Hilang

13:28 Unknown 0 Comments

Setiap yang hidup pastinya pergi..
Patah satu tumbuh seribu.


Perit rasa.. sukar untuk diterima bila orang yang kita sayang hilang dalam seklip mata.
13 Ogos 2015 

Pak Long telah pergi buat selamanya.
Pada 8 malam Khamis Malam Jumaat
Tiada tanda tanpa duga.

Sedih sangat, orang kuat dalam keluarga dah takda lagi.
Al Fatihah

Pada 14 Ogos 2015 arwah Paklong selamat dikebumikan sebelum solat jumaat.

Antara yang menarik tentang paklong sewaktu hari kematiannya.

-wajah nampak tenang
-tidak berbau,yang ada bauan yang wangi.
-terlalu ramai yang datang melawat.
-sewaktu hendak dimandikan wajah paklong menguntum senyum.
-urusan memandikan jenazah sangat mudah dan cepat.
-semasa kami nak selesaikan mandi dalam urusan istinjak paklong dalam keadaan bersih.
-tiada sedikit pun najis yang keluar. beberapa kali kami mencuba..tetapi memang tidak keluar apa apa.
-sewaktu mengkafankan pun mudah, kain cukup dan tak kurang.
-ada hadirnya CM memberi penghormatan yang terakhir.
-solat Jenazah terpaksa dibuat dua kali..satu dirumah dan satu dimasjid..berikutan teralu ramai yang tak dapat solat dirumah arwah disebabkan penuh.
semasa proses pengkebumian pun Alhamdulillah berjalan lancar tanah lembut dan tidak berbatu.
-mudah segala urusan.

p/s : air mata ni tak kering disepanjang hari. tak tertahan rasa. Hummm entahlah tak tahu kenapa..tapi pemergiaan pak long sangat memberi kesan. Antara bapa sedara yang paling baik.. 

Apa yang saya dapat lihat dan insafkan diri  :

Semasa hanyat nya PAklong sangat ringan tulang membantu orang.
walaupun cacat tapi Paklong tak ambil peduli kata org dan kekurangan diri
Setiap hari rumah kami lah menjadi tempat makan minum dan duduk. 
bila ada Paklong mesti ada gelak..itu sebab nya kami terasa sangat bila hilang nya Pak Long.

Antara ayat terakhir saya yang pernah saya cakap Pada Pak Long "PokLong nanti bila orang dah kaya nanti orang akan belikan poklong hadiah" balas Pak Long alah entah sempat ke masa tu...nk tunggu ko kaya :) humm ada sedikit terkilan bila terkenangkan balik.. terkilan bukan sebab apa..terasa tak sempat nak bagi poklong apa apa.

Lagi satu Pak Long orang kata mulutnya cakap suka mengusik..bagi yang tak kenal barangkali akan kata paklong mulut leser..tapi.. hakikatnya......

paling saya kagum dengan paklong bila rezekinya :

-meninggal pada malam jumaat
diamana banyak orang berharap untuk mati pada malam jumaat atau hari jumaat tapi tak semua dapat.

-dikebumi pada hari Jumaat
 seperti yang kita tahu orang yang meninggal dan dikebumikan pada hari Jumaat tiada siksaan kubur buatnya....

 
Keterangan seperti ini memang ada di dalam beberapa riwayat yang shahih dari Rasulullah SAW. Salah satunya adaah hadits berikut ini:

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ. رواه الترمذي 1074.

Dari Abdullah bin Amru ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, Tidaklah seorang muslim meninggal di hari Jumat, kecuali Allah lindungi dari fitnah kubur. 

Syeikh Nashiruddin Al-Albani termasuk di antara ulama yang menshahihkan hadits ini, sebagaimana yang tercantum di dalam kitab Ahkamul-Janaiz halaman 49-50.

Matan hadits ini tidak menyebutkan seseorang yang mati di hari Jumat akan dibebaskan dari azab kubur, melainkan Allah SWT lindungi dari azab kubur. Boleh jadi seharusnya dia disiksa di alam kuburnya, dan siksaan itu memang ada. Hanya kemudian Allah SWT melindunginya dari tersentuh siksaan itu.

Namun tentunya ini khusus buat orang Islam yang shalih dan taat saja. Di mana mungkin saja di balik keshalihan dan ketaatannya, masih tersisa sedikit dari dosa-dosa kecil yang tak luput dari tiap orang.

***mudah mudahan PakLong termasuk dalam golongan yang baik dan soleh,... Amin...

ALHAMDULILLAH... DI SEPANJANG HIDUP SAYA INILAH KALI PERTAMA DAPAT BELAJAR MENGURUSKAN JENAZAH...DAN TAK SANGKA PADA HARI PAKLONG SAYA DAPAT SEMUA TU.. 
 
Al fatihah buat Pak Long....semoga syurga buatmu nanti,.

0 comments:

FITNAH : Satu jari menunding sembilan lain menghala diri

14:43 Unknown 0 Comments

Kalau sudah takdirnya kita.. usah melempar salahnya orang.. Takkan ada satu yang sempurna. Setiap hari aib kita dikurung dari pintu dunia..mengapa dipilih membuka dada??
Sungguh pun benar apa yang di kata. Biar diri yang menyimpan RAHSIA..
Menyampai mendengar sesuatu yang bukan sahih nya kebenaran itu adalah FITNAH.

Fitnah meruntuhkan kebahagian.. mencalarkan cermin..merosakan hidup dan jalan. Buku hidup naskah terbuka jangan di dakwatkan dengan pena dusta. Satu aib kita selongkar..beberapa jalan lain akan terbuka merentangkan aib kita.

Hari ini kita membayar KEPUASAN diri dengan tangisan orang..satu masa nanti mungkin ia akan berpatah mengahala didepan mata.

0 comments:

MEDICAL LABORATORY TECHNOLOGIST: LIVER FUNCTION TEST by http://mylab2u.blogspot.com/

16:54 Unknown 0 Comments

LIVER FUNCTION TEST

LIVER FUNCTION TEST
Ujian fungsi hati biasanya merujuk kepada beberapa ujian darah yang mengukur enzim tertentu atau protein dalam darah anda. Ujian fungsi hati digunakan untuk membantu mengesan, menilai dan memantau penyakit hati atau kerosakan pada hati.

Interpretasi "Ujian fungsi hati" boleh disalahertikan, kerana tidak semua ujian ini benar-benar mengukur fungsi hati seperti ujian albumin dan bilirubin. Ujian fungsi hati ini mengukur sejauh mana keberkesanan hati dalam menghasilkan protein albumin dan penjelasan produk darah sisa, bilirubin.

Secara amnya, ujian fungsi hati membantu menilai kesihatan keseluruhan fungsi hati anda dan kadang-kadang dapat menunjukkan penyakit lain, seperti kekurangan zat makanan atau penyakit tulang.

MENGAPA PERLU MELAKUKAN LIVER FUNCTION TEST
Ujian fungsi hati dilakukan kerana:
* Untuk mengesan jangkitan hati, seperti hepatitis
* Untuk memantau perkembangan penyakit seperti hepatitis virus atau alkohol dan menentukan kesan rawatan yang dilakukan.
* Untuk mengukur tahap sesuatu penyakit, terutama sirosis
* Untuk memantau kemungkinan kesan-kesan sampingan dari ubat tertentu

Ujian fungsi hati mengukur paras enzim tertentu dan protein dalam darah anda. Perbezaan tinggi atau lebih rendah daripada tahap normal adalah menunjukkan masalah hati. Beberapa ujian fungsi hati yang umum meliputi:

* Alanine transaminase (ALT). Enzim ditemui terutama dalam sel hati, ALT membantu tubuh dalam metabolisme protein. Biasanya, tahap ALT dalam darah rendah. Bila hati rosak, ALT dilepaskan dalam aliran darah dan meningkatkan kandungannya.
* Aspartate transaminase (AST). AST enzim berperanan dalam metabolisma alanin, asid amino. AST dijumpai dalam kepekatan tinggi dalam sel hati. Peningkatan paras SGOT/AST dapat menunjukkan kerosakan hati atau penyakit.
* Alkaline Phosphatasee (ALP). ALP adalah enzim dalam hati dan saluran hempedu, serta beberapa rangkaian lain. Lebih tinggi dari tahap normal ALP dapat menunjukkan kerosakan pada hati atau penyakit lain.
* Albumin dan Total Protein. Paras albumin - protein dihasilkan oleh hati - menunjukkan keberkesanan fungsi hati untuk menghasilkan protein yang diperlukan oleh tubuh untuk melawan jangkitan dan melakukan fungsi-fungsi yang lain. Lebih rendah daripada tahap normal boleh menunjukkan kerosakan hati atau penyakit.
* Bilirubin. Bilirubin hasil dari pemusnahan / pemecahan sel darah merah. Biasanya, bilirubin melintasi hati dan dikumuhkan dalam najis. Peningkatan paras bilirubin (jaundice) dapat menunjukkan kerosakan hati atau penyakit.

Ujian-ujian lain yang boleh digunakan untuk menilai fungsi hati termasuk:

* Gamma-glutamyltransferase (GGT). Ujian ini mengukur paras GGT enzim dalam darah. Lebih tinggi dari tahap normal boleh menunjukkan kerosakan hati atau saluran hempedu.
* L-laktat dehidrogenase (LDH). LDH adalah enzim yang dijumpai dalam tubuh, termasuk hati. Peningkatan kadar LDH dapat menunjukkan kerosakan hati.
* Prothrombin masa (PT). Ujian ini mengukur masa pembekuan plasma. PT Peningkatan juga dapat menunjukkan kerosakan hati.

0 comments:

Hakikat II

00:20 Unknown 0 Comments

Selagi engkau bergelar hamba..usah dipersoalkan kenapa diuji... Memang sudah layaknya kita untuk merasai pahit getir hidup...

Masalah kita tak nak..tiada siapa yang mahu..tapi masalah tetap akan datang... Kenapa?? Sebab itu hadiah... Hadiah ke derita?? Hadiah buat mereka yang ikhlas...  Namun satu derita yang menyiksa buat mereka yang belum mengerti...

12:09 nota ini saya catat..
Xoxoxo

Selamat malam..kabut menyembunyikan cahaya...hakikatnya bulan tetap dibalik awan..

0 comments:

UK CREATIVE ENTERPRISE : ASET Adik & Abang

12:11 Unknown 0 Comments

Setahun dah UK Creative kami gerakkan. dari merangkak menatih jalan.. bermacam ujian yang kami tempuh. Bermula dari ciptaan nama kepada sebuah syarikat bertapak di alam maya. Alhamdulillah diam tak diam setahun kami gagahkan.


PERTAMA : cubaan mencipta LOGO

Inilah logo SULONG kami.. bertemakan
emas dan rona hitam

KEDUA : Pengenalan design CARD

D1 Belakang

D1 Depan
design ini kami telah gunakan untuk card jenis
260 gsm art card

D2 Depan

D2 Belakang
Design d2 ini..kami telah gunakan untuk card jenis
Matt Lamination 260 gsm

D3 Depan

D3 Belakang
Design ini adalah antara yang terawal yang berjaya kami hasilkan
kami telah gunakan Kad Jenis Spot UV Matt Lamination
untuk serlahkan D3


KETIGA : Pengenalan Kedai Alam Maya , FB sebagai Platform


Disnilah kami mulakan UK Creative
segala iklan dan info kami paparkan dari awal sehinggalah sekarang. Ibarat sebuah kedai
kami buka dan kami ambil temapahan.
Beroperasi 7 hari seminggu untuk order.


p/s : Permulaan yang serdahana..namun Alhamdulillah tdak terhenti di sekerat jalan..

0 comments:

Hakikat Ketara : Bahagian I

11:17 Unknown 0 Comments

Ambil Hati :

adalah satu yang menyakitkan bila kita dapat tahu apakah maksud sebenar disebalik perbuatan ambil hati itu sendiri. Ambil hati bole jadi kepada dua cara. Pertama ambil hati yang bawa makna kecil hati. Kedua ambil hati dalam cara berpura untuk menutup sesuatu yang agak menguris perasaan.




Kenapa kita begitu mudah terasa hati??? adakah kita lemah?? Ok jawapan nya adalah ya kalau kita terlalu memikirkan hal yang terlalu kecil... terlalu mengharap kesempurnaan untuk mendapatkan layanan hati.

Kita boleh kawal dan kebal dari serangan kecil hati..seandainya kita kiblatkan hati kita untuk terima setiap perbuatan orang terhadap kita itu sebagai hadiah dari Allah demi menguatkan metabolisma keimanan kita :)) Senang ke?? yup memang susah..tapi langkah pertama kita ialah sabar..sekuat yang bole.. berpeganglah pada kata kata "DIA yang beri aku rasa kecewa, dari DIA juga yang berikan aku kekuatan " ...usaha sampai bole... sakit memang sakit tapi kita kena lawan...

ok la Chauuu.... hehe
xoxo

0 comments: