MALAM PERTAMA DI KOTA YANG TAK PERNAH TIDUR

15:15 Unknown 0 Comments

Perjalanan dalam mengejar erti hidup begitu menguji diri ini.. permulaan yang payah dek kerana kekurangan serba dan serbi. Macam rusa masuk pavillion begitulah saya rasakan.. semuanya takut takut untuk dimulakan..

Cabaran pertama dikota ini adalah Duit ! Ya duit duit dan duit.. setiap inci pergerakan kaki ini terkunci dengan duit. Mencari rumah, berbelanja petrol..alatan peribadi segalanya bagaikan muka baru bagi si pemilik tubuh kecil ini.. Bukan tak pernah saya lalui semua ini..tetapi menjadi penumpang di dalam sangkar metropolitan ini sungguh janggal untuk saya hadapi.

Bagai kelawar sesat di dalam siang buta matanya terpaku sayap.. ahhhhhhh hati ini tak mampu tenteram...memikirkan sewa rumah yang kasar..belanja makan yang besar.. pening pening... yerla macamana tak runsing sumber duit poket disaat ini hanyalah dari kedua orang tua... terasa  seolah telah saya letakkan satu bongkah ais kutub di atas bahu mereka..mana tidaknya semuanya mereka korbankan demi perjalanan saya.. :( sebesar besar bongkah batu besar lagi beban yang telah saya sandarkan.. "Ya Allah ENGKAU limpahkan lah rezeki mu buat ibu bapaku.. Amin.."  hanya ini yang saya mampu...hemmmm

P/s : maafkan saya wahai diriku kerana masih tercari cari dimanakah keyakinan itu..

HARI PERTAMA TAMAT DI TEPIAN HIGHWAY.. emmmm

0 comments: