Cucur Bilis Ranggup

14:33 Unknown 0 Comments


Hye dah mkan lom??  kalau belom meh sini tedd share resipi menu yang simple tapi sedap...Sedap ke? Cuba k ! Sangat sesuai buat sarapan dan minum petang..

Bahan-bahan :

Tepung Gandum (3 cawan)
Air (aggaran sehingga adunan likat dan cukup sebati)
Ikan Bilis (Ikut la anggaran Sendiri) *disiang dan di cuci bersih
Serbuk perasa
Telur (1 biji)
Garam
Kentang (1 biji) dipotong dadu kecil-kecil
Bawang Besar (satu biji) *dipotong nipis
Minyak masak (secukupnya)


Cara Memasak :

1. Sediakan mangkuk ikut saiz yang bersesuaian dengan kuantiti tepung yang digunakan....Kemudian masukan air sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan.. Untuk resipi tedd ni tedd buat acuan cair sedikit dan tak terlalu likat/kental. Adunan tersebut dikacau sehingga sebati.

2. Setelah sebati masukan ikan bilis,hirisan bawang,kentang..gaul semesra nya...Setelah itu masukan sebiji telur.. Sebagai perasa masukan serbuk lada sulah dan garam mengikut cita rasa anda dan gaul lagi sehingga rata kesemuanya.

3. Panas kan minyak secukupnya untuk menggoreng. Setelah minyak cukup panas...Masukan acuan cucur sebiji demi sebiji dengan menggunakan sudu.. Goreng sehingga kekuningan...Setelah itu toskan dan diangkat.. Sedia di hidang.

4. Sebagai pencicah...gunakan sos cili yang anda suka. Tapi tedd syorkan sos cili Cap TAMIN..pada tedd sos ni sangat sedap selepas sos Life (: hehehe




Hot Tips (Untuk mendapatkan kerangupan Tedd buat acuan sedikit cair dan saiz cucur tidak terlalu tebal sewaktu menggoreng..Jadi cucur kita lebih garing)

p/s : Amacam senang jerkan?? Buat Cucur je kowt?! Uhuhu 
SELAMAT MENCUBA !



0 comments: