SURAT BUAT ADIK , YANG IKHLAS : abangmu :)

17:21 Unknown 1 Comments

Takkan datang satu kejayaan tanpa dugaan dan halangan. Orang yang hebat akan diuji Allah dengan pelbagai cara. Jatuh bangun seorang manusia bukan satu bencana...tapi satu hikmah yang memberi jalan. Kejayaan takkan datang tanpa bayaran. Bayaran yang boleh membeli sebuah kejayaan adalah usaha yang ta pernah putus. Nak berjaya kena BERANI UNTUK GAGAL. TERSUNGKUR HARI INI TAK BERMAKNA TERTIARAP SEPANJANG MASA...

Bangkit semula dengan senyuman..anggaplah kekecewaan ini bukanlah satu kegagagalan tapi satu peluang dan ruang untuk kita pelajari pengalaman hidup. Orang yang banyak pengalaman hidup pasti orang yang hebat. Pengalaman hidup mengajar kita erti sebuah kekuatan yang tak kenal putus asa.

President US dulunya seorang penjual asikrim dan sandwich je.. Nampak tak, takda sapa mampu duga tentang masa depan seseorang..jangan mengalah.. Allah itu ada.. Kita kecewa sebab kita tak nampak hakikat bahawa ALLAH SENTIASA ADA untuk memberi kita semangat dan peluang.. Nak dapatkan peluang kenalah cuba cuba cuba dan cuba..

Paling penting satu kesilapan besar jika kita bandingkan diri kita dengan orang lain.. Harus kita ingat jasad kita akal kita kita punya.. Potensi pemikiran adalah tidak sama. Ada orang memang pantas dalam mempelajari sesuatu dan ada orang memang memerlukan masa untuk memahami. Kita adalah kita dan mereka adalah mereka.

Jika hari ini orang lain lebih kehadapan dari kita..Takpa ikhlaskan kejayaan mereka itu..tak perlu ada rasa kecewa dengan keadaan kita sekarang.. Perbandingan melampau antara kita dan orang lain hanya akan mematahkan semangat. Jangan cepat mengalah dan rendah diri...Banyak lagi masa.. Wa'ima esok exam pun kita masih belum terlambat untuk cari peluang.

Nak jadi pandai tak semestiya pelukan 24/7 mengadap buku tanpa putus.. Kadang-kadang 10 minit belajar itu lebih baik dari 7 jam belajar tanpa henti... Pucuk pangkal nya kat sini TUMPUAN. Tumpuan yang jitu akan memudahkan ilmu diserap dan di ingat. Muzik boleh kalau nak dengar tapi sewaktu belajar JANGAN DENGAR LAGU...itu hanya akan merosakan tumpuan..




Wahai Adik ku Mia Fatimah Intan Payung Gunung Santubung...usahlah kau menangis lagi, Masa yang ada bukan untuk ditangisi tapi masa yang ada perlu di isi dengan visi dan misi yang baru.. Lupakan yang lepas..Masa yang lepas takkan kembali walaupun sesaat. Muhasabah diri, kaji balik mana yang kurang..Perhalusi taknik belajar semula.. Tak usah malu untuk belajar dengan kawan yang lebih pandai... Kerana belajar itu adalah satu perjuangan. Macamana kita nak berjuang sayang kalau kita malu?

Dahhh dahh cukup-cukup lah nangis tu...habis Make Up cair ! Meleccet naturactor kat muka tu..huhu

Pergi tenangkan diri. Camana ea nak tenangkan diri??

-kembali kepada yang Maha Pencipta. Allah bagi kita ujian sebenarnya nak suruh kita ingat pada Dia, hanya orang yang disayang saja akan diuji.. :) Buat solat sunat hajat dan taubat ye dik. semoga hati kita lapang dan tenang.

-Hubungan dengan Mak Ayah kena jaga.. Baik hubungan kita maka baiklah perjalanan kita..apa yang kita nak buat pun mudah sebab Anak yang baik rahmat Allah sentiasa ada untuk anak yang baik.

-Maafkan orang disekeliling..Bila kita memaafkan orang... satu titik serabut dalam kepala akan hilang, jadi nak belajar pun tada terganggu sebab dek terfikir orang yang bermasalah dengan kita. Jadi relakan dengan kemaafan yang ikhlas.


p/s : Adik maaflah sebab tak dapat cakap lama dalam telifon...HP Along bermasalah.. Takpa dik relakan ujian Allah hari ini dengan ikhlas. InsyaAllah jika kita ikhlas dengan kehendaknya maka akan datang kebaikan untuk kita...siapa tahu kan? InsyaAllah... YANG PALING PENTING ADIK KENA TAHU DAN INGAT <3 ALONG MAK ANGAH AYAH ABANG ZAID INTAN <3 SAYANG KAN ADIK <3 BE STRONG DIK !! xoxoxo

Yang ikhlas dengan 150 Juta kata :
abangmu Tedd :)

1 comments: