POLITIK di Mata Budak Mentah -Saya-

17:10 Unknown 0 Comments

Jalur Gemilang Lambang bersatu
Adalah saya tidak menyokong mana-mana parti... Sekadar menulis apa yang saya lihat dan pernah alami
Sekiranya kamu seorang yang Obsesi dan Penyokong tegar bagi mana mana parti saya harap jangan
salah ertikan apa yang tertulis ((:

1. Politik Facebook dan Remaja


Banyak budak-budak menggunakan facebook sebagai medium menyuarakan ketidak'puashatian mereka dalam dunia politik. Adakah ini salah?? Pada saya tidak salah... Namun dalam menyuarakan pendapat kita perlu ada kematangan dan ilmu yang cukup, apa yang saya lihat.. remaja kecil pada hari ini menyuarakan isu politik atas dasar ikut-ikutan kata-kata orang... Walhal tidak ada sedikit pun di kepala mereka fasih akan perihal politik masa kini. Boleh di katakan ramai yang tahu hanya mendengar dakyah-dakyah sambung menyambung.. Yang muda ni hanya menurut dan percaya akan pengaruh kata-kata..

2. Emosi dan Taksub

Tak salah menyokong untuk mana-mana parti..Cuma apa yang saya lihat ada segelintir mereka TERLALU TAKSUB dengan parti yang disokong sampaikan tidak langsung memberi peluang pada orang lain memberikan pandangan. Ya kamu dan dia berbeza parti dan hujah..Namun harus di ingat kita masih bersaudara.. Kata-kata sumpahan dan  cacian sudah menjadi kata basahan... Lembu la..Pencacai la...Keldai La..bermacam-macam kata..

Kadang-kadang paling teruk sampai berputus kawan.. dek kerana tak sama pendapat sanggup hilang kawan.. Ish ish.. Perlu ke sampai jadi macam ni? Taksub yang melampau. Pada saya dalam politik ni takda satu pun yang betul benar dan tak ada satu pun yang salah. Yang tahu apa yang terjadi, hanya empunya badan.. Tak dapat dinafikan ramai yang tahu perkara yang sebenar..Namun ramai lagi yang lain hanya ikut cakap-cakap maklumat berantai. 

3. Politik Tidak Lagi Sebagai Medium Penyatuan

Bagai retak menanti belah..begitula keadaan yang saya nampak. Politik masa kini hanya mencetuskan perbalahan dan permusuhan. Berbeza panji politik, berbeza dakyah bermakna di tengah-tengah nya adalah satu benteng perperangan. Lawan tidak lagi dianggap persaing sihat sebalik nya dianggap musuh utama. Sejak akhir-akhir ini sudah ramai yang menjadi mangsa pertumpahan darah kerana perbezaan politik. Kasian pada yang menjadi mangsa..hanya cuba menegakan apa yang disangka betul. Masing-masing percaya bahawa mereka lah di pihak benar. Bagaikan menunggu semboyan perang..pengikut di setiap parti sudah bersedia untuk bertempur dengan "Kebenaran" masing-masing. Mungkin saya tak faham apa yang berlaku....


4. Media MASSA yang berat Sebelah

Semua saluran media di Malaysia ini hanya dikuasai SATU pihak sahaja. Penyampian yang berat sebelah oleh media menjadikan arus politik pada hari ini lebih dasyat. Setiap Akhbar Utama dan Siaran TV hanya menyiarkan "kewujudan" satu pihak sahaja..menakala yang lain dianggap bagaikan tidak wujud. Lebih malang lagi...Media hanya menyampaikan "Kemulian" satu parti..dan dari sudut yang lain menghentam dan memburukan parti lain.

Indah kabar dari rupa..Berita hari ini hanyalah sogokkan pengaruh terhadap rakyat..Tiada lain yang dibincangkan hanya kebaikan dan kemulian satu pihak sahaja. Keadaan ini hanya mengeruhkan sungai politik negara. Pada saya bukan kah lebih elok...Jika kedua-dua pihak politik diberi peluang untuk menyampaikan maklumat melalui media..Barulah adil..Biarkan rakyat pertimbangkan dan pilih sendiri dimanakah tatah kilau yang benar. 

Saya tahu saya hanya budak yang tidak matang untuk bercakap tentang hal politik..tapi sya hanya suarakan apa yang saya nampak..Jika saya silap, saya harap ada yang membetulkan.. Malaysia ni bumi bertuah, Tiada perang dasyat berhujankan peluru..Saya bersyukur menjadi anak Malaysia. Kita memang berbeza warna Panji Politik dan berbeza nada Dakyah.. tapi janganlah kerana berlainan pegangan, kita semua menjadi musuh. Tanah dan bumi Malaysia yang kita pijak adalah Tanah Melayu yang sama...duduk sama serumpun...berteduh sama seganding.. *Saya doakan semoga Malaysia akan menjadi negara yang  makmur dan damai untuk hari ini dan selama nya...Amin...

p/s : Guys! Pa'an tahu korang ada pendapat masing-masing..Diharap jangan lah salah faham ya apa yang Pa'an tuliskan. Pa'an sendiri pun masih buntu dan tak nampak parti mana yang harus Pa'an pilih... Ayah kata minta pertujuk dari Allah melalui Istiqarah. uhuhu entah la... Okla sorry entry kali ini panjang sangat..hehe

xoxoxo Pa'an






0 comments: