*Oh BENCI plagiarism!

18:21 Unknown 0 Comments

Idea sebuah MESIN PEMIKIRAN !!
Berfikirlah secara terbuka...Seluas bukaan lautan yang membadai pantai. Geloranya takkan bernah terhenti...  Didalam nya tersimpan syurga laut dengan pelbagai hidupan. Begitulah akal..berfikirlah dengan lebih berwarna-warni. Gunakan hati untuk melihat apa yang didepan..Jangan pernah berhenti dari BERFIKIR sendiri...

IDEA merupakan satu aliran yang terbit dari MESIN pemikiran. 
Mengalir dengan penuh jujur dari akal yang bersih. IDEA bukan lah satu pembohongan.. Tapi pembohongan adalah SATU IDEA yang KOTOR. Idea tidak akan datang sendiri tanpa pencarian.
Pencarian adalah satu perjalanan akal. Akal yang berjalan takkan tehenti langkahnya sehingga bertemukan sungai fikir yang mengalir jujur.
Usah takut andai tidak menemukan idea..kerana idea memerlukan waktu dan tika untuk terbit.
Terbit nya laksana bintang dilangit..Indah dan berkilau...

Meniru idea manusia lain itu adalah JENAYAH. Jenayah peradaban sebuah idealogi.
Kau adalah si penipu yang hanya akan menipu...Mezahirkan idea dengan bercerminkan 
wajah fikiran manusia lain.
Hanya si pemikir HODOH saja yang akan bertopengkan mimik Idea manusia lain.
Menggali dengan mudah..mencapai atas apa yang orang usahakan.
Oh! Sungguh TIDAK ADIL !

"Bukan kah KAU dan Kita semua telah dikurniakan akal yang kacak?? Kenapa perlu bertopeng dengan sesuatu yang bukan milik kita??
Jujurlah pada diri...
Seandainya kau jujur..Kau bukan lah si penipu daya...
Kita adalah JAUHARI...Yang bijak akalnya yang tajam Fikiran."


++MENIRU TIDAK SALAH, SEANDAINYA MENIRU BENDA YANG   BAIK++

++IDEA KITA MILIK KITA++
++IDEA DIA ADALAH MILIK DIA++



++JANGAN JADIKAN IDEA SI DIA MILIK KITA SEANDAINYA TIADA
JANJI SEBUAH PERKONGSIAN ++
-SEKIAN-

Tedd menulis entry nie ada sebab...tapi bukan tujuan nak FIRE sesiapa sekadar berkongsi sebuah IDEA dengan lebih puitis..*chewahhh~Okla tedd nak sambung balik....Kemas tempat beradu..Menyapu..Mop lantai.Tugas tedd si Bibik Teruna ((: 
















0 comments: