5 TIPS DEKATI SAHABAT DAN JANGAN DEKAT

13:17 Unknown 3 Comments

Hidup takkan ada pengisian dan sunyi jika tanpa hardirnya "Sahabat"... Menemani dikala sunyi suka dan duka. Di dunia nie terdapat berbillion manusia yang bole dijadikan kawan namun belum tentu dalam berjuta itu menjadi teman karib.. Dalam mencari kawan terdapat beberapa norma dan perkara perlu dititik beratkan. Untuk entry hari ini tedd nak kongsikan 5 ciri penting untuk mencari kawan dan 5 ciri yang perlu dielakan dalam mencari kawan.

  1. Bijak dan Bodoh 
    Untuk berkawan kita haruslah cari orang yang berakal..Orang yang berakal akan menadi teman yang baik sebab mampu membimbing kita dan menerima segala permasalahan dengan bijak tanpa menghancurkan persahabatan.

    Jangan mencari orang bodoh untuk diadikan sahabat..Bodoh disini tidak merujuk kepada kekurangan pencapaian akademik tapi lebih merujuk kepada kemampuan penggunaan akal dalam meneraju akhlak. Orang yang bodoh dalam berakhlak akan mempunyai sifat buruk dan jahil. Kawan jenis ini akan menghancurkan persahabatan kerana mereka tidak tahu menghargai hubungan, lebih buruk lagi mereka akan jadi musuh dan menyakitkan kita.
  2.  Berakhlak dan Jahat
    Pilihlah kawan yang elok akhlak nya..kerana sahabat yang elok budi pekertinya ibarat wangian yang semerbak... Semakin lama kita dampingi semakin kekal bauan nya pada kita. Kita akan sentiasa selesa dengan kawan dari jenis ini.

    Jangan mencari kawan yang berakhlak buruk, kerana nafsu jahat nya akan meransang kta ke arah pekara yang tidak elok. Sehari dua mungkin kita boleh bertahan..tapi percayalah sedikit demi sedikit kita akan dipengaruhi. Perkara jahat mula-mula kuat ditolak namun kalau sudah sekali tergoda, kita kan hanyut terus dengan keseronokan.
  3.  Soleh dan Fasik
    Sahabat yang beriman akan menjadi pembimbing yang terang ke arah jalan yang betul.. Kita akan dipandu menjadi insan sejati dan kuat pada iman. Sahabat yang soleh ibarat cahaya terang memberi ketenangan dan kebahagiaan.

    Jangan dekati kawan yang Fasik...kawan jenis ini akan menghayutkan kita ke dunia yang keseronokan nya yang sementara. Keseronokan yang dicari tanpa henti tanpa ingat akan jalan agama. Semakin lama didekati sahabat yang fasik semakin sesat kita dengan dosa serta maksiat.
     
  4. Serdahana dan Tamak
    Bersahabatlah dengan kawan yang bersifat berserdahana..Sahabat jenis ini takkan pernah meninggi diri..duduk sama rendah berdiri sama tinggi..takkan pernah lupa diri dan sentiasa menghormati sahabat yang lain.

    Jauhi kawan yang ada sifat tamak kerana..mereka akan lupa siapa kita bila dihanyuti kesenangan. Sahabat jenis ini mudah lupa bila bermewah. Sesungguhnya sifat tamak adalah racun kepada nilai pemurah. Ditakuti sekiranya kita rapat dengan kawan dari jenis ini..tidak mustahil kita kan terikut dengan cara hidup nya yang tamak dan kedekut.
     
  5. Jujur dan Bohong
    Pilih kawan yang bercakap benar.. sahabat yang jujur akan sentiasa berterus terang dengan kita tanpa menyakitkan hati. Kawan jenis ini akan memelihara hubungan dengan baik tanpa melukakan hati kita dengan pembohongan.

    Jangan dekati kawan yang bersifat suka berbohong. sahabat jenis ini akan memusnahkan persahabatan. Ketidakjujuran dirinya itu kan mengheret kita ke arah hubungan yang tidak pernah telus. Tidak mustahil kita akan dipergunakan demi kepetingan hidupnya sendiri. bak kata pepatah siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama lama jadi pencuri.. 
Sahabat Terbaik Sayang dorang Housemate
Civil Engineering UiTM Pahang

Mencari kawan tidak semudah menjalin hubungan di Facebook..dimana dimulakan dengan button ADD dan dibalas dengan button APPROVE.
Mencari kawan yang terbaik ibarat mencari permata di dalam perut bumi, biarpun sukar namun bila dijumpai nikmatnya hanya yang punya teman sejati yang mengerti .
Jadilah sahabat yang terbaik yang layak dijadikan permata hidup yang menerangi Hati dan juga Budi. As Salam... 

3 comments:

Anonymous said...

<3 zieyra kalau berkawan tak kira lah pandai ker bodoh ke asal an tak ajak zieyra melakukan perkara terkutuk

Unknown said...

Zie : emm yups..harap tak salah faham pada point pertama saya ((: Bodoh disini bukan kerna bodoh tidak pandai dalam akademik..tapi di tujukan kepada kurang bijak dalam adap sopan... Akhlak tanpa dibimbing oleh akal..akan membawa sifat yang buruk dan tak boleh dicontohi :D

Anonymous said...

nk dpt kawan yg baik kita perlu jd yg terbaik..yg pnting kawan yg baik mmg susah nak dicari..kalo yg ada pon msti punya kpntingan tersndri kalo berkawan dgn ssorg 2..pape pon trima ksih kpda mreka kerna sudi mnerima kita sbagai kawan walau siapa pon kita kan :)