments

Damai kian hilang.... lunak rasa gembira kian menyusut....

"Senyumlah sementara kita masih ada, masih ada untuk dia untuk kita meraikan seumur kebahagian....
Seumur masa telah kita pinjam dari yang Esa,
Entah esok atau lusa...mungkin kaki ini tidak akan lagi berpijak pada tanah yang selama ni
tak pernah kita hargai..
senyumlah walau hati ini terluka,
Senyumlah... usah ditujuk pada si dia yang diri ini kepudaran rasa,
Senyumlah demi hati nya,
Senyumlah agar dia gembira..
Jangan biarkan dia kecewa.."



p/s : Kerna dialah dia hati, Tiada kedua sebagai ganti....*nafas yang masih dihela janganlah lagi disia-siakan.. iya hayat pasti akan pergi tapi cinta takkan pernah mati.

As Salam.....

0 comments:

Selamat Pagi Awak

07:08 Unknown 2 Comments

As Salam..Selamat pagi awak...Semoga  hari ini membawa jalananan ceria memberi kita laluan yang penuh bermakna....

"Hari ini telah menunggu setiap rasa yang penuh baru 
memberikan kita nafas baru,
Hari ini adalah anugerah kerna semalam tidak pernah menjanjikan untuk kita berada pada hari ini...
Kerna saat hidup dan riwayat urat nadi ini bagaikan kian menyusut menunggu tarikh luput...
Tiada siapa kan tahu bila kah akan terhenti.
Oleh itu usah kita persiakan dengan Hari ini... Hargai dan penuhi hidup baru ini dengan cerita perlbagai yang indah..agar kita tidak kekesalan..."


P/s : Separuh dari umur...telah dipinjamkan sehingga ke hari ini...Terima kasih Ya Allah kerna masih lagi diberikan ruang untuk merasai erti hidup. Alhamdulillah...

2 comments:

Rupa Orang Memang Menawan Tapi Diri Kitalah Yang Terbaik !!

20:39 Unknown 0 Comments


As Salam... Salam Hari MALAYSIA  Apa khabar ? Nama berita? Sihat? harap semua sihat la kan..  Dah berminggu tak update rasa lain lak..uhuhuhu
Untuk entry arini tedd nak share satu Citer yang mungkin...boleh memberikan korang inspirasi tetang erti diri.. Walaupun ini cerita kartun..tapi ada sesuatu yang dapat kita belajar... Mehh Layan dulu.. tak lama dalam 7 minit jerp.. #hot tips ! (guna video accelerator kalau ta'nak buffering lama )





Haaaa.... dah tengok?? dapat tak mesej yang hendak disampaikan?? Pada tedd citer Shin Chan nie walaupun berbentuk humour tapi terselit beberapa unsur pengajaran.

§      Pertama…Rupa paras bukanlah “Diameter” ukuran. Andai baik segala tutur dan akhlak..maka eloklah dia dipadang mata.


§      Kedua..Kadang-kadang rasa kesal menghasut diri menjadikan kita tidak menerima seadanya kita. Rasa rendah diri yang terlampau menjadikan kita murung, kecewa..namun harus disedari semua ini adalah salah satu tanda bahawa KITA TAK BERSYUKUR DENGAN PEMBERIAN TUHAN. Ingat tu! BETTER kita syukuri diri ini..masih ada mata telinga dan hidung yang sempurna.


§      Ketiga…Dalam dunia nie memang kita tidak dapat elak dari menerima cercaan mulut orang… Tapi kita harus percaya setiap kata jahat yang dilemparkan tidak akan menjadi kudis seandainya kita TEGUH DENGAN RASA SYUKUR. 


§      Keempat…Indah nya dunia setiap  yang  terjadi ada berpasang-pasang..begitu juga dengan rasa dan perasaan manusia..ada yang suka dan ada yang tidak suka dengan diri kita. Dalam situasi ini usahlah kita ambil hati..sudah lumrah nya sebegitu.. Tanam kan rasa sabar dan doakan mereka itu berubah.. InsyaAllah kita akan menjadi lebih kuat dan kalis dari kebencian orang.


§      Kelima…Tuhan menciptaan kan sesuatu kejadian manusia itu TIADA  SATU PUN sebagai sia-sia..setiap orang ada lebih dan kurang. Memang orang cantik dan lawa..tapi belum tentu kecantikan itu mampu menawan hati sekalian manusia. Setiap orang ada aura tersendiri yang membuatkan orang sekeliling sayang pada dirinya. Sebagai contoh sifat penyayang,gila-gila dan baik hati !

“RUPA PARAS HANYALAH HIASAN YANG SETIPIS KULIT,DIMANA HAYATNYA TIDAK BERKEKALAN, BILA IA TERCALAR MAKA HILANGLAH SERI KEANGGUNAN YANG DIAGUNGKAN “


0 comments:

BlaszBlisz Collections Penuhi Citarasa Stalista Anda!

11:59 Unknown 0 Comments


Inginkan Haruman Yang Berjenama?
Kemeja dan Kasut Yang Stylish?
Jam Tangan Yang Funky?
Sweater,Cap Serta Belt Yang Cute?
Contact Lens Yang Cantik?
Serta Banyak lagi pilihan Koleksi Item yang Memikat!!

*klik pada nama butik untuk terjah album FB dan buat tempahan -

Di Butik ini  menawarkan Pelbagai pilihan serta jenama item yg pastinya memenuhi selera Stalista Anda! 
Jom Kita Terjah siket item2 yg Gojess iteww..


Siri Wangian Berjenama pada Harga Mampu MILIK !

Koleksi Jam Tangan Yang Funky! Suaikan dgn Gayamu!


Smart kan?? Sesuai la pada sesiapa yang Raja Stylo!

Tuh Diahh! KOLEKSI Idaman Kalbu!

variasi Contact Lens untuk di pilih

Caps serta Belt yg sepadan!   Grab it fast babeh! 


Kualiti yang terjamin... pada harga yang Supab Berpatutan! Serlahkan Gayamu! Penuhi gejolak Nafsu Gaya mu!! ahahahahahhaa


empunya Butik! Incik Mikey *bakal PEMENANG ABPBH 2019 :D

Dari kita KAYAkan orang lain, baik kita KAYAkan kawan sendiri betul tak?? Lagipun tak rugi shopping kat Butik dak Mikey nih..item2 semuanya ada Style! Sesuai la pada sesiapa yg Kaki Melaram :D 

Psssst ada tawaran Istimewa!! Dengan setiap pembelian Rm100 ke atas korang boleh dapatkan tandatangan Pemilik Butik BlaszBlisz serta bole bergambar bersama beliau! *tertakluk pada terma dan syarat! hahahaha 

Dah dah apa tunggu lagi JOM kita berabis SAKAN di
Butik BlaszBlisz Collection nih...Pada yang Jauh jangan Risau, Tempahan juga ada disediakan ((: Akhir kata.. Cintailah Ekonomi Bangsa Tempatan! Kalah Membeli Menang Memakai ! *even si Mikey ni kacukan homputih =P


AMARAN : Ini serius tau..walaupun tedd ni gila-gila..tapi BUTIK nih memang Benar BELAKA dan sangat best kalau nak Habiskan Duit sebab segalanya Berbaloi-baloi! (Di bawah banner Rasmi TeddyBersayap adalah Banner untuk Portal BlaszBlisz Perfume (banner yg ada pic Mikey), KLIK SINI untuk melihat pelbagai  koleksi Perfume yg ditawarkan) 

0 comments: