Batu Belah Batu Karnivor!

08:03 Unknown 0 Comments

Ingatlah...
Semacamana betul pun kita rasa, Ibu Ayah tetap paling betul, 
Utamakan keredhaan Ibu dan Ayah
apa guna hidup berjaya kalau sepanjang masa jauh dari rahmat.
Redha Allah adalah terletak pada Redha Ibu....
Kalau kita derhaka pada Ibu Ayah bermakna kta mencari kemurkaan Allah.
Tiada berkat hidup orang yang derhaka pada Ibu Bapa
Doa pun terhijab dari diterima  Allah
Dosa derhaka nie takkan terampun oleh taubat, melainkan kita meminta ampun kepada Orang tua kita.

Kalau takda Ibu Ayah tadalah kita atas dunia nie
Setiap saat darah yang mengalir dalam tubuh kita adalah darah dari Mereka
Mata Muka Hidung dari hujung Rambut ke Kaki
semuanya kita warisi dari mereka
Jadi, adakah wajar untuk kita menidakkan hak mereka sebagai
Penaung Tempat Mulia dalam hidup kita?

Orang yang buat dosa pada Ibu Bapa
Hati takkan tenang
Sentiasa gelora tak tentu arah,
Gelisah tak kira waktu,
Setiap perkara yang dilakukan dirasakann tak kena..

Jangan bertanguh untuk meminta maaf kepada mereka
Kerana waktu tidak pernah berjanji akan hari esok untuk kita semua
Takut-takut tidak sempat meminta halal
dan ampun maaf Mak Ayah
Sesungguhnya Syurga itu letaknya di bawah kaki ibu...
Bahagia kan Mereka bermakna kita bahagia dunia dan akhirat



P/s : Hemmm tertibah ja terasa nak bagi nasihat.. Sehari sebelum Semalam tedd dah buat Ma marah.. aduh sampai ke seharian tak bercakap takut loooo. Setiap benda nak buat ada ja rasa tak kena, perasaan pun tak tenteram.Dengan kawan-kawan pun tada mood... Ni la orang kata kalau dah buat salah dengan Mak Ayah..takkan ada bahagia..fuhh dasyat wooo..emmm Mujurlah tedd masa tedd minta maaf awal pagi semalam Ma maafkan..Syukur Alhamdulillah..
Lagenda Batu Belah batu Bertangkup
(http://shadowness.com/zouqimanipulasi)

Nasib baiklah lagenda Batu Belah Batu Bertangkup tu sekadar mitos rakyat jer..kalau tak hilang mak dah kita..Tapi kan takkan kita nak tunggu batu belah tu telan Mak Ayah kita baru kita nak rasa menyesal dan nak minta maaf..??


#kalaulah Ma tak maafkan..habisla hidup tedd *uwaaaaaaa
Korang suma jangan buat camni tau..kalau ada tersalah kta ke cepat2 minta maaf..Hati Ibu ni sangat sensitif dan mudah terasa...sebagai anak kita WAJIB menjaga hati Ibu dan juga Ayah. uhuhu kalau tak minta maaf alamatnya...susa la hidup kita nanti kan kan?

"TERIMA KASIH YA ALLAH, KERANA MENNGURNIAKAN AKU KEDUA IBU BAPA YANG SANGAT MENYAYANGI AKAN DIRIKU..ALHAMDULILLAH.."



0 comments: