POLITIK di Mata Budak Mentah -Saya-

17:10 Unknown 0 Comments

Jalur Gemilang Lambang bersatu
Adalah saya tidak menyokong mana-mana parti... Sekadar menulis apa yang saya lihat dan pernah alami
Sekiranya kamu seorang yang Obsesi dan Penyokong tegar bagi mana mana parti saya harap jangan
salah ertikan apa yang tertulis ((:

1. Politik Facebook dan Remaja


Banyak budak-budak menggunakan facebook sebagai medium menyuarakan ketidak'puashatian mereka dalam dunia politik. Adakah ini salah?? Pada saya tidak salah... Namun dalam menyuarakan pendapat kita perlu ada kematangan dan ilmu yang cukup, apa yang saya lihat.. remaja kecil pada hari ini menyuarakan isu politik atas dasar ikut-ikutan kata-kata orang... Walhal tidak ada sedikit pun di kepala mereka fasih akan perihal politik masa kini. Boleh di katakan ramai yang tahu hanya mendengar dakyah-dakyah sambung menyambung.. Yang muda ni hanya menurut dan percaya akan pengaruh kata-kata..

2. Emosi dan Taksub

Tak salah menyokong untuk mana-mana parti..Cuma apa yang saya lihat ada segelintir mereka TERLALU TAKSUB dengan parti yang disokong sampaikan tidak langsung memberi peluang pada orang lain memberikan pandangan. Ya kamu dan dia berbeza parti dan hujah..Namun harus di ingat kita masih bersaudara.. Kata-kata sumpahan dan  cacian sudah menjadi kata basahan... Lembu la..Pencacai la...Keldai La..bermacam-macam kata..

Kadang-kadang paling teruk sampai berputus kawan.. dek kerana tak sama pendapat sanggup hilang kawan.. Ish ish.. Perlu ke sampai jadi macam ni? Taksub yang melampau. Pada saya dalam politik ni takda satu pun yang betul benar dan tak ada satu pun yang salah. Yang tahu apa yang terjadi, hanya empunya badan.. Tak dapat dinafikan ramai yang tahu perkara yang sebenar..Namun ramai lagi yang lain hanya ikut cakap-cakap maklumat berantai. 

3. Politik Tidak Lagi Sebagai Medium Penyatuan

Bagai retak menanti belah..begitula keadaan yang saya nampak. Politik masa kini hanya mencetuskan perbalahan dan permusuhan. Berbeza panji politik, berbeza dakyah bermakna di tengah-tengah nya adalah satu benteng perperangan. Lawan tidak lagi dianggap persaing sihat sebalik nya dianggap musuh utama. Sejak akhir-akhir ini sudah ramai yang menjadi mangsa pertumpahan darah kerana perbezaan politik. Kasian pada yang menjadi mangsa..hanya cuba menegakan apa yang disangka betul. Masing-masing percaya bahawa mereka lah di pihak benar. Bagaikan menunggu semboyan perang..pengikut di setiap parti sudah bersedia untuk bertempur dengan "Kebenaran" masing-masing. Mungkin saya tak faham apa yang berlaku....


4. Media MASSA yang berat Sebelah

Semua saluran media di Malaysia ini hanya dikuasai SATU pihak sahaja. Penyampian yang berat sebelah oleh media menjadikan arus politik pada hari ini lebih dasyat. Setiap Akhbar Utama dan Siaran TV hanya menyiarkan "kewujudan" satu pihak sahaja..menakala yang lain dianggap bagaikan tidak wujud. Lebih malang lagi...Media hanya menyampaikan "Kemulian" satu parti..dan dari sudut yang lain menghentam dan memburukan parti lain.

Indah kabar dari rupa..Berita hari ini hanyalah sogokkan pengaruh terhadap rakyat..Tiada lain yang dibincangkan hanya kebaikan dan kemulian satu pihak sahaja. Keadaan ini hanya mengeruhkan sungai politik negara. Pada saya bukan kah lebih elok...Jika kedua-dua pihak politik diberi peluang untuk menyampaikan maklumat melalui media..Barulah adil..Biarkan rakyat pertimbangkan dan pilih sendiri dimanakah tatah kilau yang benar. 

Saya tahu saya hanya budak yang tidak matang untuk bercakap tentang hal politik..tapi sya hanya suarakan apa yang saya nampak..Jika saya silap, saya harap ada yang membetulkan.. Malaysia ni bumi bertuah, Tiada perang dasyat berhujankan peluru..Saya bersyukur menjadi anak Malaysia. Kita memang berbeza warna Panji Politik dan berbeza nada Dakyah.. tapi janganlah kerana berlainan pegangan, kita semua menjadi musuh. Tanah dan bumi Malaysia yang kita pijak adalah Tanah Melayu yang sama...duduk sama serumpun...berteduh sama seganding.. *Saya doakan semoga Malaysia akan menjadi negara yang  makmur dan damai untuk hari ini dan selama nya...Amin...

p/s : Guys! Pa'an tahu korang ada pendapat masing-masing..Diharap jangan lah salah faham ya apa yang Pa'an tuliskan. Pa'an sendiri pun masih buntu dan tak nampak parti mana yang harus Pa'an pilih... Ayah kata minta pertujuk dari Allah melalui Istiqarah. uhuhu entah la... Okla sorry entry kali ini panjang sangat..hehe

xoxoxo Pa'an






0 comments:

Terhangat ! : Dato Siti Memuji PensilBersayap.Blogspot !!

12:41 Unknown 2 Comments

Eh betol ke?? Blog haram jadah ni pun Diva nak baca?? ish ish Unbelievable !!
Meletopskan Testimoni ni?? Cer tengok cer tengok

p/s :  Sajohh memPropaganza :D Cantik tak? huhu Tada kerja so buat-buat la ada kerja..so inilah hasilnya  
       (^_^) kREaTIF InoVaTIF  dan Sungguh Tidak BerMoTiF !!

 Sayang korang!   TAK kira macamana sampah pun entry Pa'an..korang tetap sudi nak view ! *walaupun.....dalam hati.....
..maaf ler.. saja nak meriah kan viewers kt blog nih sedeh kan? kikiki

 xoxoxo Pa'an

2 comments:

Anak Angkat : Ayish

20:10 Unknown 1 Comments

Saya suka budak-budak.Paling best kalau dapat dukung dorang.. Hilang rasa tension, yerla mana tak hilang, kita pelok ahli syurga kan. Ibarat secalit lumpur bertemu air bersih... Yang kotor boleh luntur, yang luntur boleh hilang. #Jangan cari kat dalam kamus..sebab ni peribahasa sendiri jerp..ohoho

Capital K yang kenalkan saya ngan Ayish...Huhu kata capital K, Ayish nie tempat dia hilangkan buhsan... Mana tak nya budak comel..sesapa tengok pun mesti seronok. #kan best kalau ada anak sendiri..heheh


Comel Budak Ni geram ! Very da Kawaiii looo

*cer tengok cer tengok..
atototo.. Cute
Ayish minum susu..
*pak Ngah Tangkap
Haaa camana comel kan?? Rindu kat budak nie.. Sayang kat dia, ^_^
Tapi AWAS  : Comel Comel Ayish Dia nie PEMBULI tau ! haha... Nasib la sapa kena.

p/s : Comel Comel Anak Orang, Comel Lagi Anak Sendiri.. Sudah dapat jangan di buang, Satu Anugerah tiada terperi. *Pantun Buat Mereka-Mereka yang ada rancang sesuatu..uhuhu


 Okla..Semua sampai sini je ye Entry kita..Maaf kalau Membosan kan :D
xoxoxo Tedd

1 comments:

Encik Mimpi : Sayang

15:49 Unknown 0 Comments


Buat awak capital K saya..ni semua untuk awak..
Khas Dari Encik Mimpi


Sayang aku baik selalu,

janganlah kamu risaukan aku,
ku harap kamu pun baik di situ,

kerna diriku selau mendoakanmu,


Sayang jangan telefon aku,
nanti habis pula kreditmu,
kalau kamu rindu akan diriku,

luahkan saja didalam doamu,


Sayang dengarlah bha permintaanku,
jangan tinggalkan solatmu,

Sayang jangan dengarkan bisikan
hatimu, itu syaitan mengganggu,

Sayang dengarlah bha permintaanku,
jangan lupakan Tuhanmu,

Sayang percayalah apa kataku,
aku akan menikahimu..

P/s : Saya harap awak dapat tahu akan mesej nya..sayang Awak !

xoxoxo Tedd

0 comments:

Nadai Selera Mok Tinduk

08:20 Unknown 0 Comments

Morning Deng... Have a nice day k,

..Mok tauk sik??? malam tadik mek sik dpat tinduk, Sikda selera mok tinduk...Angol gillak pala mek tok..
Haaihh apa la mok jadi nakkk? Sejak-sejak akhir tok badan rasa lain nar. Mok parey kali? uhuhu
Setiap pagi mesti ada darah....Bila mek meludah.. hemmm urang resdung nang rasak sakit cam tok ka? aihh sik tahan mek...

Deng...Mek harap ktk semua dapat la doakan kesihatan mek k..
Moga-moga bisi rezki mek untuk carik ubat
uhuhu..
Mek sik maok padah sama indai ngan apai... Takut sidak nya risau kelak..
Kitak'urang ghasa mek tok.. ngegeh ka?
*siboh la pikir cam nya..kmk sik tauk lagi mok luah pada apa..
pada mek blog aja la tempat mek luah
Mun kmk nyusah kan kitak'urang dengar suma tok...Mek mohon maaf ((:


p/s : Ok la sampey sini jak...entrey kali tok, Even sikda.. manfaat kmk ghasa lega sikit.

xoxoxo Tedd

#Sorry..tatabahasa mek ttg BMS agak lemah..uhuhu tp mek tetap mok try klaka :))

0 comments: