MALAM PERTAMA DI KOTA YANG TAK PERNAH TIDUR

15:15 Unknown 0 Comments

Perjalanan dalam mengejar erti hidup begitu menguji diri ini.. permulaan yang payah dek kerana kekurangan serba dan serbi. Macam rusa masuk pavillion begitulah saya rasakan.. semuanya takut takut untuk dimulakan..

Cabaran pertama dikota ini adalah Duit ! Ya duit duit dan duit.. setiap inci pergerakan kaki ini terkunci dengan duit. Mencari rumah, berbelanja petrol..alatan peribadi segalanya bagaikan muka baru bagi si pemilik tubuh kecil ini.. Bukan tak pernah saya lalui semua ini..tetapi menjadi penumpang di dalam sangkar metropolitan ini sungguh janggal untuk saya hadapi.

Bagai kelawar sesat di dalam siang buta matanya terpaku sayap.. ahhhhhhh hati ini tak mampu tenteram...memikirkan sewa rumah yang kasar..belanja makan yang besar.. pening pening... yerla macamana tak runsing sumber duit poket disaat ini hanyalah dari kedua orang tua... terasa  seolah telah saya letakkan satu bongkah ais kutub di atas bahu mereka..mana tidaknya semuanya mereka korbankan demi perjalanan saya.. :( sebesar besar bongkah batu besar lagi beban yang telah saya sandarkan.. "Ya Allah ENGKAU limpahkan lah rezeki mu buat ibu bapaku.. Amin.."  hanya ini yang saya mampu...hemmmm

P/s : maafkan saya wahai diriku kerana masih tercari cari dimanakah keyakinan itu..

HARI PERTAMA TAMAT DI TEPIAN HIGHWAY.. emmmm

0 comments:

KEPADAMU KEKASIH

10:34 Unknown 0 Comments



Kepadamu kekasih
Aku berserah
Kerana kutahu
Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Bersama amali

Kepadamu kekasih
Aku bertanya
Apakah kau yang menerima kukembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku
Ke sisi tanpa harga diri

Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ketemukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

Kepadamu kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah kau akan menerima penyerahan ini
Apakah kau akan menerimaku dalam keadaan begini

0 comments:

Kata-Kata ku IV : Patah Hati

07:49 Unknown 0 Comments

Kadang-kadang apa yang diharapkan tidak sesempurna apa yang di mimpi... Adakalanya indah tapi tak bertahan lama. Macam tu jugak lah hidup sekuntum bunga dari benih segar yang hijau...bersiram baja dan hujan.. Ia tumbuh menjadi bunga yang mekar berani... dari pohon yang hijau menjadi bunga indah yang mewangi. Namun indahnya cuma seketika...bunga yang cantik menjadi layu dan akhirnya gugur.
Sebab itu bercinta jangan bersandar seperti sekuntum bunga sebab ia takkan kekal lama. Dalam erti kata lain PUTUS..  

Renungkan kata-kata ini :

Jika seseorang meninggalkan kita tanpa sebarang sebab dan alasan,
Jangan sesekali membiarkan untuk dia kembali dengan ALASAN.

P/s : cukup biar hanya sekali sakit yang diberi.. Usah membiarkan dia mengulangi lagi. Cari cinta yang baru itu lebih baik.


Satu Ketika dulu bila sebelum kita menjadi milik dia, Kata-kata indah
manis belaka.. Call dan SMS setiap hari tanpa nak jemu. 
Namun bila dah dapat.. segala nya makin kurang..semuanya berubah..
jika dulu call selalu tanpa alasan tertentu..Kini sekali seminggu pun hati tak lalu.

P/s : Lumrah cinta yang belum matang..Indah semantara.. Macam kuntum bunga juga..diawalnya mekar dihujungnya layu. Dalam erti kata lain bila cinta pada cantik, cinta itu akan tua.


Dalam bercinta biarlah bersederhana, Jangan cinta sangat,
jangan sayang sangat, Jangan rindu sangat..
Nanti Bila terluka sakit sangat-sangat.

p/s : Dalam hal ini.. usah memberikan sepenuh jiwa dan raga pada cinta yang baru kita miliki... Simpankan sedikit ruang untuk rasa sangsi dan ragu sebagai kekuatan. Sekurang-kurangnya bila dilanda dugaan.. kita tidak terus jatuh tak mampu. Bukan bermakna kita tak percaya cuma sekadar beraga-jaga.


0 comments:

Alhamdulillah Kata Syukur Yang Terindah

10:49 Unknown 0 Comments

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin nya DIA memberikan saya sedikit nikmat yang begitu besar ertinya. Penantian dan harapan berakhir dengan khabar gembira, Syukur Syukur dan Syukur.. Setelah sekian lama mencuba dan berulang kali berjudi nasib  di medan dunia kedewasaan diri ni dihadiahkan nikmat terindah.. Lagu Basikal Tua dan Aku Pengaggur kini telah bertukar kepada Aku Mendapat Kerja :)
Tidak disangka rupanya medley lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad benar-benar kisah realiti untuk empunya diri ini. #yey

Tapalah biarpun kecil ini dinamakan rezeki... InsyaAllah saya akan menafaatkan peluang yang ada. Segala harapan yang diharap oleh Ayah, Ma, Abg, Akak, Nenek tidak akan saya sia-sia. Ini semua berkat doa dorang juga.

Semakan Time ! : dup dup dup.. pada masa ni tak pikir apa pun.
Tapi memamng kecut perut.  :)

Terima Kasih ya Allah  xsangka :)
Pada awal nya saya langsung tak taruk segala harapan pun, sebab dah berkali-kali ber'interview keputusan tetap sama, Baik swasta mahupun kerajaan.. Masa pergi interview pun takda semanagat langsung.. siap lagi gaduh ngan abg.. uhuhu dah kena pujuk baru la pergi.

Tapi dugaan masa sebelum Interview memang banyak.. Di awal pagi dengan hujan nya.. dari rumah Serdang ke Putrajaya saya ngan abg berhujan naik motor. Sian abg bersusah payah nak hantar saya. Pagi tu abg ambil half day untuk teman g interview.

Sampai ditempat temuduga.. SIJIL SPM pula takda.. ! Pembantu semak temuduga bagitahu kalau tada sijil tak boleh masuk sebab tak lengkap document.. Huwaa hanya Allah je tahu huhu, tapi mujur abg ada dia tolong saya...

Pagi tu juga dalam hujan kami bergegas ke Unit Peperiksaan untuk minta keluar sijil.. ish ish..tapi lewat Akibatnya terlepas waktu temuduga..sesi saya sepatutnya pukul 9pagi.. tapi terpaksa masuk untuk sesi pukul 10...  ujian Allah..

Sebab tu saya tak harap untuk dapat.. Tapi ini semua sudah Rencana Yang Maha Esa :)
**pagi tu juga jam 11 lebih saya balik terus ke Melaka.

p/s : interview ni masa hari kedua bulan puasa... Tak sahur sangat :) makan roti je..

Maaf jika entry saya ini nampak seakan RIAK, namun percayalah.... saya hanya luahkan rasa gembira, Tiada apa yang membahagiakan selain satu langkah untuk membalasa jasa Mak Ayah kini Allah bukakan jalannya.. Kepada awak semua doakan saya ye.. saya doakan awak semua berjaya..AMIN...

0 comments:

Raya Yang Takda Cahaya

18:25 Unknown 0 Comments



RAY TA Best !... Ini bukan syawal yang diri ni harapkan !! Ya bukan yang ini !! Orang lain bergelak gembira... Saya kecewa !! emmm sangat sangat menguji... 1 syawal tiada senyuman yang mampu diukir... Hanya Allah saja yang tahu..

Pagi-pagian orang EXcited menyambut lebaran.. Saya pula terdiam dalam tangisan ! ***sumpah ini yang benar terjadi.. :( Mak Ayah pun tak tahu..hanya saya sendirian.. Bagi mereka yang punya rasa... inilah yang mereka nanti..tetapi pada saya ini yang mungkin terakhir kali !!! Kalau tak kerana desakan Ma takkan sya jejak kaki ke kampung...

Apa yang bermain dalam kotak kepala semuanya memang terjadi ! dimalukan diabkan..dan dihina.. Itu yang saya dapat !!! Ya Allah... pedih sangat rasanya...
Keangkuhan seorang dewasa berjaya mematahkan sendi sendi semangat saya pagi itu.

Pagi tu saya tu saya tak pergi pun sembahyang raya.. hanya duduk dalam bilik berendam air mata..Mujurlah ada yang sudi menemankan.. abg sepupu yang paling memhami saya...dia saja yang dapat baca apa yang sya tangung... Satu raya memang takda seri pun yang terpacar diwajah saya..

p/s : makanan pun tak sempat saya jamah pagi tu.. bukan takda makanan bahkan terlalu mewah... Cuma saya tak lalu nak makan..

emm nampak sangat bukan raya kan???? Ya bukan raya!!

#nakBalik #nakBalik #nakBalik

0 comments:

SURAT BUAT ADIK , YANG IKHLAS : abangmu :)

17:21 Unknown 1 Comments

Takkan datang satu kejayaan tanpa dugaan dan halangan. Orang yang hebat akan diuji Allah dengan pelbagai cara. Jatuh bangun seorang manusia bukan satu bencana...tapi satu hikmah yang memberi jalan. Kejayaan takkan datang tanpa bayaran. Bayaran yang boleh membeli sebuah kejayaan adalah usaha yang ta pernah putus. Nak berjaya kena BERANI UNTUK GAGAL. TERSUNGKUR HARI INI TAK BERMAKNA TERTIARAP SEPANJANG MASA...

Bangkit semula dengan senyuman..anggaplah kekecewaan ini bukanlah satu kegagagalan tapi satu peluang dan ruang untuk kita pelajari pengalaman hidup. Orang yang banyak pengalaman hidup pasti orang yang hebat. Pengalaman hidup mengajar kita erti sebuah kekuatan yang tak kenal putus asa.

President US dulunya seorang penjual asikrim dan sandwich je.. Nampak tak, takda sapa mampu duga tentang masa depan seseorang..jangan mengalah.. Allah itu ada.. Kita kecewa sebab kita tak nampak hakikat bahawa ALLAH SENTIASA ADA untuk memberi kita semangat dan peluang.. Nak dapatkan peluang kenalah cuba cuba cuba dan cuba..

Paling penting satu kesilapan besar jika kita bandingkan diri kita dengan orang lain.. Harus kita ingat jasad kita akal kita kita punya.. Potensi pemikiran adalah tidak sama. Ada orang memang pantas dalam mempelajari sesuatu dan ada orang memang memerlukan masa untuk memahami. Kita adalah kita dan mereka adalah mereka.

Jika hari ini orang lain lebih kehadapan dari kita..Takpa ikhlaskan kejayaan mereka itu..tak perlu ada rasa kecewa dengan keadaan kita sekarang.. Perbandingan melampau antara kita dan orang lain hanya akan mematahkan semangat. Jangan cepat mengalah dan rendah diri...Banyak lagi masa.. Wa'ima esok exam pun kita masih belum terlambat untuk cari peluang.

Nak jadi pandai tak semestiya pelukan 24/7 mengadap buku tanpa putus.. Kadang-kadang 10 minit belajar itu lebih baik dari 7 jam belajar tanpa henti... Pucuk pangkal nya kat sini TUMPUAN. Tumpuan yang jitu akan memudahkan ilmu diserap dan di ingat. Muzik boleh kalau nak dengar tapi sewaktu belajar JANGAN DENGAR LAGU...itu hanya akan merosakan tumpuan..




Wahai Adik ku Mia Fatimah Intan Payung Gunung Santubung...usahlah kau menangis lagi, Masa yang ada bukan untuk ditangisi tapi masa yang ada perlu di isi dengan visi dan misi yang baru.. Lupakan yang lepas..Masa yang lepas takkan kembali walaupun sesaat. Muhasabah diri, kaji balik mana yang kurang..Perhalusi taknik belajar semula.. Tak usah malu untuk belajar dengan kawan yang lebih pandai... Kerana belajar itu adalah satu perjuangan. Macamana kita nak berjuang sayang kalau kita malu?

Dahhh dahh cukup-cukup lah nangis tu...habis Make Up cair ! Meleccet naturactor kat muka tu..huhu

Pergi tenangkan diri. Camana ea nak tenangkan diri??

-kembali kepada yang Maha Pencipta. Allah bagi kita ujian sebenarnya nak suruh kita ingat pada Dia, hanya orang yang disayang saja akan diuji.. :) Buat solat sunat hajat dan taubat ye dik. semoga hati kita lapang dan tenang.

-Hubungan dengan Mak Ayah kena jaga.. Baik hubungan kita maka baiklah perjalanan kita..apa yang kita nak buat pun mudah sebab Anak yang baik rahmat Allah sentiasa ada untuk anak yang baik.

-Maafkan orang disekeliling..Bila kita memaafkan orang... satu titik serabut dalam kepala akan hilang, jadi nak belajar pun tada terganggu sebab dek terfikir orang yang bermasalah dengan kita. Jadi relakan dengan kemaafan yang ikhlas.


p/s : Adik maaflah sebab tak dapat cakap lama dalam telifon...HP Along bermasalah.. Takpa dik relakan ujian Allah hari ini dengan ikhlas. InsyaAllah jika kita ikhlas dengan kehendaknya maka akan datang kebaikan untuk kita...siapa tahu kan? InsyaAllah... YANG PALING PENTING ADIK KENA TAHU DAN INGAT <3 ALONG MAK ANGAH AYAH ABANG ZAID INTAN <3 SAYANG KAN ADIK <3 BE STRONG DIK !! xoxoxo

Yang ikhlas dengan 150 Juta kata :
abangmu Tedd :)

1 comments:

Arai naa, Phom jerp jai mark maa :(

21:21 Unknown 0 Comments

 


Mai roou krap..yu nai phom ao pud.. Phom mai sabai dee..
phom ru seeuk sap soon..thamm mai naa?? 

Yu naai yat phinung, wa phom pitcha're'naa chen phuang dee??
 jao haa mit thaae dtaae jaou mai thaae :(

xoxo uzair  xoxo

Kamek sik tauk dari cney kamek mok madah.. Kamek sik gembira
Kamek ghasa konfius nar..Kenak la jadi camtok ??

Dcney sedara kamek?  Nok kamek anggap kedak kawan bait ?
Kitak harapkan persahabatan tapi?? Kitak juak nok sik setia..kitak hancurkan semua :(



 

0 comments:

Percutian Indah : Episod II *na nann nanaaa Ganu mung !

11:51 Unknown 0 Comments


Tudiah Peta K Terengganu
nama Tempat Kami : Batu Rakit

**ketibaan di Kuala Terengganu jam 6 :30 petang, disambut oleh susuk tubuh seorang dewasa.. dari kaca mata pertama beliau kelihatan seorang yang serius.. Dalam kepala saya memang dah mind set yang beliau seorang yang garang dek status "bekas tentera" ~ dup dup dup ~ Kaki mula masuk ke dalam kereta....

mula masuk mulut terus menyapa pakcik dan menghulur salam.... dan tiba-tiba satu yang memalukan belaku... Saya lupa nak buka Topi masa nak salam pakcik dannnn berlakulah insiden "terpatuk" tangan pacik tu !!! arghhhhh sooooo awkward OK  ! malu nyee...rasa macam nak sorokkan muka dalam kusyen kereta ! nasib baik masa tu si Dia kat luar tengah masukan barang dalam bonet... OH tidak !! hari pertama tercatat satu kemaluan ahahahahaha~

Pastu kami bertolak ke rumah... masa otw kami singgah di pasar malam Seberang Takir beli nasik kerabu.. sebab siDia ni ngidam nak makan nasi kerabu. Anak Manja gamaknya beliau ! apa yang teringin nak makan Ayah nya cari kan...ngeee

Bila sampai rumah disambut oleh Mak si Dia amboi mesra ok.. Layanan First Class ! Siap dah kemas bilik ye.. FYI bilik tu dah dikemas 2 bulan awal sebelum kami nak datang.. Haaa tengok tu bertapa diraikan "adik angkat" anak nya ini... 

p/s : tapi dalam family dia saya ni KAWAN k..

Lepas rehat-rehat...saya dipelawa makan malam... makan sesama malam tu.. First Time Makan nasi Kerabu ! uhuuhu agak tak biasa.. malam tu makan penuh tertib malu giller makan dengan dorang.. ada soalan baru saya cakap.. Nak buat macam rumah sendiri??? Oh mmg takdalah kan...

macam ni la gaya si Lela bila kena gosok
*dah kenyang borak-borak.... lepastu datang satu ahli keluarga yg comel ! nama nya si Lela, kucing wanita yang masih perawan ! haha

**malam tu satu kesalahan yang saya buat.... iaitu mengosok tubuh si Lela... Pakcik tu dah pesan jangan..
tapi saya mana la paham...pakcik tu dok cakap " Biang nanti Biang nanti.." saya ingat apa..lagi la saya gosok si Lela tu !
Naik pelik pakcik ngan siDia tenung saya... dalam hati mungkin dorang cakap camni "ta pahang bahasa ke budak ni" Sampai la siDia tepuk saya ! dia kata jangan nanti Si Lela Jadi Miang ! Miang nak cari kucing jantan !

*ayoooooooooo Malu ok ! hari pertama dua kali dapat insiden melibatkan kemaluan ! -_-

p/s : selepas insiden memBlushing kan tu...saya masuk tidur.. *then tengah malam dengar la suara si Lela mengiau Biang !  #dohhhh ni semua salah saya ! grrrr






0 comments:

sambungan percutian Indah ~

09:18 Unknown 0 Comments

*** beberapa hari sebelum pilihan raya 1 Mei 2013

selepas malam tu... mood pagi jadi ok balik sebab pikir nak berjalan dan nak ikut dia balik kampung kan.. *yeay !

Keluar rumah dalam pukul 7 lebih dan bas pukul 8 pagi... Renyai-renyai pagi tu..
tengs abang Long dia sebab susah-susah bangun awal hantar kitaorang kat terminal Putrajaya.

hujan..
entah kenapa...pagi tu sebelum naik bas kepala ni rasa "miong-miong" Loya pun ada.. aih macam-macam..
si Dia saya nie...al kesahnya memang mabuk kalau naik bas jauh-jauh... FYI dia dah siap siap dah beli tisu banyak ngan plastik dari awal.. preparation sebelum uweekkk uwekk..ahaha

dalam pening-pening tertunggu juga mana la bas ni..tak sabar kowt jalan jauh..uuhuhu..
almaklum kenangan PERTAMA jalan jauh dengan dia..dalam feeling-feeling...
dan dan je Bas lambat sampai ! 15 minit -_-

**Naik bas terus ke tingkat atas...duduk paling depan..sumpah cakap rasa macam naik rolloer coaster ok dia punya view.. apapun selesa sbb duduk depan cabin dia luas.. *uwaaaaa cabin kaw....ngalah naik filght nak cabin cabin bagai... haha

yang "slack" sikit kalau naik bas waktu siang satu terik panas... duduk paling depan so memang tadahan matahari la kulit huhu..air-cond Transnasional agak slow ok..berfeluh la jugak..Kalau bab pemandangan memang awesome..

tudiahh Papan tanda !


**start je masuk sempadan Pahang-Terengganu pemandangan mmg terbaik
-satu sebab suasana pantai ~nampak start cantik masa lalu kat rantau abang
-dua sebab kreativiti orang pantai timur buat hiasan PRU 13 (benda pertama yang saya nampak Binaan Penjara ISA)

Meriah biru vs Hijau~
 -Biru Hijau berlawan-lawan buat mercu macam zon perang dah... kereta kebal,kapal selam,Jet pejuang,kereta F1..sepanjang jalan toksah cakap...jauh beza kawasan saya di Melaka ngee~

bla bla bla...


Terengganu AKU Datang ! hampir 10 jam dalam bas barulah nampak Kuala Terengganu.. 6.30 petang turun BAS.. Pakcik Yusof datang jemput..

p/s : dalam bas pun ada insiden...dia tegur saya napa tak mau dah pegang NOTE dia.. saya diam je..uhuhuhu..

xo sambung nanti xo

0 comments:

KENANGAN MEI : ADA BEST ADA YANG SUAM~

07:48 Unknown 0 Comments


As salam...

Percutian bersama dia.. bermula dengan insiden yang kurang seronok... *kena marah sebab tak makan LOL
sian nasi jadi mangsa nafsu manusia yang ingin tunjuk geram..

# mula dengan turun kereta... bagi tahu yang tak selera nak makan sebab kena makan sorang.. Dalam erti kata lain merajuk sebab kena makn sorang.. Order malam tu semata-mata untuk diri ini sorang.. #masa tu tak tahu yg dia dan kawan dah makan lebih awal. -_-

u now what... Lain pula yg dia paham..dia ingat saya sengaja tanak makan..mybe dia ingat sya ni sengaa tak nak makan.. Well..sebenarnya memang lapar sangat pun malam tu..cuma istilah "merajuk" pada malam tu kurang di fahami...

antara 2 rasa malam tu
suka : sbb nak travel dgn dia esoknya
sedih : kena marah

naik lift dengan muka mencuka... No mood la kaeadahnya... Buka grill pintu rumah pun kasar2
dammm dammm grill ditutup..walaupun tak tunjuk tapi bunyi biasa orang bukak pintu dengan bunyi pintu yg dibuka oleh orang yang tengah marah memang dapat dibeza.. *uhuhu kite tengok je buat dunnoo~

Masuk bilik.. dia suruh saya makan... then saya cakap "no want la.." , dia kata ok buang jela nasi tu
sebab tada siapa nak makan...#malam tu nasi tu tido la dalam tong sampah sebelum sempat dijamah
Dalam hati cakap..alahai sayang nya rezeki...perut kosong lagi..huhahahaha~ merajuk punya pasal...ego nak merajuk..ambik hang kebloq malam tu...

******tarik muka dan tido...

p/s : huhu duduk rumah orang macam tu yang saya dapat...huhuhu gara-gara nak tunjuk merajuk kena marah...ok..

 **konklusinya disini kalau nak merajuk jangan berkias sangat orang tak faham...LOL

xoxoxo bersambung....




0 comments:

SAYA RENDAH : tapi tolong jangan pandang rendah -_-

10:23 Unknown 1 Comments

Saya tahu saya nie biasa-biasa saja.... pada rupa dan tubuh saya hanya lelaki biasa. Badan saya kecik tapi tak bermakna hati saya kecik...


Nak bawa kereta..Ma dan Ayah pun tak yakin...
emm Kalau nenek...lagi la.... Nek cakap "kalau dak uzir bawak..ayer nak turun dulu" *saya tahu ini gurauan tapi...ia menyakitkan..

Lemah sangat ke saya ni?? sampaikan semua benda orang tengok sya tak mampu nak buat.

Saya dan si no 3 selalu menjadi suai tara...

Dah berbulan-bulan saya duduk rumah nie...tapi tada satu pun Ma ajak saya pergi bandar... Tapi bila no 3 ada.. "Ma terus minta dia bawa ma ke MELAKA beli barang...." berbeza sangat sebelum ni...kalau tada no 3..Mak tahan minta tolong ayah yang sibuk...

