Rupa Orang Memang Menawan Tapi Diri Kitalah Yang Terbaik !!
As Salam... Salam Hari
MALAYSIA Apa
khabar ? Nama berita? Sihat? harap semua sihat la kan.. Dah berminggu tak
update rasa lain lak..uhuhuhu
Untuk entry arini tedd nak share satu Citer yang
mungkin...boleh memberikan korang inspirasi tetang erti diri.. Walaupun ini
cerita kartun..tapi ada sesuatu yang dapat kita belajar... Mehh Layan dulu..
tak lama dalam 7 minit jerp..
#hot tips ! (guna
video accelerator kalau ta'nak buffering lama )
Haaaa....
dah tengok?? dapat tak mesej yang hendak disampaikan?? Pada tedd citer Shin
Chan nie walaupun berbentuk humour tapi terselit beberapa unsur pengajaran.
§
Pertama…Rupa paras
bukanlah “Diameter” ukuran. Andai baik segala tutur dan akhlak..maka eloklah dia
dipadang mata.
§
Kedua..Kadang-kadang
rasa kesal menghasut diri menjadikan kita tidak menerima seadanya kita. Rasa
rendah diri yang terlampau menjadikan kita murung, kecewa..namun harus disedari
semua ini adalah salah satu tanda bahawa KITA TAK BERSYUKUR DENGAN PEMBERIAN
TUHAN. Ingat tu! BETTER kita syukuri diri ini..masih ada mata telinga dan
hidung yang sempurna.
§
Ketiga…Dalam dunia
nie memang kita tidak dapat elak dari menerima cercaan mulut orang… Tapi kita
harus percaya setiap kata jahat yang dilemparkan tidak akan menjadi kudis
seandainya kita TEGUH DENGAN RASA SYUKUR.
§
Keempat…Indah nya
dunia setiap yang terjadi ada berpasang-pasang..begitu juga
dengan rasa dan perasaan manusia..ada yang suka dan ada yang tidak suka dengan diri
kita. Dalam situasi ini usahlah kita ambil hati..sudah lumrah nya sebegitu..
Tanam kan rasa sabar dan doakan mereka itu berubah.. InsyaAllah kita akan menjadi
lebih kuat dan kalis dari kebencian orang.
§
Kelima…Tuhan
menciptaan kan sesuatu kejadian manusia itu TIADA SATU PUN sebagai sia-sia..setiap orang ada
lebih dan kurang. Memang orang cantik dan lawa..tapi belum tentu kecantikan itu
mampu menawan hati sekalian manusia. Setiap orang ada aura tersendiri yang
membuatkan orang sekeliling sayang pada dirinya. Sebagai contoh sifat penyayang,gila-gila
dan baik hati !
“RUPA PARAS HANYALAH
HIASAN YANG SETIPIS KULIT,DIMANA HAYATNYA TIDAK BERKEKALAN, BILA IA TERCALAR MAKA HILANGLAH SERI KEANGGUNAN YANG DIAGUNGKAN “
0 comments:
Post a Comment