Kawan makan Kaban
Dulu sayang semua baik,
Dulu baik semua tak kisah,
Dulu tak kisah semua boleh,
Dulu Boleh semuanya Indah...
Dulu kawan sekarang gaduh..
Kawan tak semua yang baik itu kawan, tak semua
yang disangka baik itu teman. Lagi lama kita kenal lagi banyak yang kita
belajar... Hidup merantau mendidik kita untuk belajar mencari kawan. Teringat
pesan nenek,mak ayah.. Kalau nak berkawan carilah yang baik-baik..Jangan
berkawan dengan kawan yang bukan bukan...#MaTak
Suka
Tapi dalam memilih juga...ada juga yang tersilap
pilih. Sebab saya dan kita semua ni manusia... adakalanya terlalu kabur untuk menelaah
hati baik buruk seorang manusia. Ini semua lumrah. Bekerja ditempat orang kita
perlukan kawan dan tak boleh sombong. Cuma sukar untuk diramal pasang surut apa
yang didalam setiap orang... senyum diluar mungkin tawar didalam.. Mana kita
tahu kan?? TIPS YANG PALING BAGUS ialah
sentiasa bersangka baik...tapi dalam pada masa yang sama simpan sedikit
keraguan.. sebagai persediaan. Meletakkan 100% kepercayaan pada orang
yang baru dikenali adalah satu kesilapan yang perlu dielakkan.
Setiap tempat kerja ada ragam nya yang
tersendiri... biasa saja kalau ada yang suka dan ada yang tak suka, kita kena
pandai bawa diri. Esok 2 OKTOBER 2014 genap satu
tahun menumpang duduk mencari rezeki ditempat orang... Setakat ni
macam-macam dah dilalui... Alhamdulillah masih bertahan.
p/s : Genap
setahun..tak sangka semalam juga saya kenali siapa kawan siapa lawan. Tak apa,
mungkin kita tak sempurna ada juga silap sendiri.. Terima kasih Ya Allah..sebab
meminjamkan nikmat berkerja..
xoxoxouzeyfarhanxoxoxo
0 comments:
Post a Comment