*sampaikan keluar kata-kata nie "awak ada anak awak tanak suruh " -_-

Pagi tadi masa sebelum nak pergi kerja... AYah siap cakap pada saya... "Kereta tu nak ayah tukarkan tempat tak? supaya kasi senang keluar dari rumah " lepas tu siap ada lagi pesanan cari bawa kereta..itu ini..begitu begini... *ngalah saya nie budak baru dapat lesen.

#bila no3 bawa...ayah tada cakap apa pun.... Tada nasihat segala..ayah yakin jer dengan dia...huhu

*lepas tu saya terus cakap : suruh jer la no3 tu hantar ma g kerja...kita tak pandai la bawa kereta tu... memang tak tahu apa2... -ayat mati kat situ

p/s : tension ngekkkk..... entah sampai bila nak jadi macam nie.. #cepatlah dapat kerja tetap...malas da nak stay kat melaka ni..ngeeee ~

Saya kecik saya comel tapi tak bemakna jiwa saya kerdil ! *abaikan tang comel tu :3
kla byeeee....

-xoxoxo paan-

1 comments:

RESIPI BUJANG : Aiskrim Goreng

15:35 Unknown 2 Comments

As Salam...hye suma... baru-baru saya bercuti seminggu di Selangor.. dari 15 MAC SAMPAI 18 MAC sepanjang seminggu tu macam-macam yang kami buat...

Salah satu nya adalah Projek Aiskrim Goreng ! haaa pernah dengar Aiskrim Goreng?? saya dulu masa dengar je pasal aiskrim goreng terus dalam kepala cakap "erk....tak minat lah...benda sejuk2 lepastu manis-manis digoreng pulak..apala rasa nya..tak nak lah ! "

*Tapi lepas pertama kali rasa Aiskrim tu terus rasa SUKA ! nyum nyum rupanya, jauh meleset dari apa yang saya fikirkan ! paling penting tak berminyak walaupun digoreng, Rangup saja ! korang yang dah pernah cuba mesti tahu camana sedapnya aiskrim gorengkan?? uhuhu

So harini saya nak kongsi resipi AISKRIM GORENG untuk korang cuba. (^_^)

Bahan-bahan :
  • aiskrim mangkuk
  • roti potong
  • chip coklat /
  • jelly bean
  • minyak masak
Cara-cara membuat :
  1. pertama sekali ambil satu sudu aisrim dicedok dan diletakan ke atas sekeping roti.
  2. Ambil chip coklat/jelly bean dan tabur ke atas aiskrim sebagai toppings*terpulang nak taruk atau tak. 
  3. Ambil satu keping lagi roti diletakan diatas roti yang sudah ditarukan aiskrim tadi... *buat macam sandwich.
  4. Kemudian ambil satu Mug / cawan bermuka besar sebagai penekap.

    Cara 1 :Tekapkan Roti Macam ni
    Cara 2 : Guna Pengetap Karipap

  5. Tekapkan cawan ke atas sandwich aiskrim tadi. *tekap kuat-kuat sehingga dua eping roti ini bercantum dan membentuk seperti dorayaki.

    Taraaaa !! Inilahdia hasil tekapan tadi
    macam dorayaki

  6. Setelah siap menekap.. masukan semua dorayaki-dorayaki tadi kedalam satu bekas taperware *susuk elok-elok dan tutup rapat.
  7. Kemudian bekas berisi dorayaki tadi disimpan ke dalam tempat sejuk beku selama sehari..*ingat ya mesti ditempat sejuk beku..ini amat penting bagi mengelakan aiskrim cair.
  8. Setelah dibeku semalaman barulah dorayaki-dorayaki tadi sedia untuk digoreng. *pastikan minyak cukup panas untuk menggoreng.
  9. Gorengkan dorayaki tersebut menjadi kekuningan. *goreng tak perlu lama sambil goreng dibalik-balikan aiskrim aka dorayaki tersebut.
  10. Setelah nampak garing angkat aiskrim dan sedia dihidang !!!
Inilah dia Aiskrim Goreng Dorayaki dari Saya dan Dia !
-GAMBAR ORI-

p/s : Senang je kan?? Apa lagi boleh la cube ! huhu~ Kalau berjaya boleh buat bisnes ! Rugi kalau tak cuba,
YANG PENTING : SEDAP ! XoXoXo






2 comments:

emmm Kerana Whatssap Galaxy Note

08:12 Unknown 0 Comments

*** sebuah tarikh yang tak mahu saya ingat
tapi tak mudah untuk dilupa..mybe ni berkaitan dengan kenangan 5 hari~

habiskan masa dirumah dia.. bermula dengan baik
buat aiskrim goreng..dan chezzy wadges.
2 benda ni saya suka..tapi....

Ada satu hari tu.... saya pegang hp..
suka suka berbalas chatting sakan dengan KBB aka "Kawan Baik Beliau"...
seronok sakan masa tu padahal... bual biasa ja.

**Dia minta nak tengok apa yang saya mesej kan dengan si KBB tapi sya tak bagi..
saja ngada ngada masa tu.. then dia senyap..

dah lama lepas tu, dia macam merajuk.. terasa diri nya diabai.. gara2 loghat melayan "whatsaap di Note pinjam"...

dia kata saya leka dan lupa sampai tak endah kan dia..



****ohh yeahh mmg salah saya..sebab pinjam hp org lama-lama sampaikan empunya NOTE rasa diabaikan...hahaha

dia sentap saya pun sentap~ LOL

p/s : eee nyesal pulak pinjam barang orang lepas tu abaikan tuan rumah.., emm mybe inilah jadinya bila sorang budak kampung baru dapat seronok dengan hp canggih..tetttttttttttttttttttttttttt! so sedeh..
haha start daripada tu dah tekad kalau bole tak mau sentuh da NOTE yg changgih uhh....

xoxoxoxo pahit betul kalau hati sensitif sangat..saya la tu~ #kbai

0 comments:

OPENING ! : OH PENING -_-

08:59 Unknown 0 Comments

March-April Penuh KEPENINGAN uhuhu

Bisnes !
Oh Bisnes !
Farmasi Farmasi !

As Salam...
untuk maklumat sudara/saudari,cosway adalah sebuah anak syarikat BERJAYA GROUP dan telah bertapak di malaysia sejak tahun 1979
Kini pihak cosway telah menawarkan 1000 outlet cosway farmasi untuk seluruh malaysia.
Pihak syarikat menawarkan subsidi kepada pemohon2 selepas outlet di buka... #modal hanya RM 5100
Subsidi berjumlah minima RM1 Juta akan diberikan dalam bentuk:-
1) sewa kedai
2)renovation kedai
3)stok barangan
4) bil elektrik
5)bil air
6)bil tel/ internet
7)maintenence
8)gaji farmasi
9)alat tulis
10) insurans kedai
11) keselamatan
12) latihan dan bimbingan


*tiada yang lebih bertuah dari menjadi boss serta pengurus pada diri dan outlet sendiri !

0 comments:

Al-fatihah Buat Saya (:

00:30 Unknown 0 Comments


"Saya Perlukan Doa Bukan Hadiah Dari Mulut Yang Benafas Kebencian......"

Sedih dan terkilan...mengenangkan kata-kata pena lama yang enggan menerima.. Saya minta maaf jika keadaaan dan kejahilan diri ini membuatkan diri ini tidak lagi layak hadir sebagai teman lama. Saya tahu perubahan saya sekrang banyak membuatkan "korang" tak selesa dan Saya tahu sukar untuk "korang" menerima kawan yang macam ni... Tapi takpa saya anggap semua ini adalah satu ujian..

Tapi saya berharap sangat..janganlah dibenci saya sedemikian rupa.. kalau boleh saya nak menjadi orang mampu membahagiakan..Tapi saya tak mampu... Kalau benar saya "Jahat".. doakan lah saya supaya kembali ke jalan azali... Doakan saya berubah... bukan kata cercaan..Walau sejuta kata nista ditempiaskan, itu semua takkan boleh buat saya menjadi "Baik" melainkan satu doa dari sahabat yang benar-benar ikhlas...

Sayang sangat kat korang! Hampir 9 tahun kita kenal... Saya harap persahabatan ini kekak selamanya...Insya'Allah..

p/s : Uhuhu nangis dalam hati lebih sakit... luka di dalam lebih parah dari luka berjahit di badan, Pa'an harap apa yang belaku ini takkan merubah perasaan sayang Pa'an kepada semua kawan-kawan yang perna Pa'an kenal satu ketika dulu...

Entry Emo Sikit..Tapi Pa'an ok sajjoh... (^_^)
xoxoxo Pa'an

0 comments:

Karipap Sardin : Tak Lena LELAP -_-"

06:39 Unknown 0 Comments

uwaaa 2.50 pagi !! Ingatkan dah subuh ! terjaga tiba-tiba...

Mimpi pelik... Bermimpikan DSNajib ! Tak ingat sangat mimpi tu, cuma yang pasti nampak dia pegang mic dan ada sebutan bagus ! bagus ! Bagus ! berulang-ulang lak mimpi "Najib" tu...*motif sangat kan!!

ada dua mimpi sebenarnya..tapi yang lagi satu tu..Lupa terus..

-TAMAT KISAH MIMPI-

Masa tidur tu..terjaga dengan bunyi meowww meowwww belakang rumah... bila pergi belakang rumah tengok anak kucing dan Mak kucing tu dok depan pintu.. Kasian ba sejuk dia.. lapar.. hujan pula tu...ish ish ish.. Ni semua gara-gara sa lupa siapkan tempat tidur dia kat sangkar.. uhuhu

Terpaksa la pagi-pagi dini bersihkan sangkar, kasi letak kain..tutup dengan "Gebau"..dan berik si kucing makan..

Masuk bilik baring... guling kiri, guling kanan...mata ni inda mau lelap.. haihhhhh susa gila.. 
akhirnya..teringat ada karipap segara dalam peti...terus .Pergi dapur..goreng !!
cer ushar siket...hasilnya :


Haaaa Gebu tak? nampak sedap kan? Pandai tak sa goreng??  huhuhu

Tapi sebenarnya yang atas ni gambar Google Je... yang bawah ni baru betol....

Rentung ! Terlebih Garing dan nampak xberapa sedap.. : P
Popaih daging dan Karipap sardin  Streamyx  nama  nya! haha
*Jangan tanya kenapa rentung ! hehe Tapa biarpun rentung tapi sedap ooo ! Nyaman bena! *alhamdulillah ^_^

 ...Dan sampai sekarang tak dapat tidur... Mujur la ada beberapa budak FB yang sudi teman chat..kalau tak bosan weiii..tgah2 pagi jaga sorang-sorang..uhu

P/s : Mungkin sebab teringat perkara malam tadi tu yang buat tak lelap..hohoho Sian capital K..merajuk dia..kikiki maaf ya sayang..

okla korang Pa'an nak subuh dulu !! *6 : 19 pagi dah !! -entry selesai -

xoxoxo Pa'an 




0 comments:

POLITIK di Mata Budak Mentah -Saya-

17:10 Unknown 0 Comments

Jalur Gemilang Lambang bersatu
Adalah saya tidak menyokong mana-mana parti... Sekadar menulis apa yang saya lihat dan pernah alami
Sekiranya kamu seorang yang Obsesi dan Penyokong tegar bagi mana mana parti saya harap jangan
salah ertikan apa yang tertulis ((:

1. Politik Facebook dan Remaja


Banyak budak-budak menggunakan facebook sebagai medium menyuarakan ketidak'puashatian mereka dalam dunia politik. Adakah ini salah?? Pada saya tidak salah... Namun dalam menyuarakan pendapat kita perlu ada kematangan dan ilmu yang cukup, apa yang saya lihat.. remaja kecil pada hari ini menyuarakan isu politik atas dasar ikut-ikutan kata-kata orang... Walhal tidak ada sedikit pun di kepala mereka fasih akan perihal politik masa kini. Boleh di katakan ramai yang tahu hanya mendengar dakyah-dakyah sambung menyambung.. Yang muda ni hanya menurut dan percaya akan pengaruh kata-kata..

2. Emosi dan Taksub

Tak salah menyokong untuk mana-mana parti..Cuma apa yang saya lihat ada segelintir mereka TERLALU TAKSUB dengan parti yang disokong sampaikan tidak langsung memberi peluang pada orang lain memberikan pandangan. Ya kamu dan dia berbeza parti dan hujah..Namun harus di ingat kita masih bersaudara.. Kata-kata sumpahan dan  cacian sudah menjadi kata basahan... Lembu la..Pencacai la...Keldai La..bermacam-macam kata..

Kadang-kadang paling teruk sampai berputus kawan.. dek kerana tak sama pendapat sanggup hilang kawan.. Ish ish.. Perlu ke sampai jadi macam ni? Taksub yang melampau. Pada saya dalam politik ni takda satu pun yang betul benar dan tak ada satu pun yang salah. Yang tahu apa yang terjadi, hanya empunya badan.. Tak dapat dinafikan ramai yang tahu perkara yang sebenar..Namun ramai lagi yang lain hanya ikut cakap-cakap maklumat berantai. 

3. Politik Tidak Lagi Sebagai Medium Penyatuan

Bagai retak menanti belah..begitula keadaan yang saya nampak. Politik masa kini hanya mencetuskan perbalahan dan permusuhan. Berbeza panji politik, berbeza dakyah bermakna di tengah-tengah nya adalah satu benteng perperangan. Lawan tidak lagi dianggap persaing sihat sebalik nya dianggap musuh utama. Sejak akhir-akhir ini sudah ramai yang menjadi mangsa pertumpahan darah kerana perbezaan politik. Kasian pada yang menjadi mangsa..hanya cuba menegakan apa yang disangka betul. Masing-masing percaya bahawa mereka lah di pihak benar. Bagaikan menunggu semboyan perang..pengikut di setiap parti sudah bersedia untuk bertempur dengan "Kebenaran" masing-masing. Mungkin saya tak faham apa yang berlaku....


4. Media MASSA yang berat Sebelah

Semua saluran media di Malaysia ini hanya dikuasai SATU pihak sahaja. Penyampian yang berat sebelah oleh media menjadikan arus politik pada hari ini lebih dasyat. Setiap Akhbar Utama dan Siaran TV hanya menyiarkan "kewujudan" satu pihak sahaja..menakala yang lain dianggap bagaikan tidak wujud. Lebih malang lagi...Media hanya menyampaikan "Kemulian" satu parti..dan dari sudut yang lain menghentam dan memburukan parti lain.

Indah kabar dari rupa..Berita hari ini hanyalah sogokkan pengaruh terhadap rakyat..Tiada lain yang dibincangkan hanya kebaikan dan kemulian satu pihak sahaja. Keadaan ini hanya mengeruhkan sungai politik negara. Pada saya bukan kah lebih elok...Jika kedua-dua pihak politik diberi peluang untuk menyampaikan maklumat melalui media..Barulah adil..Biarkan rakyat pertimbangkan dan pilih sendiri dimanakah tatah kilau yang benar. 

Saya tahu saya hanya budak yang tidak matang untuk bercakap tentang hal politik..tapi sya hanya suarakan apa yang saya nampak..Jika saya silap, saya harap ada yang membetulkan.. Malaysia ni bumi bertuah, Tiada perang dasyat berhujankan peluru..Saya bersyukur menjadi anak Malaysia. Kita memang berbeza warna Panji Politik dan berbeza nada Dakyah.. tapi janganlah kerana berlainan pegangan, kita semua menjadi musuh. Tanah dan bumi Malaysia yang kita pijak adalah Tanah Melayu yang sama...duduk sama serumpun...berteduh sama seganding.. *Saya doakan semoga Malaysia akan menjadi negara yang  makmur dan damai untuk hari ini dan selama nya...Amin...

p/s : Guys! Pa'an tahu korang ada pendapat masing-masing..Diharap jangan lah salah faham ya apa yang Pa'an tuliskan. Pa'an sendiri pun masih buntu dan tak nampak parti mana yang harus Pa'an pilih... Ayah kata minta pertujuk dari Allah melalui Istiqarah. uhuhu entah la... Okla sorry entry kali ini panjang sangat..hehe

xoxoxo Pa'an






0 comments:

Terhangat ! : Dato Siti Memuji PensilBersayap.Blogspot !!

12:41 Unknown 2 Comments

Eh betol ke?? Blog haram jadah ni pun Diva nak baca?? ish ish Unbelievable !!
Meletopskan Testimoni ni?? Cer tengok cer tengok

p/s :  Sajohh memPropaganza :D Cantik tak? huhu Tada kerja so buat-buat la ada kerja..so inilah hasilnya  
       (^_^) kREaTIF InoVaTIF  dan Sungguh Tidak BerMoTiF !!

 Sayang korang!   TAK kira macamana sampah pun entry Pa'an..korang tetap sudi nak view ! *walaupun.....dalam hati.....
..maaf ler.. saja nak meriah kan viewers kt blog nih sedeh kan? kikiki

 xoxoxo Pa'an

2 comments:

Anak Angkat : Ayish

20:10 Unknown 1 Comments

Saya suka budak-budak.Paling best kalau dapat dukung dorang.. Hilang rasa tension, yerla mana tak hilang, kita pelok ahli syurga kan. Ibarat secalit lumpur bertemu air bersih... Yang kotor boleh luntur, yang luntur boleh hilang. #Jangan cari kat dalam kamus..sebab ni peribahasa sendiri jerp..ohoho

Capital K yang kenalkan saya ngan Ayish...Huhu kata capital K, Ayish nie tempat dia hilangkan buhsan... Mana tak nya budak comel..sesapa tengok pun mesti seronok. #kan best kalau ada anak sendiri..heheh


Comel Budak Ni geram ! Very da Kawaiii looo

*cer tengok cer tengok..
atototo.. Cute
Ayish minum susu..
*pak Ngah Tangkap
Haaa camana comel kan?? Rindu kat budak nie.. Sayang kat dia, ^_^
Tapi AWAS  : Comel Comel Ayish Dia nie PEMBULI tau ! haha... Nasib la sapa kena.

p/s : Comel Comel Anak Orang, Comel Lagi Anak Sendiri.. Sudah dapat jangan di buang, Satu Anugerah tiada terperi. *Pantun Buat Mereka-Mereka yang ada rancang sesuatu..uhuhu


 Okla..Semua sampai sini je ye Entry kita..Maaf kalau Membosan kan :D
xoxoxo Tedd

1 comments:

Encik Mimpi : Sayang

15:49 Unknown 0 Comments


Buat awak capital K saya..ni semua untuk awak..
Khas Dari Encik Mimpi


Sayang aku baik selalu,

janganlah kamu risaukan aku,
ku harap kamu pun baik di situ,

kerna diriku selau mendoakanmu,


Sayang jangan telefon aku,
nanti habis pula kreditmu,
kalau kamu rindu akan diriku,

luahkan saja didalam doamu,


Sayang dengarlah bha permintaanku,
jangan tinggalkan solatmu,

Sayang jangan dengarkan bisikan
hatimu, itu syaitan mengganggu,

Sayang dengarlah bha permintaanku,
jangan lupakan Tuhanmu,

Sayang percayalah apa kataku,
aku akan menikahimu..

P/s : Saya harap awak dapat tahu akan mesej nya..sayang Awak !

xoxoxo Tedd

0 comments:

Nadai Selera Mok Tinduk

08:20 Unknown 0 Comments

Morning Deng... Have a nice day k,

..Mok tauk sik??? malam tadik mek sik dpat tinduk, Sikda selera mok tinduk...Angol gillak pala mek tok..
Haaihh apa la mok jadi nakkk? Sejak-sejak akhir tok badan rasa lain nar. Mok parey kali? uhuhu
Setiap pagi mesti ada darah....Bila mek meludah.. hemmm urang resdung nang rasak sakit cam tok ka? aihh sik tahan mek...

Deng...Mek harap ktk semua dapat la doakan kesihatan mek k..
Moga-moga bisi rezki mek untuk carik ubat
uhuhu..
Mek sik maok padah sama indai ngan apai... Takut sidak nya risau kelak..
Kitak'urang ghasa mek tok.. ngegeh ka?
*siboh la pikir cam nya..kmk sik tauk lagi mok luah pada apa..
pada mek blog aja la tempat mek luah
Mun kmk nyusah kan kitak'urang dengar suma tok...Mek mohon maaf ((:


p/s : Ok la sampey sini jak...entrey kali tok, Even sikda.. manfaat kmk ghasa lega sikit.

xoxoxo Tedd

#Sorry..tatabahasa mek ttg BMS agak lemah..uhuhu tp mek tetap mok try klaka :))

0 comments:

Kata Ku II

20:30 Unknown 0 Comments





ORANG YANG BAHAGIA ADALAH ORANG YANG BAHAGIA MELIHAT ORANG LAIN BAHAGIA ((:



P/S : Iri hati dan dengki melihat kebahagiaan orang lain itu adalah tanda-tanda orang yang tak bahagia.


xoxoxo Tedd

0 comments:

Kata Ku

13:56 Unknown 0 Comments



KENAPA KITA TIDAK SEHENSEM ORANG LAIN? KITA MEMANG TA SEHENSEM ORANG LAIN SEBAB KITA SEHENSEM DIRI KITA SENDIRI ((: 

*NAMPAK TAK?? selama ini kita mempersoalkan kekurangan diri, sedangkan kekurangan itu hanyalah satu ilusi perbandingan saja.


0 comments:

2013 : CiNta Baru Pembuka Tahun

19:47 Unknown 2 Comments

Assalammulaikum..Hye !! ^.^ dah masuk tahun baru dah kan.. pejam celik pejam celik dah setahun pun habis. Biasalah setiap kali buka dan tutup tahun mesti ada AzAm TaHUN BARU..
 Harapan tahun baru korang suma apa ea?? " Macam tedd Azam tahun baru nie tedd nak jadi seorang yang lebih matang dan berwawasan, Tedd harap  2013 ini merupakan tahun rezki tedd.. Mudah-mudahan adalah peluang kerja yang tersedia untuk tahun nie  *dah malu dah kalau asyik spedo duit mak ayah jer kann..hehehe " Moga-moga impian ini menjadi kenyataan..InsyaAllah :D *korang doa-doakan la  yer..

Berbalik kepada TAJUK entry.. "Cinta Pembuka Tahun" hehe macam jiwang je buat tittle camtu kan.. 
uhu Tedd tak sangka sebenarnya sambutan 2013 tedd mendapat jodoh dengan seseorang.. orang nya biasa tapi sgt romantik...huahuahua Capital I nama nya 
Oh mai Gucci...!! syok rupanya berkapel 
Diharapkan Capital I ni dapatlah memberi semangat untuk tedd jalani 2013 yg baru menjenggah ini..*gayyteww
Yerla bukan apa..bila dah ada orang yang terapat dengan hati dan sisi nie..lain rasanya, komitmen dan  perbezaan takkan jadi satu halangan kalau saling memahami..uhu..so heharap ada tuah la disebalik hubungan nie khennn...  Chai Chaii Chaiii

Selamat tahun baru !! *motipp sgt lupa nak wish tadi..haha
p/s : okla uolsss sampai kat sini saja entry pembuka tahun kita.. Tedd doakan segala wish korang tahun 2013 ini tercapai ke bintang! ecececeh bintang la sangat ! hehe

XOXOXO Tedd 

2 comments: