SAYA BENCI Cikgu Airil !!

20:01 Unknown 0 Comments

Malam nie Tedd adalah ShaKira/Fasha Sanda! 


Awk Cikgu tapi awak gagal guna MATA ! Ada Mata celik tapi buta Hati ! Suka menilai apa depan mata je... Tak bertanya sebelum mentafsir.... Apalah nak jadi nasib Kira kann? Susa rupanya menjadi orang cantik yang berTag'kan Gadis Kampung... Dah la orang kampung suka pandang buruk dengan keluarga Kira...Dorang suka fitnah kira dengan pelbagai kata keji... Cikgu Airil pun sama jugak macam diaorang suka nilai Kira bukan-bukan...Kira sedeyyy la camni...Uwaaaaaaaaa~ Mak Kira Rindu Mak !!!!

Geram rasanya bila Cikgu hantar Kira ke pusat pemulihan ! Sedihh tau! Cikgu rasa Cikgu selalunya betul?! Tapi hakikatnya Cikgu selalu silap. SANGAT CEPAT buat tuduhan melulu. Cikgu nie gagal pegang watak cikgu la!? Seorang cikgu takkan menghukum tanpa usul dan periksa. Sebak hati Kira bila Cikgu buat kira macam budak jahat... Cikgu Hensem tapi ada kurang pada sifat Empathy! Tidak mampu selami perasaan orang dan masalah.

Geram Tau Kira ngan Cikgu!!

Dah lah Cikgu...Pergi la UK tu Cepat siket... Kira dah penat nak layan Cikgu.. Mulut ayat nak lembut..tapi sentapkan jiwa je kalau dengar!!!  Senang jer Cikgu cakap suruh Kira lupakan benda yang lepas! Padahal benda yang lepas itu yang menyesakan dada Kira ni tau! Cikgu tak pernah tahu hakikat sebenar yang Kira telah teraniaya dengan KEBUTAAN MATA HATI cikgu dalam menggenal siapa itu Kira.
Pada cikgu Kira hanyalah budak yang bermasalah.

Oklah..Kira malas dah nak typing pepanjang...Maklumlah kat rumah Pemulihan nie... Bukan banyak masa free pon..ada ja aktiviti nyer. Hemmm Kira harap Oyang sihat..dan tak di apa2kan oleh 
si Pendek Anida  !! Tak padan pendek jahat lak tuhh! 

OKLA BABAI CIKGU ! Cikgu ingat murah sangat ke saya? Jangan Jadikan sejarah ibu saya sebagai ALASAN cikgu menuduh saya REMAJA ROSAk!! As salam ~

Hebat Tak Lakonan Tedd?! hehe

0 comments:

Period TERUNA ! Ya PERIOD!!

11:44 Unknown 0 Comments

TENSION PAGI ! SARAPAN TEKANAN ! Pagi-pagi dah mood lain! Hangin satu BADAN! Jangan ingat Cik Hawa ja yang ada Period hokeyyy! KAMI pun hadoooo! *ehh? kami ke? hahahaha

Okla untuk entry hariNi tedd nak mention yang tedd sedang mengalami "Period LELAKI"  !! Tak payah nak buat muka pelikss awk yang comel tu yerr..Lelaki pun ada Mood Period loo... Period Teruna ialah Frasa dimana seseorang jejaka itu mengalami gangguan emosi. Dimana emosi nya menjadi begitu celaru...Marah! Geram! Runsing! Sakit hati! Sakit Limpa! Sakit Peparu! semua ada! Yang secara am'nya berpunca daripada bermacam faktor. *Goshh kerlasss kaw jemah pepagi dah macam doctor SAKIT Tuan! hehehhh~

Ni muka GERAM tedd tymePeriod ! haha
PERIOD? Oh YA P.E.R.I.O.D !
Entahlah tiba-tiba rasanya pagi yang terang lagi bedenrang harini  macam LEBIH HANGIT daripada biasa!
Puncanya FACEBOOK la!! Dushhhhh...
Dah la tak beri SALAM apa-apa TERUS ja terjah2 tedd !*awk hengat awk tuh Nas Ahmad? nak terjah2 bagai? Tertibe ja buat statement yang tedd ni CURANG! Konon nya gatal la... Tedd ta suka la segment terjah2 nie..Habis hilang privacy I !! #gayytewwww dah macam artis kenn?!! 


Memang tau..jujur Tedd chakap...Tedd kurang suka orang main tuduh-tuduh nie...CUBA tanya dulu..Ni tak main suka2 jer buat statement SEMBUR! *busuk hoccay!! euuuwww Nah listrine ! BAMMMMM! setepek kena kat muka,bila orang buat Statement Buta !! Bukan buta apa...cuma BUTA hati! 


Tedd sebenarnya kan tak mahu la singkap-singkap kisah pribadi kat sini..Cuma..Bila BERKASIH-kasihAN ni tak cukup kalau setakat kata SAYANG lepas tu TADA ACTION sebagai bukti tanda sayang! Tedd penat la jadi Patung Barbie Cendana(peribasa tyme Period!).....dok tunggu Kasih orang yang tak sudi nie.. 


"Awak kata awk sayang...Tapi awk tak pernah HARGAI saya..... Mesej tada..Call Tada...Hilang kan diri...macamtu...Tiba-tiba awk IM FB tuduh bukan-bukan! What The Prada!! Rasa macam di permainkan... Masa mahu tercari-cari..bila tak perlu dibuang-buang..! Beza sangat dengan sebelum JUMPA dan SELEPAS! u're totally change!!  "

BILA MINTA DECLARE SENYAP !!!! SO MCAMNA NAK KATA KAPEL MACAMTU? SATU JA PESAN SAYA JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI! ORANG LAIN PUN ADA PERASAAN JUGA...KALAU BETUL2 SAYANG..JANGAN CARI BILA BERNAFSU SAJA...BUKTIKAN SETIAP MASA... KADANG-KADANG TAK PERLU MAHAL...CUKUPLAH SEKADAR MESEJ BERTANYA KHABAR,OK? Dulu call macam nak RAK kate orang MELAKA...tapi sekarang HAPAH pun tada ((: 

Tedd bukan nak menghentam..cuma..nak bagitahu bahawa hati yang kecil lagi Comel ini memerlukan belaian..Bukan seksaan penantian leh sebuah Permainan. Tedd sayang awak...Cuma rasa percaya ni sudah mula tiada...Kalau betul sayangkan saya jangan macam nie...Hentikan dengan pelbagai alasan.

◕‿◕
Okla tamat sudah segment Period kita pagi nie, 
Diharapkan tuan-tuan puan-puan dirumah dapat mencatit resipi Tedd pada harini..eh??ada ke? ahahaa~ Dussshhh kannn da merepek lagi =P
Uhuhu Jumpa lagi next entry ya ? muahhh ! lots of love buat semua Readers tedd!






0 comments:

Kau SI PENJENAYAH CINTA! *I LOVE you!

21:28 Unknown 2 Comments

Harini tedd hanya mahu bermadah...Meluahkan resah...Melelapkan gelisah*air mata masih tertahan.....


"Dilema seorang lelaki...Patah kiri sayapnya, Merangkak mencari cinta yang kian pudar di lupus kemarau..." Ya semusim kemarau yang tak kunjung reda..Namun di balik rekahan tanah cintanya terselindung sepohon kecil yang masih bertahan mengharap tibanya semusim bunga...   

Kenapa kita perlu tunggu pada orang yang sememangnya tak mahu lagi hatinya pada kita?? 

"Nahhhhh! usah berharap lagi...Sudah cukup hatinya berharap..Menanti kesetiaan yang tak pernah berbalas." Ya hati orang tidak boleh dipaksa! Memaksa untuk menerima hatinya... 
Tapi kenapa dirinya diperbalaskan sebegitu?? Setelah termakan madah-madah manis...Dirinya ternyata sudah tertipu dengan Mulut si penjenayah cinta!! 

KEJAM KAH CINTA BUAT NYA?? *Oh Tidak! 
Cinta tak pernah kejam...Yang kejam adalah si pelaku cinta...Menabur kata tanpa setia...
Menabur janji hanya berdusta! 
Arghhhhhh persetankan semua itu... Ternyata hatinya kini sudah tidak ada percaya!   
Baginya mungkin cinta itu sudah lama lebur...Dileburkan kemarau DUSTA! 

IYA DUSTA!!

Dirinya telah didustakan kata PALSU. Kata yang beralaskan hambar duri.
Konon'nya  "dirinya diterima seadanya oleh Penjenayah Cinta"
Konon'nya "cinta pada dirinya tidak Berukur Rupa"
Konon'nya "dirinya akan dijaga dari kecewa..." Tapi???
Semua itu hanyalah kata"konon-konon" yang manis diatas tapi begitu tawar didasar!
Cintanya hanya dipermainkan NAFSU yang sementara!



BENCI !!!! PADANYA SEMUA YANG BERGELAR SANG PENCINTA ADALAH PENDUSTA BERLAKA! MERAYU-RAYU SEKADAR HANYA MEMENUHKAN KEMAHUAN NAFSU SEMATA!!

Jangan sesekali kau dustai hatinya lagi !! Mempermainkan kesetian tanpa bisa kau buktikan! Jangan sesekali kau taburkan lagi janji..Jika hatimu tidak sesetia Sang Suria! Jika kau adalah sang Suria pastinya kau akan setia tanpa mengeluh kesah... *arghhhh tapi segala mustahil untuk kau menjadi suria buatnya!!

Kini dirinya bersendirian lagi...Terduduk dibawah pohonan kering yang menanti rebah...Namun jauh di sudut hatinya yang sudah rekah itu mengharapkan hujan Rahmat yang bisa menyuburkan cintanya yang kian tenat!!! 


Dia yang kecewa adalah tedd..Dirinya yang derita adalah tedd,,Segalanya hanya puitis rasa berlukakan Duka.... AWAK TERIMA KASIH SEBAB BUATKAN SAYA RASA BEGINI..

2 comments:

Yey SABTU !! *tak best ponn

09:34 Unknown 5 Comments

TAHNIAH LA Tedd SEBAB DAH 9 HARI MENJADI BLOGGER !

Hari Sabtu yang serba BOSAN!
Ada Ayah busy! Ada Ma sibuk! 
Ada Anak Manja dah balik UiTM! Ada si bongsu Tuisyen! 
Ada adik no3 dia sibuk dengan hal dia!

Ayah harini ada lawan futsal wakil office.Ma terlibat dengan Karnival Usahawan Desa. Nasib baik ada kucing tedd,Rubina n GeeGee teman...Hujung minggu yang BEST! (=.=') Emm jadi harini rasenya nak hangout di FB jerla... Nak keluar? TAK MUNGKIN! *tak suka la. So  seisapa yang terserempak Tedd kat FB tegur2 la yerr...hehehe 

Rubina!
*ratu cantik
GeeGee!
*pas makan tido jerla keje nye

Dah seminggu dah jadi blogger..Syukur feedback setakat nie,lom ada kontroversi! Best juga,rasa macam ringan sikit yang simpan2...Ada orang sudi share dan dengar masalah...Terima KASIH sangat2
Kadang-kadang masalah ni tak perlu difahami... ia begitu sukar kerana hati kita berbeza untuk sama rasa. Tapi masalah ini seperti satu suara yang perlu diluah..luahannya jika didengar menghidupkan rasa. Sebebas "carefree" boleh lakukan apa saja! tedd meluah tanpa ada yang halang. Tapi luahan blog nie bukanlah untuk beri tahu Dunia yang kita perlu kan simpati...tapi cukuplah sebagai tempat membuang segala masalah dan perasaan.
Bagi tedd "My Readers" adaah pendengar yang baik. Tak perlu suara tak perlu bersentuh  mereka tetap faham *harap-harap macamtu lah..uhuhu 



SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMUA ((:  







\


5 comments:

Pemuda Rugged Memperoleh...

17:57 Unknown 0 Comments


....Rahmat Di Akhir Hayatnya


Seuntai cerita untuk dirasa, Harini Tedd nak kongsikan kan pada semua sebuah kisah..Yang pernah tedd temui dan baca di dalam Majalah.. Jalan ceritanya telah tedd olah sendiri mengikut cara penyampaian Tedd....  Mungkin ini adalah langkah pertama tedd untuk menjadi seorang pengarang?? Hemm doakan saja ^.^




Ketenatan seorang pemuda yang dibawa masuk ke Unit Kecemasan itu menghentikan lamunan petang seorang MA. Matanya terpejam-pejam menahan sakit dan juga perit. Pada mulutnya mengerang pedih segala siksa... Mengikut amatan si MA..keadaanya sungguh kritikal... Tanpa berlengah permuda terbut ditolak menuju ke bilik x-ray...Namun baru berapa langkah,Ahli keluarga serta saudara pemuda itu tiba...Mereka berlari-lari menuju mendapatkan pemuda itu...Si bapa terus bertanyakan keadaan anaknya..*matanya penuh berkaca...manakala si ibu terus memelok cium si anak yg disayangi.... Kata si MA "bawa bertenang ya Pacik.Macik kami akan sedaya upaya menyelamat anak Pacik dan Macik..Diharapan semua bersabar..doakan dia selamat"....


Di dalam bilik rawatan para MA dan Doctor seadaya upaya memeriksa dan merawat si pemuda...keadaan permuda itu ternyata begitu Nazak sekali...tekanan darah turun medadak  serta denyutan nadi nya kian lemah.....Pelbagai alternatif dan rawatan dijalankan sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa si pemuda itu...Namun apakan daya kira-kira hampir setengah jam..bergelut segala sakit serta derita dia tewas..Akhirnya pemuda itu meninggal dunia...
Pekabaran itu sememangnya meluluh kan hati kedua orang tuanya.. Si Ibu terus memeluk erat anaknya tersayang..Rintihan serta tangisnya..menyebak kan dada pada setiap yang melihat.."Kau pergi dulu sayang..Ibu maafkan kau nak..Ibu halalkan susu ibu..Ya Allah,aku ampunkan segala dosa anak ku ni ya Allah" kata si ibu dengan sedu sedan..Berulang kali si ibu mengucapan kata2 mengampunkan dosa si pemuda itu.. Sambil air mata yang tak terbendung..si ibu mencium dahi si anak buat kali terakhir sepuasnya... *tangisan sanak saudara.. di luar bilik rawatan memuramkan suasana... Sebaik saja si ibu meninggalkan jenazah kaku si anak...tiba-tiba.....

terlihat pada si permuda terukir bibirnya menguntum senyum!!!! Terkejut si MA melihat akan kejadian itu... Pada fikiran nya sewaktu pemuda itu menghembuskan nafas..wajahnya agak muram dan mulut nya hampir separuh terngaga dek kesakitan..Namun lain pula jadinya selepas..Si ibu meninggalkan si anak.. Pada wajah si pemuda itu terlihat seri dan senyum... SUBHANALLAH si MA bagaikan tidak percaya*sambil mengosok-gosok kedua anak mata.. Bagi menzahirkan ketidak puas hatinya..Si MA memanggil dua rakan yang membantu serta doktor yang merawat untuk melihat perubahan ketara pemuda tersebut.. Masing-masing bagaikan terkejut... "tadi muka arwah tidak macam ni kan??"soal salah serang rakan.. Kejadian itu semamngnya memeberi kesan dan keinsafan pada si MA.. 

Setelah pulang ke rumah  si MA terkenang dengan apa yang terjadi...Timbul dihatinya sedikit rasa insaf. Terdetik kata difikiranya "mungkin inilah yang dikatakan sebagai Redha si ibu adalah Redha ALLAH".. Masih jelas dikuping telinganya mendengar ucapan ibu mengampun segala dosa anaknya... Beruntung si pemuda itu mendapat si ibu yang beriman dan berhati mulia. Rahmat Allah telah turun pada si pemuda...kerana keredhaan ibunya...

Tiada penjelasan yang lebih tepat kepada peristiwa terbut melainkan ianya hanya berpunca dari doa si ibu.. Kerana memperlihatkan pada si pemuda beliau bukanlah jenis yang Warak Agamanya. Pada rambutnya berwarna...pada pakaiannya menampakkan watak sebagai gaya remaja sosial yang biasa dilihat hari ini... Mungkin adaian luaran boleh menjadi betul dan salah..Namun itulah kenyataan yang kebiasaan terlihat... Mungkin tersembunyi ibadah yang dilakukan remaja tersebut. Wallahualam


"Siapa sangka remaja yang Rugged memperoleh rahmat diakhir nafasnya..." Oh Ramat Ibu adalah segalanya.

Tedd sayangkan Mama dan tedd tahu awak2 semua pun macam tedd juga kan??? Sebab tu tedd kongsi dan olah cerita nie..untuk kita cari hikmah dan keinsafan biarpun sedikit. JOm kita pelok MAMA!  



     






0 comments:

ANAK MANJA! UNTUNGLA AWK kann~

08:40 Unknown 2 Comments

Weksss nyampah betul pagi2 dah kena marah =.="

Nak bergurau ngan "Anak Manja" pun tak bole!! Yang si "Anak Manja" ni pulak mengada-ngada...tedd bergurau je kowt dah merengek !! erkkkk~ *sometimes nampak cute..TAPI kalau dah selalu sgt rasa GERAM!! grrr Tak boleh salah siket nanti AYAH DIA marah !!  


Hemm kadang2 rasa kecewa sebab dalam keluarga nie Tedd agak tersisih dengan KASTA2 perasaan. Yang disuka dimanja..yang kurang dimarah tak tentu masa.*walaupun AYAH uhh tak garang mana tapi kata2 dia pada tedd nie kadang sgt menguris rasa. 


Tedd TAHU tedd BUKAN LAH INSAN FAVORITE DALAM HATInya. oh! apa boleh buat dah nasib badan. Tedd mungkin kurang sifat2 TERPUJI seorang HERO sebagai mana yg Diimpikan oleh seorang bapa ))=


**tedd cuba tak buruk sangka~


Emm tapalah  malas tedd nak sedih2..Tedd nak buang semua rasa ni jauh2 sebab masih  PAGI lagi untuk tedd sedih2..TEDD TAK MAHULA  Hujan diluar HUjan juga di hati nie. Sebab kalau sedih2 takut nanti tada mood nak buat kerja....

Okla tedd nak  Siap2 dulu.. SEBAB kejap lagi Tedd nak kena hantar "Anak MAnja" pergi kerja..Hujan pagi nie..ooo0ooOo sangat sejuk..*BaJu hujan ada satu jer,,So pagi nie kena main hujan la,,
(naik motor lagi..sbb kereta rosak lom repair)

AWak AwAk semua Jangan LUPA SaraPAN oki??, Jadilah LeLAKI/waNita SEjati
Agar ANda Tidak......emmmm faham2 jerla ((: 


LoVe you ! 

2 comments:

Oh! Pic Edit *Da Boom!!

20:59 Unknown 0 Comments

0 comments:

Oh! Bagun LEWAT !!

10:48 Unknown 0 Comments


Selamat Pagi sume (^.^) , harini Tedd terlewat bagun untuk subuh..hampir pukul 7 baru jaga...Nie suma gara2 layan citer Charmed Season 7 sampai lewat sangat! ish ish ish... *tak bagus! ta bagus! Ma cakap kalau kita lewat bagun kita rugi sebab menyempitkan pintu rezki..Uhuk...tersentap kejap..



Shedap tau!! Ma mimang
chef terbaik!
Sarapan pagi  nie Nasi Tometo...Ma cakap KHULUHUM sekali dengan lunch.*kerrlas kan???.Hehehe macam tu lah kalau Ma busy..setiap Hari Ma kerja..Sarapan tak sempat buat just buat sekali menu untuk tengah hari. Tak kisah la janji ada kan?? Yang penting tada sambal pagi2 camni..Tedd cerewet siket kalu sarapan..Tak boleh sambal2..sebab perut Tedd ni "manja".. Kalau Ma masak sambal pagi tuh alamatnya tak sarapan la Tedd.. 


Santek kan Kak tedd?
Muahh!
Semalam tedd ta dapat nak post apa2 sebab..Ada masalah siket dengan internet..Hampir sepanjang hari Offline... Harap tadalah yang Frust Menungeng sebab tadapat baca post baru tedd kan?? *bhahahaha Macamnilah ayat si blogger perasan.
Tedd tahu bukan mudah nak buat orang melekat dengan Blog kita..
lain la Kalau tedd nie Dato Siti..Tedd post tada "idea" pun tetap beratus ribu yang akan View!  HAHAHA
Tapi itu semua hanyalah sekadar mimpi  Petang seorang editor teddyBersayap. 
sobb sobb sobb~



Okla Sayang2 ku sekalian..Tedd  nak Mandi dulu
jgn lupa FOLLOW k...❦u'll






0 comments:

Demam ISNIN Jom Atasinya!!

22:07 Unknown 2 Comments

 Sejuknya MONDAY....! Badan Tedd rasa macam melekat ja atas tilam yang empuk tu, si Batal pelok lak, seolah-olah tak rela melepaskan tubuh yg seksi nie,....OHh MALAS LA!! *muka terpisat-pisat depan cermin,sambil bercakap sendiri.. alololo comeyy nyerrr muka KU yg baru bagun nie kan?! #Matilerrr perasan! bhahaha ~ 

Hemm Tedd tahu MONDAY nie macam hari KEsumpahan! Hari Kemalasan! Hari Kelemahan! Hari Kemengantukan! Hari Kemenyampahan! buat kita semua...kan kan kan...?  Mula dari waktu bagun tido sampaila tengah hari...mood masing2 dah macam baterry LOW! 


Ok Harini ! Tedd yang BAIK,Comel lagi serba perihatin ni
(*puji sendiri lagi ! hahaha) ,
 nak kongsikan pada Awak suma Tips2 yg boleh di praktis ((:
# Tips CERIA untuk bahagia pada si MONDAY,  *boleh guna untuk Hari-Hari .




Ok Pertama sekali...

    Baca doa selepas bagun! *sebagai tanda syukur diberikan nafas lagi. Bersyukurlah sebab kita diantara yg terselamat dari lena yg panjang. Oh! Masih hidup..untungla...
Pastu... 



Puji diri sendiri depan cermin sebelum mandi! *cth : hensem gak aku nie ea!! Puji pada diri dapat memberikan anda satu Roh Keyakinan. *gitewwwww dah macam kak Ogy! nak berRoh-roh bagai..hahaha

Masa mandi... 


Check pada raut muka (kemaskan misai,janggut,) *sebab protocol MONDAY ialah kemas! no ,messy! messy! ☠ AMARAN Jangan Main Sabun !!! Sebab ia akan buatkan anda lemah dan letih ! 

Selepas Dah wangi2 tu... 


Tunaikan kewajipan. *kadang2 Tuhan tarik nikmat seri dan keberkatan pagi sebab kita Lupa padaNya! sebab tu kita akan rasa Tak kena kalau tak tunaikan kewajipan


Semasa Bersiap...


Pastikan baju yg dipakai Kemas dan bergosok. *nie penting bagi menghidupkan Imej kita sebgai seorang yg berketrampilan. Jangan ambil masa yg lama untuk bersiap nak mudah,gosokla baju pada malam sebelum nya 


Lepas dan cantik2 ensem2 wangi2,Ambila sarapan... 

Wajib sarapan tau !! *sebagai modal tenaga.. Kalau tak kita akan lemah..dan mengantuk. Sarapan tak perlu berat cukuplah sekadar mengalas perut, sbb takut mengantuk nanti.

Bersiap sedia untuk bertolak...

Sebelum keluar, niat pada hati "setiap pekara yg dilakukan" kerana Allah *niat yang betul akan menjadikan hati kita lurus dan fokos dalam setiap perkara yg dilakukan. Dan jgn lupa pastikan setiap pekara  dimulakan dgn "Bismillah" 


Tedd tadalah arif sangat dalam beri tips2 nie, Tapi tak salah kalau tedd nak share sesuatu yg baik kan? kan ? kan? *tedd pun ada amal juga tips nie..Tedd dapat semasa g ceramah Jati Diri dulu2...

SELAMAT MENCUBA YA! MAAF LA KALAU TEDD ada salah statement! Maklum..arini kan MONDAY !!!

2 comments:

Suka Vs TAK SUKA! Oh Lumrah!!

15:13 Unknown 0 Comments

Seterang Mentari ,Seterik Suria Yang Membakar....Begitulah juga jari2 yg kerdil ini RANCAK menari-nari menulis nota tanpa dakwatnya.

Tedd masih disini..Merenung cermin..Dinding dan juga jam..menghitung detik dan waktu. Menyelongkar benak rasa, mencari apa yang mahu dikongsi......
    
     Hemmm pernah tak kita terfikir...Bahawa dalam dunia nie tak semua manusia itu suka sesama sendiri ??? Benci ! Dengki! Menyampah! Meluat ! *semuanya adalah luahan kepada kuasa"TAK SUKA"
Tedd sendiri takut untuk menghadapi kuasa "TAK SUKA"... Berperang dengan orang yang tergolong dalam kuasa "TAK SUKA" nie bukan mudah..kadangkala kita terduduk menagis...Kerna tidak mampu melawan. Elemen-elemen yg terdapat didalam kuasa"TAK SUKA" ini semuanya datang dari Bara Hasutan Syaitan !! Penangan hasutan ini akan melahirkan benci,amarah,sakit hati ke dalam hati kita terhadap manusia lain.. Kita akan rasa Puas pada awalnya..dan merasa sesal pada akhirnya. Takut kann...

Kalau Tedd Tak SUKA orang tuh...

Tedd nak jer BLOW UP dia camni !!


 Eeiiiii Jahatnya !! 
  1. Jika Orang tak suka kita Dia akan sentiasa cari salah kita
  2. Jika Orang tak suka kita dia Takkan senang dengan setiap apa yang kita buat
  3. Jika Orang tak suka kita dia Sentiasa menyampah tengok kita
  4. Jika Orang tak suka kita dia Takkan senang duduk kalau tak sakiti kita
  5. Jika Orang tak suka kita dia Akan berasa puas kalau melihat kita jatuh/bersedih

Tapi lain pula dari sisi belawanannya.. Sayang awk! Rindula! Jaga Diri! Muaahh! *ini semua adalah luhan kepada kuasa "SUKA".. Tedd dan kita semua senang bila berada dibawah kuasa"SUKA" ni. Rasanya begitu senang dan tenang. Menyejukan hati meluaskan lapang didada... Nikmatnya terasa damai. Ini semua berpunca dari Bersihnya dalaman..iaitu hati yang tanpa prasangka.



◕‿◕ Seronoknya Kalau Suka ◕‿◕
  • kalau Orang suka kita dia Terima seadanya kita
  • kalau Orang suka kita dia Takkan mempersoalkan kekurangan kita
  • kalau Orang suka kita dia Akan sentiasa menyokong kita tak kira apa juga keadaan kita
  • kalau Orang suka kita dia Takkan membiar kita hanyut dengan kesilapan
  • kalau Orang suka kita dia Akan menghormati kita
  • kalau Orang suka kita dia Takkan melukakan kita 


Memang..Hidup kat dunia nie takkan lengkap tanpa SUKA dan TAK SUKA. 


RASA TAK SUKA DATANG KERNA HATI KITA TAK BERSIH.
BILA HATI KITA TAK BERSIH HATI KITA MUDAH
DIRASUK SYAITAN.


 KITA  RASA SUKA KERNA HATI KITA SENANG. HATI KITA SENANG KERANA HATI KITA BERSIH. BILA HATI KITA BERSIH 
SEMUA ORANG KITA SAYANG  








0 comments:

❦ Oh Tisu PAGI ! Sarapan Maya ❦

10:30 Unknown 2 Comments

Pagi hujung Minggu yang mendung...Semendung hati dan Juga rindu *perghh gillerla Jiwang!! hahaha (^o^)

     Selamat pagi "Readers"ku suma! *gituhhhh!! baru 3 hari buka blog dah verangan mcm blogger Popular kan?! keh3 

 Harini tedd rasa bersemngat sgt nak mulakan Hari sebgai seorang Blogger Junior.. banyak feedback yg tedd terima, ada yg kata entry Tedd menarik...Oh Terharu sgt!! sob sob sob *merembess air mata keTeharuan ! (sezuke jerr buat Kamus Dewan sendiri =P)


*guys tengs banyak2 tau sebab sudi beri support pada tedd...InsyaAllah tedd akan cuba menjadi blogger yg baik... 




  1. Seorang Blogger yg baik takkan CURI IDEA karya blogger lain. 
  2. Seorang Blogger yg baik takkan PUTUS ASA walaupun blognya tidak mendapat sambutan
  3. Seorang Blogger yg baik takkan BERHENTI berkarya walaupun KEPUTUSAN BEKALAN IDEA
  4. Seorang Blogger yg baik takkan MENSIA-SIAKAN readers'nya *setiap entry harus bermanfaat 
  5. Seorang Blogger yg baik takkan SOMBONG dengan pelawat *siapalah daku jika tanpa hadirmu..#perghhhh terkeluar Kalimah berbunga hihihi

DOAKAN TEDD AGAR TAKKAN BERHENTI
DARI TERUS BERKARYA
MENGEJAR MIMPI sebagai Penglipur"teddyBersayap" 




2 comments:

Cantiknya Kita Kerna hati yang Bercahaya !!

20:31 Unknown 10 Comments


  • cantik oh cantik ...Kacak itu pun Cantik. Cantik itu subjektif ! Ia dinilai dengan pelbagai warna bentuk dan rasa.  -kata Prof Prince Tedd *hahahaha
Setiap manusia atas Muka Dunia nie ada keistimewaan nya tersendiri... Ada sisi PUTIH dan ada sisi HITAM. *Lumrahnya tiada yg sempurna !


Berbanggalah dengan apa yg dikurniakan TUHAN,Jangan sesekali kita sesali dengan apa yg telah kita dapat.

Memang !! TUHAN  jadikan manusia itu berbeza-beza... Ada kulit cerah,hitam manis, Kuning langsat...Ada hidung mancung,ada hidung kembang mcm Buah Jambu...Ada tinggi lampai,ada rendah... Ada rambut perang,ada rambut hitam,,ada keriting dan ada yg tada langsung rambut.. Macam2 jenis sifat kejadian...*disebalik perbezaan ini bermacam-macam sisi penerimaan.

  1. Siapa bilang org berkulit cerah itu cantik ? dan Orang berkulit gelap itu tak menarik?
  2. Siapa kata orang tinggi itu Sempurna? dan Orang rendah itu kekurangan?
  3. Siapa cakap orang  beHidung mancung itu Seksi? dan Orang hidung kembang"Buah Jambu" itu buruk?
  4. Siapa madah orang beRambut lurus itu Menawan? dan Orang yg berembut kerinting itu Pelik?
Semua nie hanyalah stigma biasa "MATA ZAHIR MANUSIA". PadaTedd semua ciri2 fizikal yang ada pada setiap manusia itu suda SEMPURNA buat mereka..tak perlu diubah kerna tiada cacat celanya. TUHAN itu Adil dan tidak kurniakan sesuatu hanyalah sebagai sia2.

Kenapa kita rasa kita tak chantek ya??

Kita semua punya Hati tapi tak semua punya hati yg kuat...Kadang-kadang :

  • Kata-kata manusia bole menyebabkan kita hilang yakin terhadap kurniaan yg ada pada diri. *eg : awk xcantik,awk buruk! 
  • Sikap yang suka menilai luaran, juga punca hilang yakin..Bila terlihat orang yg lebih"sempurna" 
  • Sikap suka membandingkan diri dengan orang lain juga merupakan PEMBUNUH UTAMA keyakinan diri.


 
Cara nak atasi diri dari rasa KEKURANGAN ! *sebenarnya tada kurang pon..perasaan kita jer yg lebihh~

  1. Jangan bandingkan diri dengan orang lain *dia mungkin nampak segak/cantik tapi kebahagian dia belum pasti lagi.
  2. Berhenti menilai luaran*sebab jika berterusan kita akan selamanya sesat untuk mentafsir orang.
  3. Tanamkan dalam diri RASA SYUKUR diatas kurnian TUHAN pada kita.*sedarlah nasib kita lebih baik dari mereka yg kurang.

++CANTIK ITU DATANGNYA DARI DALAM,IAITU DARI HATI. ANDAI BAIK HATI KITA MAKA INDAHLAH SELURUH JASAD KITA. TAPI ANDAI BURUK HATI KITA MAKA BURUKLAH SELURUH JASAD KITA++

++ORANG YANG BERHATI BERSIH ITU, AKAN MELIHAT SEMUA MANUSIA ITU SAMA CANTIKNYA..TIADA KURANG++

++ORANG YG HATI JERNIH,TAKKAN MENGEJI ORANG LAIN DEK KEKURANGAN..KERNA BAGINYA MENGEJI MANUSIA LAIN SAMALA SEPERTI MENGHINA CIPTAAN TUHAN++ 

kita semua cantik! 
Jangan risau sayang! *chewaah~
(^.^)v




10 comments:

Oh! MEREKA Tak suka sya?!! jadi Lelaki perlu ke KASAR?

12:45 Unknown 4 Comments



"Emm kadang2 dalam hidup nie tak seindah yang disangka. Ada sakit ada juga ketawa."


Hidup tedd tak sebahagia hidup orang... Kadang2 rasa sgt kecewa dgn diri sendiri.. Menangis sendiri (T.T) tada siapa tempat untuk meluah.

  • Tedd hidup dengan bermacam dugaan. Menjadi seorang bernama "Tedd" bukan mudah,sebab tak disukai oleh org yang dSAYANG, hemmmm k.e.c.e.w.a tauu~
       Ayah dan adik memang kurang senang dengan sifat tedd.. Bagi mereka tedd ni tak cukup sempurna. Pada ayah ,Tedd nie tak mcam adik Lelaki tedd...Ayah selalu bandingkan tedd dgan adik.. 

Tedd mmg tak minat tentera! Tedd tak Suka motor! Tedd Benci BOLA! Tedd Tak Suka BerJEMUR !!! *tedd lebih suka duduk rumah... Duduk dapur tolong MAK MASAK! bg tedd bila duduk dapur rasa "seronok". Kerana sikap Tedd yang ni..mungkin Ayah dan adik kurang suka pada Tedd. 
    uwaaaaaa....... Salah ka Kalu Tedd menjadi seorang "AKU" ?

Emmm Tapikan lebih perit lagi BAPA SAUDARA tedd...DIA sangat anti sama Tedd...
   
"Dia kata pada Nenek dia jijik tengok tedd" sampai hati dia.
  • Tedd tahu napa dia kata mcm tu..Sebab pada dia..dia anggap Teddlah yg ROSAKAN anak dia sehingga jadi .L.E.M.B.U.T. !! KEJAM KAN STATEMENT dia??   
p/s : Tedd sendiri tak tahu camana anak dia boleh berubah.. dari seorang "Smoker" kepada mcmtu..*tak tahulah apa salah tedd...sampai org tuduh sejahat tu.


"" manusia berubah kerana Pilihanya sendiri...bukan kerana org lain...Org lain tiada kuasa nak merubahkan seseorang tu ""-kehendak DIRI


Kadang-kadang bila difikirkan semula,,,begitu susa KALAU hidup ini berKIBLATKANkan kehendak ORANG LAIN. Bukan mudah nak memuaskan HATI semua. "lebih baik kita hidup dengan cara kita..Biarlah orang TAK SUKA..asalkan HATI kita menerima..Selagi tak menyusahkan org...Selagi itu kita bahagia"

-SAYA ADALAH SAYA dan SAYA adalah Tedd,tiada sapa bole Ganggu-

4 comments:

Oh call me Tedd oki?!

08:15 Unknown 0 Comments

kenapa TEDD?? Teddy? haha comel macam teddy bear ke?? *haremmmmmmmm tada pun... Hahahaha

Mista Teddy!

Cuma saya seorg yg obsess Teddy Bear !! 
Ya sgt giller teddy bear, haha ni semua Gara2 ma First LOVER punya pasal Capital -A.Y-..Dialah yg suka giller teddy bear, Lama terikut2... My ex uhh mmg comel..so mmg sesuai la minat hobi cecomel kann.. Cuma I nie jer..terPengaruh..kunun2 cumel la jugeksss...padahal hauk! *taperr yg penting confident !! bukan ke KeCumilan itu adalah hak setiap Insan...?? hihihi~


LELAKI dan Teddy Oh! Luar Biasa!!

0 comments:

SAYA TAK SUKA "AKU" !!

22:05 Unknown 1 Comments

Ini adalah kisah pertama saya sebagai seorang blogger. Saya  bukan lah penulis yang baik. Tapi tak bermakna karya saya adalah sampah !! huhuhu~

SAYA TAK SUKA AKU!?  *ya saya memang benci "AKu"
dalam hidup saya nie...begitu sukar untuk katakan "Aku" sebagai diri. Sebab? haha sebabnya memang terdidik dari Kecik.. 

Ma aka Mak tak bagi guna "Aku"..hahaha pelik kan? *Even Ayah pun tak boleh guna "AKu" bila kat rumah! bertapa dasyatnya
  "Ma punya Rule" ! 

Kami sesama adik beradik akan guna "Kite" , "Owg"  untuk bercakap..Sebab bagi Ma "Aku" adalah bahasa KASAR...Budaya SOPAN nie terbawa sampai ke SEKOLAH..Bila kat sekolah dulu pernah kawan2  panggil Mat Mualaf sebab guna bahasa Sopan nieh..*uwaaa mualaf la sgt kan..HAHAHA... Tapi kadang2 rasa sangat kekok bila Orang guna "aku" pada saya..uhu..rasa mcm tak Selesa sangat.. Tapi lama2 ok DAHHhhh..sampai la 2o thun...
Sejak dari itu bermula la kisah Aku sebagai "SAYA" hehehe

( uwargghh boringgggg =.=" )



1 comments: