Sesat Dijalan LURUS !

21:48 Unknown 0 Comments

"Teda sedap hati ba ni! uihhh apa la mau jadi =.=" Nda da prisa langsung! Mimang betul nda sedap!! " 
Emm runsing nya kepala nie....Uwaaaaaa Tension tension lagi... Ada Parent tapi tak boleh nak meluah.. Masing-masing busy.. Bangun tidur Dorang dah sibuk nak pergi kerja...Ma lewat petang baru balik..Ayah pun sama..selalu balik malam sejak akhir2 nie..paling cepat pun senja. Bila rasa nak bagitau dorang tak sampai hati sebab dorang dah letih-letih kerja. Jarang dapat bercakap!  ohhhh nak luah luah nak luah! Tedd perlukan mereka tahu apa yang tedd rasa dan alami.Tapi...Emm tedd sebenarnya dah habis belajar,sem lepas adalah yang terakhir.. tapi..emm jangan tanya tapi...Pening nak terangkan..*tak minat  

Tedd nak buat keputusan tu..Tapi tedd takut buat pilihan yang salah...=.= Dorang kata segalanya atas tangan tedd tapi..tedd tak mampu nak buat keputusan sendiri.. lebih-lebih lagi melibatkan penggunaan masa dan usia. tedd tanak tedd membuang masa semata-mata atas benda yang salah. Hati ni sangat berat... Ayooooo! tedd menyesal la sangat menyesal ! sebab tedd tak melawan untuk masa depan tedd.. Selama nie tedd tak ikut kemahuan diri...Sekarang tedd mungkin akan sekali lagi terlepas peluang tu kalau tersilap pilih.. Tapi untuk memutuskan kebijaksanaan memilih tak MUDAH! uwaaaaaaa (Y.Y)

Oh huru hara... Napa ea tedd jadi kusut semacam nie..Dalam diri penuh sangat penyesalan tetang masa silam! Tedd nak lupakan..tapi makin dicuba untuk melupakan makin sakit rasanya, Dada ni macam nak meletop dah.. Beribu sesalan sangat!  (INI BUKAN KISAH CINTA*harap maklum) apa yang Tedd sesalkan sekarang ialah kenapa la Tedd tak jujur pada kemahuan masa depan tedd.?? hEmm bila la boleh keluar dari belenggu nie? sendiri menanti jawapan.

Kadang-kadang kita mampu nasihat orang tapi..Bila
kena pada Batang sendiri
(apa-apa saja batang boleh digunakan..asalkan merujuk pada diri sendiri).
 Tak boleh langsung nak bimbing. Tedd sesat..ya sesat dijalan yang selama ni telah lurus..disebabkan tersalah pilih... ))= Tedd tak mahu sesat lagi !!





0 comments:

Si Kudung dan Stiletto ! *Gosip

21:31 Unknown 2 Comments

KENAPA PERLU BERLAGAK KAYA???  HaiyoooOooOOoo Cakap nak pomPang Pompang sajohhh! ada rumah kat sini lah ada rumah kat situlah... Kalau tak cakap orang tak tahu kan?? Kalau dah kaya sangat napa tak MASOK Lim Kok Wing  Jerkkk?? Ni masok kolej ...Nama kolej u pun tak pernah I dengar.... Nak jugak berdebu-debu belagak nya...Hahahaha 

Emm kata nak belajar oversea la ! Over over sana over sini....Very the over awk kan... " You lepas ni I nak g Japang tau sambung belajar sana..-katanya " *dalam hati nie cakap ohhh kerlassss,, SPM Awk kannn 10A's  #celah mana datang sepuluh pon tak tahu...  Kalau betul la u ni cemerlang sangat dan akan ke oversea..napa tak buat ke A level  kenapa ambil pra-dip kat kolej bersekutu?? *awk nak tipuu ekk... Ok layan jerla Labu... 


Weksss tak heran pon hp beribu hengget !
tapi topup TAK MAMPU !
Tambahan katanya lagi ...."I tak pakai hp murah-murah...HP Samsung yang ada ni pon sementara jerk !" ...Tedd pun sebut lagi dalam hati "very da belagak !! sajer jer nak highlight I paki hp murah! taper tedd taper tedd sabar..hahaha"  Pada tedd even muarah-murah hp yang tedd pakai...topup tak pernah mintak orang... RM 5O mesti ada sebulan untuk topup walau tak banyak..   Awak paki hp nak mahal tapi Topup mintak orang!! cmaner tuhhh??? ahahahaha    Kalau ikutkan hati tedd yang tak berapa bersih nie nak jer ungkit balik  topup2 awk tuh...tapi..tak ada GUNA..lol~  *anggap beri jekk sudehhhh 


Ni satu lagi... AWAK KAN "KAYA" g la spa buat mandi susu , mandi lulur ke...mandi asid ke... Nampak macam tak terUrus k...anak orang kaya sgt kennn! *lain kali jgn mengkata org..konon org tak tahu bergaya la, orang kolot la...tapi tak bercermin pada Diri ! Awak oh awk hentikan lah..Drama awk tuh


Kalau belagak Muka
Comel macam ni tapala! haha
JANGAN NAK BELAGAK KAYA SANGAT YA... TAK SALAH JADI DIRI SENDIRI...ITU LEBIH BAIK DARIPADA AWK MENIPU KAWAN-KAWAN TAPI KAMI SEMUA DAH TAHU DRAMA AWAK...*eeeeMalu tau ! EVEN  KALAU LA AWAK TU ANAK MEMANG ANAK ORANG KAYA BUKAN ALASAN AWAK NAK LAYAN KAWAN-KAWAN MACAM SAMPAH.


Banyak lagi anak-anak Tunku,Anak-anak Dato atas dunia ni yang lebih dari YOU, tapi tak belagak ! I dulu memang tak percaya apa orang cakap tetang yoU tapi sekarang i dah nampak dah belang lagi berjerawat you tuh... lalalalala~ Selamat Jalannsss Romeo ! 

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa......panjang kannn sketsa Malam nie...Ngeee... *tedd geramla ! tedd nak sembur kat sapa tedd tak tahu jadi tedd sembur jerla kat sini. Dah puas dah sabar dah puas dah pendam ..selama nie diam jerr...Jadi malam nie segala tak  puas hati tedd pada DIA dah luah kat sini PUAS sgt! hohoho

Moral of The Story
"Ular menyusur akar takkan hilang biasanya" paham tak maksud nyer??  Emm maksud tedd , orang kaya atau orang berDarjat tinggi takkan hilang kuasa atau darjatnya walaupun dia Merendah diri. samala macam "Prada Gucci LV takkan hilang auranya walaupun dibawa ke majlis kenduri kampung ja" *gituhhh peribahasa sendiri sgt ! hehehe

"Menipu merupakan pekerjaan dosa besar, kerana sifat ini merupakan sifat yang paling menonjol yang dimiliki oleh orang munafik."


-Sekian-




2 comments:

Cinta Maggie Cinta DUSTA !

23:20 Unknown 0 Comments


Cinta ku bukan diatas kertas..Kata Dato Siti Nurhaliza ! Cinta di atas kertas hanya akan hancur bila dihujani air mata kekecewaan...Kata tedd. Bagi tedd cinta tak perlu ditulis diatas hamparan...tapi perlu dibuktikan dengan segala perlakuan...*Checheche dah macam Dr Falsafah Love Tedd ni kan? Hehe *Maklum dah terlalu banyak tertelan asam dan garam bercinta...sebab tuh tedd bole bermadah secukup rasa mcam niey..hohohoho~ Lama tak kongsi tips kan?? jadi untuk Entry Panas Harini Tedd nak kongsi beberapa Tips Cinta Maya ! layannn~ *tips tak selalunya betul bergantung pada cara fikir masing-masing Oke? ((:

 
Tips Menjadi 
Orang KEBAL DALAM BERCINTA

Jangan terlalu mengharap !!
 Harapan yang terlalu mengunung boleh menyebabkan kita jatuh kekecewaan. *bersederhana lebih baik sewaktu awal cinta. Sebab benih tak selalunya mekar seindah disangka.(jalani dengan pelahan-pelahan,kenal hati budi terlebih dahulu.)

Jangan terlalu mudah percaya pada lafaz cinta di awal perkenalan !!
 Baru dua tiga kali chat..dah lafaz "I love you"...ohh *cinta bukan mee segera yg cepat untuk dirasa.

 Jangan mudah terpedaya dengan kata manis yang melambung !!
  Hari-hari nak puji dan puja kita....walaupun tak pernah jumpa, *kalau selepas jumpa takper la. bahagianya kalau dipuji setelah bertentang mata dan kenal hati budi.. (lebih percaya kalau macam nie.)

Jangan benarkan diri terlalu murah untuk menaruh diri demi cinta !!
  Kalau benar dikatakan cinta, jangan biarkan dia sentuh kita sehingga diijabkabul *pasangan yang baik akan menghormati batas-batas perhubungan.

Jangan mulakan pertemuan cinta dengan SEKS !!
  Biar bermaruah..jangan murah,,barang murah senang dapat senang buang. Kita akan ditinggalkan semudah-mudahnya...*Kita balik akan menyesal ! (jgn termakan kata merajuk bila pelawaan ditolak..Nasfu hanya memeberi nikmat yang seketika!!)

Jangan terlalu bermurah HATI di awal sesi berkenalan !!
    kalau awal-awal kenal dah mintak topup, dah mintak pinjam duit ,pinjam barang..Hentikan sajalah ! *taktik cinta si pengikis..berhati-hati. #selalunya pas habis kita dicukur habisla cinta baginya. 


 Bla bla bla bla Bla bla bla bla Bla bla bla bla Bla bla bla bla Bla bla bla bla ~ Begitulah ya adik-adik tips Tedd dalam mengharungi cinta Segera Zaman Siber nih!! Banyak lagi sebenarnya...cuma setakat nie yang tedd tahu...dan mahu kupas..Cinta tak semudah Muka Buku di add dengan sekali KLIK di remove dengan Satu langkah! Cinta itu lama untuk dikenal..cinta sangat sukar untuk dilafaz... Cinta yang mudah di unggkap di awal perkenalan, ibarat seperti cinta Maggie sehangat 15 minit..lepastu kembang dan habiss bergitu sahaja..Hanya tinggalkan mudarat pada diri. (FAKTA MEE SEGERA : AMAT MUDARAT KALAU MAKAN SELALU, maggie memerlukan dalam 2 minggu untuk dihadam !)

Jangan Maggie kan Cinta ! Sebab Cinta sebegitu terlalu MURAH ! OK INGAT TAU... hehe* tedd nie tumpang nasihat ja.. Kalau tak mahu pakai takpalah... Wassalam....

0 comments:

Harapan Baru Buat PuteraTechik

20:55 Unknown 0 Comments

Hye Selamat Hujung Minggu semua ((:

Maaf sebab dah berSawang Blog tedd nih ~ Lama tak update...Maklum sejak sem baru nih busy sangat2.. Banyak perkara nak difikir dan nak di selesai.  Seriusly minggu pertama memang TENSION !!!  Sebab tedd masih lagi dalam Dilema untuk membuat keputusan penting yang melibatkan perubahan hari ini dan masa depan tedd. Namun tedd bersyukur "mereka" suda mula memberi ruang untuk tedd melakar perjalannan sendiri... *Tedd harap tedd buat sesuatu yang betul.


Sem baru nie..tidak lah seindah mana... Sebab tedd agak keseorangan. Banyak kawan-kawan tedd dah tadaa, dorang dah menjalani masa depan baru. Tapi tedd tak pernah menyesal..bagi tedd inlah takdir dan ketentuan.. Tak semua orang menjalani perjalanan belajar yang serupa... Tapa.., tedd kena kuat semangat meneruskan cita-cita walaupun berseorangan. Tedd percaya gerimis petang harini akan memberikan tedd pelangi pada masa akan datang..biarpun lambat...sinarnya tetap ada..


Kalau nak diikutkan Hati serta Diri tedd nie..Semangat dan cita-cita sudah lama berkubur. Namun ada sesuatu yang membuatkan tedd bagun....


    Kita ta boleh pentingkan diri sendiri, sebab kalau tedd putus asa pada hari ini.Kita akan menyusahkan keluarga.
     Suda tiba masanya untuk Kita belajar untuk berdikari. Menguruskan masa depan.
   Kita kena berani buat keputusan, kalau tedd takut..bermakna tedd tak bole menerima apa-apa dugaan mendatang.
     Kita sayang diri kita..jadi Kita kena bina diri dengan keyakinan..sebab kalau tedd lemah tedd akan menderita kecewa.

Tedd memang kecil orang nya tapi tak bermakna tedd harus menjadi kerdil untuk mencapai cita-cita yang tinggi di langit, Doakan tedd berjaya ya kawan-kawan ku syang?? 
"Kita memang jauh tapi doa sebagai saudara mendekatkan hati kita. "
~Tedd sayang kamo Selalu

0 comments:

Sekeras Kerikil !

20:12 Unknown 1 Comments

Oh Paksaan Yang Terpaksa. 

Tedd tak mahu balik sana....Tedd dah tada mood nak balik sana...Tapi....... Tedd perlu habiskan CITA-CITA MEREKA ! Owhhhh Derita sangat rasanya!! Hati kata tak mahu tapi menunaikan HARAPAN itu perlu ! Berat memang berat seberat awan mendung yang kelabu... Orang kata "berat mata memandang berat lagi bahu memikul" ..Tapi lain pula di dalam hidup tedd "ringan mata memandang ringan lagi disuruh Pergi"... Mereka tetap meminta tedd meneruskan..telah puas tedd nyatakan yang tedd dah tak sanggup..setiap semesta jiwa ini bagaikan terpaksa mendokong harapan dan cita-cita yang bukan kemahuan rasa. Apakan daya HITAM kata mereka TANDA SERU buat tedd "=.=" !

Oh cabaran! Oh Dugaan! Ini bukan musibat ! Tapi inilah harapan yang memerlukan Tekad! Kenapa ya rasa berat macam nie?? Tada semanagat ! Benci..............paksa paksaan keterpaksaan...

Hide Everything

Kawan-kawan ku sayang, tedd perlu kan sokongan korang..Berikan lah tedd bantuan untuk keluar dari belenggu ini..Doakan tedd tenang... Tedd dah atada sapa dah yang nak faham masalah tedd nie..Mereka mendengar tapi...tetap juga hati mereka.Apa nak buat hati mereka bagaikan kerikil.. Susah lah...Tedd nak menjerit jer nie...... =/
Oh ini tidak adil..tidak adil bagiku~ 


SELAMAT MALAM SEMALAM~

1 comments:

Dapur PAGI meletops Lagi !!

12:33 Unknown 0 Comments

Good Morning SunShine ! Hemmm pagi nie Tedd bangun tada siapa kejut..sebab Ma sama Ayah ada lagi di Perak hantar adik balik UiTM. Bagun-bagun pas solat terus ke dapur..Buka periuk, buka peti sejuk.. Tutup peti pergi depan tv tengok karton! hahahahahaha~ 

Dah setengah JAM...baru datang idea nak masak apa.. Rasa nak masak Nasi Goreng ! *satu resipi BUJANG SEMASA paling mudah..lol~ Ok ya..Mari kita mulakan !! Sebelum nak mula pastikan ada nasi yerr!! Nasi tuh ambil siap2 gaul-gaul dalam mangkuk. 

**Bahan2 : bawang besar,bawang putih,garam,serbuk perasa,kuib pati ayam,telur,belacan,minyak.

  1. First kupas bawang putih 3/4 ulas..pastu sebiji bawang besar potong separuh. Ambil beberapa ikan bilis..siang buang kepala. 
  2. PasTwo ambil bawang2 sama ikan bilis tadi campak dalam tempat menumbuk...Campur secubit belacan..*tumbuk la seganas hati
  3. Dalam masa yang sama panas kan kuali. Masukan sedikit minyak untuk menumis..Bila dah panas masuk kan pes bawang2 yg kita Tumbuk2 tadi.. Tumis sampai agak kuning2.
  4. Seterusnya masukan setengah senduk cili kisar...Sertakan garam,perasa..secukup rasa..Tumis sampai masak. *nak tahu masak tgok pada warna..cili tuh akan warna gelap bila dah masak.
  5. Semasa memasak lada,Kalau nak tambah sedap..masukan la udang/potongan ayam dan sayur campur sebagai rencah. 
  6. Bila semua dah cukup masak dan rasa..masukan nasi..Gaulkan sampai rata. Biar kan seminit tiga...Dan...Walllah! Nasi goreng DAH SIAP! 

HOT TIPS ouchhh!!!  : kalau nak jadikan nasi goreng itu peroi (tak berketul-ketul) semasa memasak.. Pada malam sebelum pagi..Ambil nasi masukan ke dalam petik sejuk.Pastu gunakan semasa nak masak. Nanti nasi goreng kita menjadi cantik dan tak berketul. (cubalah !! hehee Tips chef nie~) 

**semalam mama ada masak rendang ayam... Jadi tedd dah ubah suai jadi ayam berempah..Tedd gorengkan semula sampai garing ((: 

  • Tedd pun ada buat telur dadar sebagai tambahan. Senang jer ..ambil sebiji TELOR awak..*maksud tedd telur ayam ! haha
  • Pecahkan dalam mangkuk...sambil-sambil tu masukan hirisan bawang besar dan sesudu mayonis.  Pukul sampai kembang.
  • Lepas tu..goreng dengan sedikit minyak..tunggu sampai masak..KAn?? Mudah!!
Taraaaaaaaa....Siapa cakap anak TERUNA tak bole masak?? dalam 30 minit dah siap satu resipi ! hehe sebenarnya nak memasak ni mudah je cuma akan jadi suusah bila kita malas! betul tak?? =P 

 SELAMAT MELETOPS KAN DAPUR !! MUAH3~



0 comments:

Hujan BUNGA DI J-TOWN

22:24 Unknown 4 Comments

Hujan Emas di negeri Orang Hujan Meteor di negeri sendiri..Lebih baik lagi di Jengka.

Uwaaaaaaa cuti SEM dah habis ! Cepatnya la masa berlalu. Sehari bagaikan sejam, Sesaat bagaikan tidak terasa. 2bulan setengah telah pun SELESAI !! Sekarang masa untuk balik ke UiTM Jengka Terchenta! Tercinta ke?? hahahaha Sangat dicintai ok??!

Bercakap tentang "Tercinta" nie, Tedd hangen betul bila ada orang menggutuk tempat tedd menuntut Ilmu! Dia kata UiTM Jengka itu "penjara"  dan "tempat JIN bertendang "sebab terlalu jauh dipendalaman. Dusshhhhh!! *judossss dahi dia! 




Tedd rasa agak "kurengg belachan" statement dia tu... grrrr~ Kenapa ya jadi macamtu? Perlukah dikeluarkan kenyataan sedemikian terhadap -----> Jengka ? Oh kasian Jengka tedd.. Yang si pengata tuh pulak mengalahkan kampus dorang betul2 tengah kota Metropolitan! *verangan bandaran la sgt,kennn!

Ehh hellooooooo....Belajar di mana-mana pun sama ya. Tak kira bandar atau di pendalaman...LOKASI TIDAK MENCERMINKAN KEJAYAAN! Apalah guna yang awak bangga-bangga duduk belajar di tempat maju tetapi daya usaha nak berjaya tak ada. Tak kisahlah seteruk manapun keadaan Lokasi kita belajar,tapi seandainya semangat kita kuat.,CERUK ALAM bukanlah satu penghalang. Ada faham? Bagussss! hahaha Tak payah nak batak sangat dengan Kebandaran awak tu ya...Tak guna pun belajar tempat yang "Heaven" tapi effort nak belajar "like Hell " !!

Jengka di hatiku, walaupun jauh beribu batu...namun engkau tetap pujaan hati! Sebab di Jengka Tedd belajar macam2 benda..belajar sesuaikan diri tanpa tempat "Hiburan" macam Cinema,Shopping Complex, Bowl Centre. Di Jengka juga tedd belajar cara menguruskan perbelanjaan..sebab kos sara hidup agak tinggi..Kalah KL u'olls! Tapi tapa itu semua adalah cabaran untuk menjadi Modal Insan Yang Terbaik! *gitewwww~!!

Lata Meraung

Korang nak enjoy2..Pergilah enjoy dengan tempat korang "yang best" tuh. Jangan lingkup sudah!*lupa study sebab over enjoy. Walaupun Jengka ni tada shoping2... tapi Kawasan nak Mandi2 banyak~Tekam ada Latar Meraung ada Pilih ja..hehe Aman dan tenteram... 


[penyataan tedd di atas sama sekali tidak ditujukan pada sesiapa*kalau terasa bukan salah Tedd.. Dorang yg tedd maksudkan adalah si Pengata terbaik..hanya "si terbabit" yg tahu.]

Dah lah Tedd malas nak buat statement panas2...nanti rusuhan kaum jer. Hehehe Tedd bukan nak cari gaduh cuma mebuat STATEMENT BALAS ke atas mulut2 puaka. (^.^) Ok la yerr Tedd nak choww dulu..nak mandi nak wangi2....*manala tahu ada yang ajak dating kannn.. Korang jaga diri tau..Enjoy la hujung minggu sebaiknya.Muahhhhh  Wassalam...









4 comments:

Pil Ujian Kanser Hidup

22:23 Unknown 1 Comments

 uwaaaa! Puasa blogging seminggu...sebab tedd busy loo!ada macam2 masalah*oh! Alasan! kui3 Awk semua camana sihat ta? ada rindu tedd?? kalau xrindu ta mau kawan!! =P *nahh arini diari hidup tedd terbuka lagi untuk sesiapa yg sudi....nak berkongsi..

"Duka derita,luka lara ku didunia,
Tidaklah disesali tidak juga ditanggisi" 

Kenapa saya tak boleh bahagia? Kenapa saya perlu bersedih? Kenapa saya perlu diuji? Oh! Sabar ((:  
Hahahaha motif nak sedey bagai?? Dushhhhh! Itu bukan tedd la! kalau nanes siket2 tu boleh la...*Maklum dah puas "main tisu" ! 

Okla tak dapat dinafikan hidup tedd ni memang banyak ujian dan dugaan...Tapi kalau tedd main air mata ja,bukan semua tuh dapat selesai pun kan??? Susah! memang susah! Tapi selagi kita tak melawan lagi Payah! Dugaan ini hidup ini macam KANSER mula2 kecil lama-lama boleh bawa derita kalau tidak diatasi segera! 

Hemmm kalau nak ikutkan perasaan yang lemah ni dah lama dah tedd bunuh diri ! Tapi bila difikirkan balik..kenapa perlu menjadi Bodoh?? Ya bodoh ! Bodohnya kita kalau terlalu mudah mengalah!! 

Si penangung sepi !!



MULUT
org adalah diantara virus terbesar dalam hidup tedd! Sakit sangat kalau difikirkan balik! Kerana mulut orang tedd dah TAK MAHU balik kampung! xguna balik kampung kalau sedara sendiri sisihkan kita. Tapi itu lebih baik Hahahaha
*sebab tak perlu susah2 nak jaga hati "dorang" lagi.. 

PENIPUAN nie satu lagi kuman dalam hidup tedd ! Benci kalau kena tipu! Tak suka orang macam nie... Paling tak seronok kalau org menipu perasaan kita! Permainkan kita dengan cinta bodoh!!  *Jangan  mulakan dengan ayat2 magic cintun2 kalau tak benar2 jujur! Bagi tedd "awk" dah jadi kertas kumal ! dan mesti dilupakan!! Tedd benci dia!! Pengikis ! Penipu! 


AYAH ! hemmm kenapa ya??? hemmm malas nak ingat balik...tapi tapa, satu masa nanti dia akan faham. 

uwaaa dah macam Drama Swasta kan ada drama2. Hehehe Tapi inilah hidup tedd... kalau tedd tak kuat tedd akan tewas...


 "memang mulut manusia itu tak bole nak tutup!
Bukanlah apa kata Manusia yang kita takuti,
Tapi Pandangan Tuhan yg  perlu kita takutkan"


  

BUDAK nie..menhidapi Kanser Jiwa..
tapi masih cuba tersenyum..
Cute kan?? hehehe

1 comments:

Sendiri

17:21 Unknown 0 Comments

Keseorangan ini mengajar saya untuk berfikir sendiri... Memikir bagaimana harus meneruskan jalan hidup tanpa si Dia yang boleh diletakan segala percaya..Si Dia yang boleh menerima dan mendengar segala luahan dan juga rasa... Dia adalah sepupu, dia juga adalah abg buat saya... Bagi saya dialah yang terbaik..pendengar dan satu-satu nya insan yang faham akan diri saya sebenar..... Dia saja tahu kenapa saya menagis selama nie.. Semalam merupakan titik akhir si'Dia sebagai Sang setia untuk saya berkongsi... Entah kenapa..
Tiba-tiba hatinya berubah tanpa sebab dan cerita...Mungkin sudah penat menjadi si pendengar..Tapalah..

Siapa lagi yanag harus saya percaya??  Ibarat satu lagu yang terpendam...Saya perlu mencari seseorang sebagai mendengar..Nyanyian hati jika diluah akan menghidupkan rasa. Iya menghidupkan rasa!, sebuah rasa ketenangan...
Saya harap satu hari nanti saya akan temukan pengganti.. Tapi bila??? *masih menunggu....

0 comments:

CANTIK KAH KITA??

12:17 Unknown 8 Comments


.......YANG mengata tak terasa apa yang dicerca, YANG terkena terpaksa mendengar dalam terasa

JANGAN KITA MENGATA ORANG KONON NYA KITA LAH TERKACAK/TERCANTIK,
HAKIKATNYA DIANTARA AWAK DAN MANUSIA2 LAIN
ATAS DUNIA NIE ADA LAIN YANG LEBIH KACAK/CANTIK ((:

P/S : Namun yang tercantik di atas dunia.Tiada satu yang mampu menandingi KECANTIKAN/KEKACAKAN Ahli Syuga...

#CONFIRM KE AWK MASUK SYURGA...DENGAN MULUT MENGATA ORANG MACAM TU??

Budak Nie MACAM COMEL tapi NAKAL
*huhu gn tiru tau!
Hehehe entry pagi ini hanyalah sekadar perkongsian diantara masa dan mata..Apa yang dilihat apa yang dirasa..mana yang betul dikongsi bersama. 
Tedd tak kisah orang nak mengata apa pun..Sebab kalau dia cantik pun dia belum tentu sempurna
Setiap kata cacian itu hanyalah sampah buat insan yang bergelar Tedd! As Salam...


8 comments:

KITA TAK HODOH*cuma...

21:24 Unknown 0 Comments

 .......orang tak nampak kelebihan kita. 
Ya! percayalah pada tedd!

Biar kita dikata,dicerca dengan pelbagai kejian... Kuatkan hati jangan lagi berhenti kerana ujian itu adalah hikmah yang berharga. 


Orang boleh kata apa saja..yang mereka suka.
Orang boleh hina kita semahu-mahunya
Orang bole fitnah kita bermacam-macam.
Tapi orang tak boleh buat kita jatuh dengan sumpahan mereka! Selagi Kita SABAR!!
Selagi kita sabar takkan ada magic kata keji dapat sakiti kita!
Segala kata jelik penuh dusta itu hanyalah SAMPAH ! Buang saja ia ketepi ! Jangan lagi ambil peduli !

Kita adalah mutiara bersih ! Jangan kita malap dek hinaan manusia yang CEMBURU !
Teruskan bersinar ! 

Tak Usah didekati dengan si mulut LUMPUR kotor!
Jangan dilayan KATA KOTOR kerna itu bukan nya untuk kita,sebaliknya diri mereka sendiri yang D'HINA ! 
Biarkan saja..Satu Masa Nanti pasti akan datang PENGAJARAN buat mereka.

KITA TAK HINA ! CUMA KITA SAJA DiHINA,
KITA DIHINA KERANA MEREKA TAK NAMPAK KELEBIHAN KITA,
TAPA BIARLAH HINA BAGI ORANG TAPI DI SISI YANG ESA KITA MULIA.
PASTI ADA TENANG SEANDAINYA ADA SABAR

bagi Tedd memang susah nak jadi tabah..Tapi hidup ini kita tak boleh mengalah, Hidup ini masih ada cita-cita untuk diteruskan !!

0 comments:

*Oh BENCI plagiarism!

18:21 Unknown 0 Comments

Idea sebuah MESIN PEMIKIRAN !!
Berfikirlah secara terbuka...Seluas bukaan lautan yang membadai pantai. Geloranya takkan bernah terhenti...  Didalam nya tersimpan syurga laut dengan pelbagai hidupan. Begitulah akal..berfikirlah dengan lebih berwarna-warni. Gunakan hati untuk melihat apa yang didepan..Jangan pernah berhenti dari BERFIKIR sendiri...

IDEA merupakan satu aliran yang terbit dari MESIN pemikiran. 
Mengalir dengan penuh jujur dari akal yang bersih. IDEA bukan lah satu pembohongan.. Tapi pembohongan adalah SATU IDEA yang KOTOR. Idea tidak akan datang sendiri tanpa pencarian.
Pencarian adalah satu perjalanan akal. Akal yang berjalan takkan tehenti langkahnya sehingga bertemukan sungai fikir yang mengalir jujur.
Usah takut andai tidak menemukan idea..kerana idea memerlukan waktu dan tika untuk terbit.
Terbit nya laksana bintang dilangit..Indah dan berkilau...

Meniru idea manusia lain itu adalah JENAYAH. Jenayah peradaban sebuah idealogi.
Kau adalah si penipu yang hanya akan menipu...Mezahirkan idea dengan bercerminkan 
wajah fikiran manusia lain.
Hanya si pemikir HODOH saja yang akan bertopengkan mimik Idea manusia lain.
Menggali dengan mudah..mencapai atas apa yang orang usahakan.
Oh! Sungguh TIDAK ADIL !

"Bukan kah KAU dan Kita semua telah dikurniakan akal yang kacak?? Kenapa perlu bertopeng dengan sesuatu yang bukan milik kita??
Jujurlah pada diri...
Seandainya kau jujur..Kau bukan lah si penipu daya...
Kita adalah JAUHARI...Yang bijak akalnya yang tajam Fikiran."


++MENIRU TIDAK SALAH, SEANDAINYA MENIRU BENDA YANG   BAIK++

++IDEA KITA MILIK KITA++
++IDEA DIA ADALAH MILIK DIA++



++JANGAN JADIKAN IDEA SI DIA MILIK KITA SEANDAINYA TIADA
JANJI SEBUAH PERKONGSIAN ++
-SEKIAN-

Tedd menulis entry nie ada sebab...tapi bukan tujuan nak FIRE sesiapa sekadar berkongsi sebuah IDEA dengan lebih puitis..*chewahhh~Okla tedd nak sambung balik....Kemas tempat beradu..Menyapu..Mop lantai.Tugas tedd si Bibik Teruna ((: 
















0 comments: